Blogger Backgrounds

Wednesday 23 November 2011

GULAI ITIK BERSAMA BETIK

Kerana jadual setiap hari sangatlah padat, sedangkan anak2 suka pada yang sedap2..
kadang-kadang tak sampai hati nak hampakan selera mereka. Jadi resepi
yang paling mudah tetapi sedap itulah yang menjadi pilihan.


BAHANNYA:-

  • Bahan A
  • Seekor itik dibersihkan, dilayur dan dipotong mengikut kesukaan anda.
  • 1 bungkus serbuk kari daging (25gm @ lebihkan jika suka pedas)
  • 40 gm kerisik
**     Perapkan semua bahan A sementara menyediakan bahan-bahan lain.
  • Bahan B
  • Sebiji betik separa masak dibuang kulit dan biji serta dibersihkan dipotong serong. Banyaknya mengikut kesukaan anda.
Bahan C & D
  • Sediakan bahan C seperti pada gambar.
Bahan lain:-
  • santan dari 1 biji kelapa
  • minyak untuk menumis
  • sedikit air
  • garam
CARANYA:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan C (bahan tumis). Kacau hingga bau naik wangi.
  2. Masukkan Bahan A dan tuangkan sedikit air (sedikit berkuah) .
  3. Masukkan pula buah betik dan Bahan D. Kacau sebentar dan tutup periuk untuk melembutkan daging itik dan buah betik.
  4. Apabila minyak timbul (pecah minyak) tuangkan santan dan kacau rata. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sekali sekala sehingga mendidih dan sedia dihidang.



JEMPUT-JEMPUT INTI JAGUNG


BAHANNYA:-
  • 1/2 tin cream jagung
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk yis segera
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 200 - 300 ml air
  • minyak untuk menggoreng
CARANYA:-
  1. Satukan tepung, serbuk yis, soda, gula dan garam di dalam bekas. Kacau rata.
  2. Masukkan air kedalam adunan tepung sambil mengacau adunan. Campuran dengan air hendaklah sedikit pekat supaya senang proses hendak menggoreng nanti.
  3. Diamkan adunan 1 - 2 jam untuk adunan naik 2 kali ganda.
  4. Panaskan minyak dan ikut langkah-langkah seperti gambar diatas. Balik-balikkan dan angkat sedia untuk dihidang.

Tuesday 22 November 2011

Roti Sosej

Rotisosej

TQ, Yani..

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 120ml susu segar
  • 50g telur
  • 300g tepung roti
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 60g butter
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • ******************
  • 12 btg sosej
  • sos tomato/cili
  • mayonis
  • telur untuk sapu

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan di atas bertanda (**) ke dalam breadmaker. On kan tunggu siap.
  2. Bila dah siap. Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
  3. 1
    Bahagikan kepada 12 bahagian. Rehatkan 10 minit
  4. Ambik sebiji roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 30cm.
  5. 2
    Pada bahagian hujung, buat leper sebagai tempat penyambung
  6. 3
    Kemudian sambungkan pada bahagian hujungnya
  7. 4
    Letakkan sosej pada bahagian tengah. Ulang langkah 4-6 sampai habis.
  8. 5
    Biar naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur
  9. Bakar pada suhu 180C selama 10 minit. Kalau roti belum nampak perang, biarkan dalam oven selama 5-6 minit selepas bakar sebelum dibawa keluar dr oven.
  10. 6
    Keluarkan roti dari oven dan sejukkan. Bila nak makan bolehlah letak sos dan mayonis.

ROTI

Sumber
Teratak Chetam (Terimakasih CHETAM)

Aneka Resepi Roti - Sumbangan Diana


Milk Loaf

Chocolate Milk Loaf
MILK LOAF

Bahan-bahannya
500 gram tepung roti
300 ml susu segar
2 sudu makan shortening
1 1/2 sudu teh garam
4 sudu besar gula caster
2 sudu teh yis

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam breadmachine dan tekan setting BASIC. Diana menggunakan MEDIUM crust, jadi kulit roti tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap.
2. Selepas dibakar, sapu dengan mentega dan hidangkan panas2 bersama kopi/ teh. Sapu mentega, jam, peanut butter pun sedap.
NOTA: Boleh juga letak sedkit kismis untuk menghasilkan Fruit Milk Loaf, atau 2 sudu makan serbuk koko untuk mendapat Chocolate Milk Loaf.
HORLICK MILK LOAFSumber: Diana

Bahan-bahannya
500 gram tepung roti
300 ml susu segar
2 sudu makan shortening
1 1/2 sudu teh garam
4 sudu besar gula caster
2 sudu teh yis
4 sudu besar horlick

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam breadmachine dan tekan setting BASIC. Diana menggunakan MEDIUM crust, jadi kulit roti tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap.
2. Selepas dibakar, sapu dengan mentega dan hidangkan panas2 bersama kopi/ teh. Sapu mentega, jam, peanut butter pun sedap.

NOTA: Boleh juga letak sedkit kismis untuk menghasilkan Fruit Milk Loaf, atau 2 sudu makan serbuk koko untuk mendapat Chocolate Milk Loaf.

Creamy milk loaf, Diana buat gunakan breadmachine.. Rasanya memang Diana buat manis sikit dan tambah brown sugar... Creamy sebab menggunakan susu segar.. kalau nak lagi creamy bancuh 300 ml air dengan susu tepung kasi pekat2, nanti dapatlah roti creamy lemak manis disukai ramai.

CREAMY MILK LOAF

Bahan-bahannya
500 gram tepung roti
300 ml susu segar
2 sudu makan shortening
1 1/2 sudu teh garam
8 sudu besar gula caster
4 sudu besar gula perang

2 sudu teh yis

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam breadmachine dan tekan setting BASIC. Diana menggunakan MEDIUM crust, jadi kulit roti tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap.
2. Selepas dibakar, sapu dengan mentega dan hidangkan panas2 bersama kopi/ teh. Sapu mentega, jam, peanut butter pun sedap.
NOTA: Boleh juga letak sedkit kismis untuk menghasilkan Fruit Milk Loaf, atau 2 sudu makan serbuk koko untuk mendapat Chocolate Milk Loaf.

Basic Dough

A

350 tepung roti/high protein flour
150g tepung halus
100g gula
1 camt garam halus
30g susu tepung
1 camt bread improver (optional)
1 camt bread softener (optional)
4 camt yis kering
Gaul bahan di atas sebati

B
Air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
Campukan bahan di atas dan timbang supaya mendapat265g

C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja.

Caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak.

Untuk topping
240g butter
240g gula halus
240g tepung kek
6 biji telur
coklat emulco
1 camb serbuk koko

1) Pukul gula dan butter hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu sambil pukul.
3) Masukkan tepung dan sebatikan.
4) Ambil satu pertiga dari adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan emulco (untuk adunan coklat)

Inti kacang merah - 50g each
Mix fruit/raisin - 50g each


Mix fruit roll (asalnya raisin bun)
1 - Timbang doh 200g each. Gaulkan dengan mix fruit. Bulatkan dan rehatkan 10 minit.
2 - Canai doh hingga nipis.
3 - Hiris hujung canaian dengan hujung pisau tajam.
4 - Gulung doh pada bahagian yang elok hingga sampai kebahagian yang dihiris.5 - Rehatkan roll 30 - 40 minit. Sapu kuning telur dan bakar 180 selama 25 minit.

Stollen kacang merah
1 - Doh tu kita timbang 60g each dan bulatkan. Rehatkan 10 minit.
2 - Isikan inti kacang merah dan leperkan doh tu.
3 - Kita hiris doh yang leper tu dengan hujung pisau tajam yang dicelup tepung. Tapi hiris jangan putus hingga bawah. Hanya di permukaan saja.
4 - Terbalikkan doh tu. Gulung doh dengan bentuk hirisan melintang.
5 - Susun doh dalam loyang, biarkan 40 minit, sapu kuning telur dan bakar suhu 180 selama 20 minit.
Caterpillar Bun
1 - Doh ditimbang 60g each dan bulatkan.Rehatkan 10 minit.
2 - Canai doh hingga leper dan besar.
3 - Gulung doh memanjang. Rehatkan 30 - 40 minit.
4 - Paipkan topping yang plain dahulu diikuti dengan topping coklat. Bakar suhu 180 selama 25 minit.

FRENCH BAGUTTES/ ROTI PERANCIS
Sumber: Roshayati Johari

Bahan-bahannya
360g tepung roti
90g tepung halus
1 camt garam halus
1 camb gula
1 camt improver
1 camt softener
3 camt yis
Gaul bahan di atas hingga sebati
250g air10g shortening
Cara-caranya
1) Bahan yang dah digaul diuli dengan air hingga menjadi doh licin.
2) Masukkan shortening dan uli lagi hingga doh betul2 licin dan tak melekat di tangan.
3) Bahagikan doh kepada 3 bahagian 240g each.
4) Bulatkan doh dan biarkan seketika 10 minit.
5) Canai doh kepada segiempat dan gulung doh. Biarkan rehat 45 minit.
6) Beruskan air 2 kali pada permukaan doh. Kelar sedikit doh dipermukaan.
7) Masukkan loyang berisi air pada bahagian bawah dan loyang berisi doh di bahagian atas (steam bake).
8) Bakar roti selama 12 minit pada suhu 190. Keluarkan loyang air. Terus membakar
selama 10 minit lagi.


SARDINE BUNS
Sumber: Roshayati Johari

BASIC BREAD RECIPE (Diana olah dari resipi asal Roshayati)
Bahan A
440 gram tepung roti/ high protein flour
60 gram tepung superfine
1 sudu teh garam halus
30 gram (2 sudu besar) susu tepung
1 sudu teh bread improver super tex (rotitex)
4 sudu teh (1 paket) yis kering

Bahan B
250 ml air
1 biji telur (pukul sikit)

Bahan C
80 gram shortening

Cara-caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak.
Nota: Untuk buat Mixed Vegetable Bread - 70 gram dan untuk Sardine Buns - 50 gram. Diana juga masukkan kesemua bahan dalam breadmachine dan tekan DOUGH untuk menguli adunan roti.
SARDINE
1 tin sardine
1 biji bawang besar, didadu
5 biji cili padi thailand, dicincang
3 sudu besar mayonaisse
Bahan digaul rata dan sedia untuk dibuat sebagai topping. Selepas roti naik letakkan topping dan bakar. Setelah roti masak, pipekan mayonnaise dan bakar lagi selama 1- 2 minit dan sedia untuk dihidang.Cheese Topping

ROTI KISMIS
Sumber: NoorMasri (
Cari.com)
Bahan-bahan:
1 cawan susu segar suam (luke warm)
3 sudu besar mentega dicairkan
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 biji telur } pukul sket
3 cawan tepung roti (strong white bread flour)
1 1/2 sudu kecil yis kering segera
100 g kismis campuran (dried mixed fruits)

Cara membuat:
Masukkan kesemua bahan2 diatas ke dlm bread maker mengikut turutan Pilih butang fruits & nut pd bread maker Bila roti masak, kuarkan dr mesin tutup dgn kain bersih selama 1 jam (supaya crust atas roti tu jd lembut) Peringatan: Roti yg kuar dr mesin jika dipotong panas2 ianya akan jd benyek (sbb terlampau lembut)..kalau nak makan panas2 cubit je dgn tangan tapi kalau nak potong sekeping2 kena tunggu sejuk seketika dlm 40 min - 1 jamGARLIC BREAD (Bread Machine Style)

Bahan-bahannya
1 cawan air suam
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung susu
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar dried parsley
2 sudu teh garlic powder
3 cawan tepung roti
2 sudu teh yis kering

Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan-bahan dalam bread machine dan tekan butang BASIC.

Sunday 20 November 2011

PAU PANDAN




STOK MAKANAN mesti sentiasa ada dalam peti ais. Ada sesetengahnya tak perlu belipun, cuma kita yang perlu lebih kreatif atau lebih rajin. Kalau saya buat sesetengah kuih, saya buatkan lebih, jadi kalau ada tetamu tiba2 datang menjengah atau tak sempat nak sediakan makanan pagi atau petang.. adalah juga bahan untuk dihidangkan..

BAHANNYA:-

Untuk Kulit:-
  • 1/2 kilo tepung gandum
  • 2 sudu makan marjerin
  • 2 sudu makan susu manis
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • 1/2 paket serbuk yis mauripan (+- 5gm)
  • air pandan secukupnya (daun pandan dikisar dengan air dan ditapis)
  • daun pisang dipotong bulat sebagai pelapik doh/pau nanti
Caranya:-
  1. Satukan didalam bekas tepung dan marjerin. Gaul hingga tepung bersatu dengan marjerin iaitu menjadi peroi.
  2. Didalam bekas lain satukan yis, gula dan susu manis bersama air pandan. Kacau hingga bahan sebati.
  3. Tuangkan bahan cecair kedalam bekas berisi tepung sedikit demi sedikit sambil menguli tepung menjadi doh.  Jika warna hijau kurang menyerlah, tambahkan sedikit pewarna hijau.
  4. Uli doh hingga lembut dan tidak melekat dijari. Jika terlalu melekit boleh tambahkan sedikit tepung.
  5. Diamkan doh lebih kurang 1 - 2 jam untuk doh menjadi dua kali ganda.
  6. Setelah doh naik, uli sedikit dalam 1 -2 minit sebelum membentuk pau.
Bahan Inti (Inti Kelapa):-
  • 1 biji kelapa parut
  • 2 - 3 sudu gula
  • 3 sudu gula merah
  • secubit garam
  • 1/4 cawan air
  • sehelai daun pandan disimpul
Caranya:-
  1. Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak dengan api perlahan.
  2. Kacau sehingga bahan menjadi sedikit lembap. (Terpulang kepada anda jika yang suka pada inti kering bolehlah masak hingga intinya kering) dan tepikan.
CARA MEMBUAT PAU:-
  1. Panaskan periuk kukusan sementara membentuk pau.
  2. Bahagikan doh tepung kepada bebola 30 - 50 gm mengikut kesukaan anda.
  3. Leperkan dan isi inti dibahagian tengah tepung.
  4. Tutup semula dengan menarik bahagian sekeliling doh  pada satu bahagian. Doh akan menjadi seperti sebiji bola. Letakkan doh diatas daun pisang yang telah digunting bulat2 sebagai pelapik pau.
  5. Letakkan didalam lapisan periuk kukusan, TETAPI jangan kukus dahulu. Benarkan pau tersebut untuk naik sedikit lebih kurang 10 -20 minit baru kukus.
  6. Kukus lebih kurang 10 minit atau sehingga pau masak dan bolehlah dihidangkan.

SAMBAL IKAN KELI


Makan dengan nasi panas2 memang sedap ni ....

BAHANNYA:-

Bahan A:-
  • 5 ekor ikan keli saiz sedang
  • garam secukupnya
  • kunyit
  • minyak untuk menggoreng
  • segenggam asam jawa
Bahan B:-
  • 20 - 30 tangkai cili kering (kurangkan jika tak mahu pedas)
  • 1 inci belacan ( boleh dibakar dahulu jika suka)
  • sedikit air untuk mengisar
  • 1 ulas bawang putih dicincang
  • 1 labu bawang besar di hiris2
  • gula secukupnya
  • garam
  • air asam jawa
  • minyak untuk menumis
CARANYA:-

Langkah A:-
  1. Ikan keli yang sudah dibersihkan dengan air biasa digaul dan direndam sebentar lebih kurang 20minit dengan campuran air, asam jawa dan garam. Campuran ini sebaiknya jangan terlalu cair dan banyak. Cukup untuk merendam ikan.
  2. Setelah itu bersihkan ikan dibawah aliran air.
  3. Kelar badan ikan secara menyerong berlawanan dengan panjang badan ikan. Setelah dikelar potong ikan kepada beberapa bahagian ikut kesukaan anda. (Ada juga yang terus menggoreng seekor2)
  4. Perap ikan dengan garam dan kunyit.
  5. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga habis.
TIPS:-   Kadangkala ikan yang digoreng akan meletup2. Biasanya saya akan letakkan beberapa keping asam keping kedalam minyak gorengan tersebut.

Langkah B:-
  • Kisarkan cili kering dan belacan bersama sedikit air.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar dan kacau sekali sekali sehingga minyak timbul.
  • Masukkan gula. (teknik ini akan membuatkan sambal berbau lebih wangi dan warna lebih cantik)
  • Masukkan air asam jawa dan garam secukupnya dan kacau.
  • Masukkan ikan keli yang digoreng tadi dan ratakan kuah sambal kepada ikan. Sedia untuk dihidang.
TIPS:-  Bagi yang suka gunakan santan boleh masukkan santan. Penggunaan air asam bukan sahaja mengurangkan kolesterol malah masakan tahan lebih lama dan rasa pedas sambal yang lebih sedap.

Thursday 17 November 2011

NASI AYAM PENYET


 
NASI AYAM PENYET
Akhirnya .. dpt juga buat sendiri, walaupn tak lah sesedap yg diharapkan, namun masih lg dlm kategori sedap .. resepinya x lah susah sgt... kita share disini tapi kalau ada yg lbh sedap bg tahu saya ye ...

BHN A >>  AYAM GORENG
1 ekor ayam > dipotong 4, rebus lbh krg 10 min ditoskan.
                        air rebusan ayam (stok ayam) disimpan utk sup dan nasi nanti.
1 sudu kecil jintan manis }
1 sudu kecil jintan putih  }  goreng tanpa minyak
1 sudu kecil ketumbar    }
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada putih
Bbrp ulas bwg putih
Sedikit halia dan garam
Kisar semua bahan rempah dgn sedikit air. Lumurkan pada ayam dan perap (lagi lama perap lg sedap..semalaman ke...)
Lepas perap goreng secara 'deep fry'.

BAHAN B >> SOS CILI
10 bj cili merah }  ikut kesukaan anda, mahu pedas lebihkn cili, dan lebih pedas}
5 bj cili padi      }     lebihkan cili padi                                                               } goreng dgn minyak
2 bj bawang besar dipotong kecil                                                                     } hingga layu
4 bj bwg putih                                                                                                 }
4 bj tomato dipotong 4                                                                                    }
sedikit belacan digoreng minyak
2 sudu besar ikan bilis digoreng garing
Setelah siap semua bhn dan proses diatas, kisar dan masak semula dalam periuk serta masukkan gula merah dan garam secukup rasa.

BAHAN C >>  NASI
3 cwn beras dibasuh dan toskan
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
2 kiub pati ayam
Sedikit butter utk menumis
garam
6 cwn stok ayam tadi
Panaskan butter dan tumis bwang serta bhn rempah.
Masukkan beras dan kacau sebentar. Lepas tu masukkan stok ayam, garam dan kiub ayam. Terus tanak nasi hingga masak.

CADANGAN
Lebih sedap kalau dihidang dgn tempe, tauhu  (lumurkan dgn rempah yg sama pd ayam tadi) dan ulam2an. Makan panas2.

KUEY TEOW PLUS MINUS

KUEY TEOW PLUS MINUS
 
Kenapa PLUS MINUS ?  Sebenarnya saya dah jemu mkn keow teow goreng, koey teow goreng kerang atau char kuey teow .... Lps tu kebetulan byk balance bhn2 mentah kat dlm petisejuk .. apa lg main campak2 lebih kurang.. so resepi ni mmg sukatan ikut suka, sesedap rasa, ikut selera... Pas tu terfikir nak bagi nama ... so pikir punya pikir smbil buat kerja, disebabkan resepi bidan terjun, main campak lebih kurang tu yang jadi PLUS MINUS .... Syok juga jadi pencipta resepi << he he .. syok sendiri plk !! >> Ini dari blog saya

Lebih kurang ni le bhnnya ( nak tambah @ nak kurangkn sukatan @ tambah bahan sendiri pun boleh)

BHN A < KUEY TEOW >
+-1kg koey teow
minyak masak
hirisan 1 ulas bwg putih
kicap manis
2 bj telur ayam
sedikit air
Cara :  Tumiskan hirisan bwg putih, masukkan koey teow> gaul rata
            masukkan kicap manis, gaul rata dan pecahkan telur dan gaul rata.
            jika mahukan lembap,  tuangkan sedikit sj air

BHN B < KUAH >

Minyak masak
Hirisan 2 ulas bwg putih
Hirisan 2 ulas bwg merah
lada sulah
sedikit gula
sedikit perencah 'cukup rasa' @ stok kiub ayam
air
2 bj telur ayam
Bhn dipotong2:-
daging, daging ayam, fish ball, tauhu, sotong, udang
sayur sawi, kobis, daun sup, buah tomato
kerang
taugeh
sos :  sos kicap manis, sos kicap cair, sos tiram, sos lada hitam
sedikit tepung jagung dicampur air utk pekatkan kuah
Cara: 
  • Tumis bawang putih dan bwg merah setelah minyak panas.
  • masukkan bhn daging dan ayam
  • setelah suku masak, masukkan air dan sos2 ikut selera anda.
  • Bila sedikit menggelegak, masukkan sotong, udang, kerang dan fish ball.
  • masukkan jg gula, lada suluh dan perencah 'cukup rasa' @ stok kiub ayam
  • bila mendidih, masukkan tepung jagung yg digaul dgn air. Kacau hingga kuah agak pekat.
  • Kemudian masukkan sayur2an dan taugeh.
  • akhir sekali pecahkan telur dan kacau rata2.... Siapppp!!
Cara hidang :  Cedokkan kuey teow kedlm mangkuk dan tuangkan kuah keatasnya. Sedap dimakan panas2 dan boleh hidangkan dengan cili jeruk.... perghhh ....cuba lah!!!!

LEPAT LABU


Nak buat lepat ni simpel saja bahannya dan memang cepat... nak makan, lagi la cepat!!! So, kalau ada tetamu ni boleh juga dijadikan juadah hidangan.. Ini adalah petikan dari blog saya


Sebiji labu sederhana besar


Bahan2 asas : gula 100gm, labu yang direbus empuk, pati santan, tepung Hoen Kwe warna oren 85gm, garam secukup rasa.
Utk gula, santan dan garam ikut keperluan. Santan tuang sedikit demi sedikit ikut keperluan / kepekatan yang kita mahukan,


Apabila sudah empuk, dilecek-lecekkan..


Masukkan santan sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yg kita mahukan. Jangan terlalu cair kerana susah untuk langkah membungkus dengan daun pisang nanti.


Masukkan tepung Hoen Kwe. Sebaiknya pek berwarna oren kerana tepungnya akan berubah warna oren juga..jadi tidak menjejaskan warna labu tadi. Tepung juga mengikut sukatan sendiri, jika campuran labu dan santan tadi agak cair, boleh lebihkan tepung. Jika tidak, kurangkan sukatan
tepung tersebut.

Letakkan 1 @ 1 1/2 sudu makan keatas daun pisang yang telah dilayur @ dijemur bawah panas matahari berukuran lbh kurang 8"x8". Sukatan ini juga bergantung pada saiz daun pisang anda.
Bagi saya, saya suka kuih yang kecil saiznya..comel gitu!!


Bungkuskan adunan tadi.. temukan bhgn kiri dan kanan daun. Lipat dua kali pada bhgn yang ditemukan. Terbalikkan bungkusn lepat dan lipat bhgn hujung kiri dan kanannya.
Itulah lepat namanya!!


Susun dalam periuk kukusan..

Kukus sekejap jer..dlm 15 - 20 minit jer....


Jemput makan .... lembutnya... nak makan panas2 boleh, sejukpun boleh...boleh makan waktu petang sambil santai2 kat taman ... ermmmm bestnya..!!!

So, jangan takut untuk mencuba. Saya pun dah beberapa kali mencuba bermacam2 jenis kuih, kek dan lauk.. kadang2 ambil dari internet je, ada yang sekali buat dah jadi, ada juga yang berkali2... pendekata kenyang la tong sampah tu... he he... yang penting, semangat dan minat tu kena ada ..

CAKOI



Hari-hari jadual asyik sibuk saja .. ada saja yang nak diselesaikan.. Minggu ni anak-anak dah start cuti sekolah, jadi mama dia pula startlah tambah sibuk.. sambil buat kerja rumah, kepala pula ligat memikir apa menu waktu pagi, tengahari, petang dan malam ... peninglah juga... jadi ni antara yang terfikir..CAKOI ... kalau beli kat luar kurang sedapnya... cari punya cari resepi dapatlah resepi ni dari blog MamaFami  ( mamafami.fotopages.com) ... saya amat berterima kasih pada beliau kerana sekali buat saja terus jadi, SEDAP pula tu... kalau MamaFami kat sebelah rumah dah lama saya hantarkan sepinggan CAKOI ni...

Haa... inilah bahan-bahannya:-
400 gm tepung
1 cawan air
1 sudu besar marjerin dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng


 
Caranya mudah sangat..sekejap jer dah siap..

1)  Campurkan dalam satu bekas air, marjerin yang dicairkan, garam, gula, susu pekat, kuning telur, yis dan soda bikarbonat. Gaul sebati.

2)  Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli doh hingga lembut dan tidak melekat.  Setelah siap uli, balut bekas doh tersebut dengan plastik yang bersih dan biarkan selama 1/2jam.

3) Canai doh setebal lebih kurang 1/2cm dalam bentuk segiempat tepat dan potong pada bahagian yang lebih kecil  lebih kurang 1 inci.

4)  Untuk mendapatkan cakoi yang berbelah dibahagian tengahnya setelah digoreng (seperti yang dijual tu) celupkan lidi dalam air dan tekan atas kepingan yang dipotong memanjang selebar 1 inci tadi.

5)  Panaskan minyak dan goreng. Sedap dimakan panas2. Biasanya dicicah bersama sos cili, tapi kalau resepi ni makan begitu sajapun dah sedap ... SUNGGUH ENAK DIMAKAN BEGITU SAJA .....

JELLY YOGURT STRAWBERRY


Cuaca  tidak menentu sekarang ni . Kadang-kadang hari panas dan tiba-tiba saja hujan mencurah-curah turun. Ada masanya sampai hampir seminggu hari panas. Masa inilah tekak ni terasa nak makan yang sejuk-sejuk saja. Kena pula masa ni tengah cuti sekolah. Jadi peti sejuk tu harus diisi dengan segala macam makanan... sekejap buka, sekejap tutup, buka, tutup...maklumlah, kalau dah empat beradik..macam-macam selera masing-masing... Jadi, Mama pun kenalah terlebih kreatif ... buat sesuatu yang menyukakan mereka..  

Bahan yang simpel:
Bliss perisa strawberi (botol sedang), Konyaku Jelly (1 bungkus) Buah Strawberi, Gula (secukup rasa), air
(Sukatan air + Bliss mengikut sukatan pada
paket Konyaku Jelly)



Buah strawberi ni dipotong dua @ empat mengikut citarasa anda.




Masukkan potongan strawberi ke dalam acuan agar2 @ jelly



Didihkan air, Konyaku Jelly, gula dan Bliss perisa Strawberi.
Lepas didih, masukkan dalam acuan tadi dan rehatkan
sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.


 

Haa....inilah hasilnya .... sedap dimakan masa
lepak2 depan tv, sambutan
harijadi atau majlis, bagi jiran ke atau untuk tetamu,,,



Menjadi kreatif tidak semestinya terlalu rumit (complicated)... kadang-kadang sesuatu yang simpel dan mudahpun sudah cukup untuk menarik minat dan selera. 

ITIK KUKUS PANGGANG

Tak ramai yang pernah atau suka makan itik. Tapi pada saya daging itik lebih sedap dari daging ayam selain rendah kolesterol. Macam2 menu boleh dihasilkan dengan daging itik. Inilah antaranya....

BAHANNYA:-
  • Seekor itik dibersihkan dan dilayur sedikit. (tidak perlu dipotong)
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 inci halia muda diketuk
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang besar dibelah 4
  • daun ketumbar
  • daun bawang
  • Alternatif ( jika suka boleh diletak buah kurma, kurma merah,kentang,saleri, gula batu , carrot dan lain2)
  • garam secukupnya
  • kicap pekat
  • kicap manis
  • air untuk mengukus
  • jarum dan benang @ pencungkil gigi
CARANYA:-
  1. Didihkan air dalam periuk kukusan.
  2. Sementara menunggu air kukusan mendidih, masukkan semua bahan kecuali kicap pekat dan kicap manis ke dalam badan itik yang telah dilayur tadi.
  3. Gunakan pencungkil gigi atau jahit bahagian berlubang tadi supaya bahan2 yang disumbat tidak terkeluar semasa proses mengukus. (Anda boleh juga merebus)
  4. Setelah siap, masukkan itik kedalam kukusan. Kukus sehingga daging itik masak.
  5. Keluarkan itik dari kukusan. Letakkan diatas redai untuk proses melumur kicap. Lumurkan kicap manis keseluruh badan itik tersebut dan rehatkan sebentar untuk kicap melekat pada kulit itik. Lebih elok kalau didedahkan pada jemuran matahari.
  6. Setelah kicap manis melekat pada kulit daging itik, lumurkan pula kicap pekat. Ulangi proses dan jemur lagi sehingga kicap sebati dengan kulit itik tadi.
  7. Masukkan itik kedalam oven dan panggang sehingga kulit kelihatan agak garing. Boleh juga digunakan teknik BBQ. Tidak perlu terlalu lama memanggang kerana daging itik telah sedia masak.
  8. Bila sudah masak, bolehlah dibuka bahagian yang dijahit tadi dan keluarkan bahan2 sumbat tadi dan boleh dimakan bersama nasi putih, nasi ayam, nasi goreng, mee atau sup. Sedap juga dicicah dengan sebarang sos.
TIPS:-
  1. Anda boleh menggantikan kicap dengan sos lada hitam atau sebarang sos kegemaran anda.
  2. Jika menggunakan teknik merebus, air kukusan berguna untuk dibuat sebagai sup iaitu sampingan untuk menu nasi atau dibuat mee sup atau membuat nasi itik.
  3. Itik yang sudah dikukus atau direbus ini juga boleh digoreng.
  4. Selain masakan diatas, paling sedap dibuat gulai itik bersama betik. Saya akan kongsikan resepi ini nanti. Tunggu ya ....

Tuesday 15 November 2011

APAM GULA MERAH

Dah lewat malam .. jam dah pukul 1 pagi. Mata masih melingas di skrin monitor menelaah resepi untuk esok. Last2 dapat idea buat apam. Tapi nak modified sikit, tukar kepada gula merah dan nak peram lama sikit (kukus pagi esok lepas subuh)..
Memang sedap, lembut, rasa sedikit masam2 manis
BAHANNYA:-

  • 2 cawan tepung gandum

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu kecil serbuk yis mauripan
  • 2 cawan nasi
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 2/4 cawan gula pasir (ini edisi kurang manis)
  • kelapa parut
  • sedikit garam

  1. Satukan didalam mangkuk tepung gandum, tepung beras dan serbuk yis.
  2. Masukkan nasi dan air sedikit demi sedikit ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  3. Kemudian masukkan gula merah dan gula pasir. Kisar lagi hingga sebati.
  4. Tuang bahan kisar kedalam mangkuk tepung tadi dan kacau rata.
  5. Perap untuk 1 - 2 jam sehingga yis naik. (Bagi saya, saya memerapnya semalaman untuk mendapatkan rasa yang sedikit masam)
  6. Untuk mengukus, panaskan kukusan sementara menuangkan adunan kedalam acuan.
  7. Balut tudung penutup periuk kukusan dengan kain supaya air wap tidak menitis ke atas apam semasa proses mengukus nanti.
  8. Acuan dilengserkan dengan sedikit minyak sebelum dibubuh adunan tepung.
  9. Kukus sehingga masak. Sementara mengukus, gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Ini sesuai sebagai bahan pencicah apam nanti.
CARANYA:-

Monday 14 November 2011

SPAGHETTI

Hari ni memang padat jadual. Semalam dah penat melayan anak2 di Zoo Johor. Jadi dah tak sempat ke pasar. Hari ni dah le hari Isnin (anak ke sekolah), nak ke pasar lagi .. fuhhh letihnya.. jadi nak masak yang bahan2nya sambil santai2 jer ... apa lagi SPAGHETTI ler ... simple dan sedap...

Inilah rupanya SPAGHETTI kegemaran keluarga.. YUMMY!!!!



BAHANNYA:- (SPAGHETTI)
  • 1 bungkus (500gm) spaghetti (anda boleh gantikan dengan sebarang bentuk @ jenis pasta kesukaan anda.
  • Air secukupnya untuk mencelur spaghetti.
  • Secubit garam
  •  minyak zaitun (olive oil) secukupnya
  • daun parsley yang diracik (ada yang dijual segar dipasaraya @ yg dikeringkan dalam bungkusan)
  •  
CARA MENYEDIAKAN SPAGHETTI:-
  1. Isikan air dalam periuk.
  2. Masukkan garam dan minyak. Kacau sedikit dan tunggu hingga didih.
  3. Masukkan spaghetti ( saya patahkan dua bahagian spaghetti tersebut supaya anak2 mudah makan)
  4. Apabila sudah lembut (masak), angkat dan toskan sehingga air kering.
  5. Pindahkan spaghetti ke dalam bekas lain dan taburkan minyak zaiton dan daun parsley ke atas spaghetti tersebut.
  6. Kacau sedikit sehingga minyak dan daun parsley rata keseluruh spaghetti tersebut.
*TIPS - boleh gantikan minyak zaitun dengan butter sebagai alternatif.





BAHAN UNTUK KUAH:-
  • 250gm daging kisar ( boleh digunakan daging lembu atau ayam)
  • 2 biji bawang putih - diketuk dan dicincang
  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu & nipis2
  • 6 - 8 biji tomato segar yang agak ranum (lembut) - potong dadu & kecil2
  • daun parsley yang dipotong kecil2
  • 1 botol saiz sedang (327gm) PREGO pasta sauce Fresh Mushroom
  • 1 tin kecil (220gm) tomato puree DELICHEF
  • sedikit sos tamoto
  • sedikit sos cili
  • sedikit gula
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  •  
CARA MENYEDIAKAN KUAH:-
  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan kacau sekali sekala sehingga daging masak. (tidak perlu tunggu sehingga air daging kering kerana air daging boleh menambah perisa kepada kuah nanti)
  3. Masukkan pula tomato, bawang besar dan daun parsley. Kacau dan biarkan sebentar sehingga bahan2 tersebut hancur/lebur tetapi jangan sampai kering airnya. Air ini perlu untuk menambah perisa kuah.
  4. Masukkan tomato puree dan sos pasta PREGO. Kacau rata.
  5. Kemudian diikuti sos tomato, sos cili dan gula mengikut citarasa anda. Apa yang penting kuah ini mestilah lebih rasa masam dengan sedikit rasa pedas dan manis. (Masam 85%, manis 10%, pedas 5% - ini ikut selera saya le..)
  6. Kacau sekejap dan bila kuah agak pekat(ikut kesukaan anda) boleh tutupkan api. Sedia untuk dihidangkan.
TIPS:-
  1. Kuah pasta ini boleh dimakan dengan pelbagai jenis pasta termasuk macaroni.
  2. Jika dipekatkan sedikit boleh juga dibuat topping pizza, pastry atau inti 'bun' kegemaran anda dengan ditaburkan keju (cheese) diatasnya
  3. Boleh juga dibuat gorengan (pasta goreng @ macaroni goreng)
  4. Untuk lebih lazat waktu menghidang, taburkan daun parsley dan serbuk @ parutan cheddar cheese
  5. Saya suka buat lebih sos ni sebab boleh 'standby' menu untuk hari esok pula. Misalnya hari ini makan  spaghetti dan esok atau lusa makan pizza.


CENDAWAN MASAK LEMAK






Oyster Mushroom memang sedap. Ada yang masukkan dalam tomyam, hidangan mee, digoreng dan dibuat sayur atau sup. Ini antara hidangan yang pantas tapi sedap.

BAHANNYA:-
  • 1 paket oyster mushroom di belah ikut saiz anda gemar dan bersihkan.
  • 1 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
  • 1 /2 inci halia muda dihiris nipis
  • 1 ulas bawang besar dihiris nipis
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu kecil lada serbuk lada sulah
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • pati santan dari 1/2 biji kelapa
  • beberapa biji cili hijau atau merah dipotong serong
  • daun sup dan daun bawang dipotong2
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
CARANYA:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan  halia sehingga berbau wangi.
  2.  Masukkan cendawan dan kacau rata.
  3. Masukkan pati santan. (jika ingin kurang kuah, kurangkan santan)
  4. Masukkan pula semua jenis bahan2serbuk tadi serta serbuk pati ayam.
  5. Bila cendawan hampir layu, masukkan garam, cili dan daun sup. Tutup api dan sedia dihidang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...