Blogger Backgrounds

Wednesday 11 January 2012

KUIH TAKO


BAHANNYA:-

Bahagian Bawah (Hijau)
  • 1 bungkus tepung Hoen Kwe (hijau)
  • 8 cwn air (Kalau guna tepung Hoen Kwe putih, boleh kisar daun pandan dan gunakan air daun pandan.
  • 1 1/2 cwn gula
  • sengkuang cina secukupnya ( dipotong dadu kecil2)
Bahagian Atas (Putih)
  • 1 bungkus tepung Hoen Kwe (putih)
  • 2 - 3 sudu kecil garam
  • 2 sudu gula
  • 8 cawan santan ( dari 1 kotak (250ml) santan + 7 cwn air)
Bahan Lain :  Daun pandan dibentuk menjadi kotak empat segi.

CARANYA:
  1. Masukkan semua Bahagian Bawah (hijau) dlm satu periuk dan Bahagian Atas (Putih) dlm periuk lain.
  2. Dengan api perlahan kacau sehingga semuanya sebati, tepung masak dan larutan menjadi likat/pekat.
  3. Setelah pekat, tutup api. Gunakan sudu untuk ceduk adunan kedalam kotak daun pandan. Mulakan warna hijau terlebih dahulu dengan mengisi separuh kotak daun pandan tersebut.
  4. Kemudian isikan semula warna putih pula.
  5. Anda boleh sejukkan di dalam peti sejuk sebelum menghidang kerana rasanya akan lebih sedap.

KERABU SOTONG



Antara menu wajib setiap bulan, paling kurang 2 @ 3 kali kena buat. Tak kisah lah berapa kalipun asalkan semua orang sukakannya...

BAHANNYA:
  • 1/2 kg sotong dibersihkan dan dipotong mengikut kesukaan anda
  • 4-5 biji cili besar dihiris2
  • 6 - 10 biji cili padi dihiris2 (sukatan cili mengikut tahap kepedasan anda)
  • 3 - 4 labu bawang besar dimayang
  • 5 - 7 batang serai juga dimayang
  • 3 helai daun limau purut dihiris nipis2
  • beberapa tangkai daun bawang @ daun ketumbar dan daun sup dipotong kecil
  • jus limau @ lemon
  • garam
  • gula

CARANYA:
  1. Celur sotong kedalam air yg telah mendidih sehingga sotong masak. Tepikan dan sejukkan sebentar.
  2. Masukkan sotong kedalam bekas. Masukkan pula cili besar, cili padi, bawang besar, serai, daun limau purut, daun sup dan daun bawang. Kacau rata.
  3. Masukkan jus limau, garam dan gula secukup rasa. Perapkan sekejap untuk bahan menjadi mesra dan rasa dahulu sebelum hidangkan. Apa yang kurang boleh ditambah.  Memang sedap!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...