Blogger Backgrounds

Tuesday 6 November 2012

BLUEBERRY CHEESE TART

Pertama kali buat ... terus jadi!!!! .. sukanyer......!!

BLUEBERRY CHEESE TART ... memang kegemaran sekeluarga. Sebelum ni setiap kali nak makan terpaksa beli. Memang agak mahal juga harganya, maklumlah bahan-bahannya yang terbaik dan nak buat pun agak cerewet juga.  Bila dah buat sendiri fahamlah sebab musabab pasal harga kuih ni....

BAHANNYA:

UNTUK KULIT TART 
  • 170gm mentega
  • 50gm gula icing
  • 1 bj telur gred C (jika telur gred B, buang sikit putih telurnya supaya tak keras kulit tart nanti)
  • 1 s/teh esen vanila
  • 290gm tepung gandum
CREAM CHEESE FILLING
  • 250gm cream cheese (jangan simpan di tempat beku, keluarkan 30-40 minit sebelum digunakan tetapi jangan sampai mencecah suhu bilik)
  • 50gm gula castor
  • 1 bj telur gred B
  • 1/2 s/teh esen vanila/lemon
  • blueberry jam secukupnya (atau sebarang perasa pilihan)
CARANYA (KULIT TART)
  1. Pukul mentega dan gula dengan senduk kayu. Tetapi jangan lama sangat. Cukup sehingga semuanya sebati gitu..
  2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga doh lembut.
  4. Bentukkan ke dalam acuan dan cucuk-cucuk sedikit dengan garpu pada dasar doh.
  5. Bakar 170C selama 15 minit @ sehingga masak ... ha ha..
  6. Sejukkan dan sedia untuk diletakkan filling. Kalau nak letak filling kemudian pun boleh..jadi simpan dulu dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti ais.
CARANYA (CREAM CHEESE FILLING)
  1. Putarkan cream cheese dan gula sehingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanila dan putar lagi. 
  3. Masukkan dalam piping bag (saya hanya gunakan plastik biasa yang digunting sedikit pada bucunya)
  4. Begitu juga dengan jem blueberry (atau sebarang perisa pilihan anda) kedalam piping bag.
  5. Susun kulit tart diatas dulang. Pancitkan sebahagian cream cheese kedalam kulit tart diikuti dengan jem blueberry. Kemudian pancitkan semula cream cheese menutupi bahagian atas.
  6. Jika anda suka boleh buat goresan membentuk bunga diatasnya. Bakar +- 5 min 170C. Atau sentuh cream cheese dengan hujung jari, jika tak melekat maknanya dah masak la tu...!
CARANYA (BUAT BUNGA)
Saya ada juga menjengah blogger yang lainnya, macam-macam cara dan kreativiti yang dibuat pada cheese tart ni.  Memang cantik-cantik belaka, maklumlah mereka ni boleh dikatakan 'pro' dalam baking membaking ni... Jadi, ada baiknya kita belajar perlahan-lahan dari blog (jimat bajet le konon...)..tapi ada risikonya, kadang jadi kadang tak jadi...itu bukan salah blog tersebut, mungkin cara (method) kita yang salah.... (jadi kalau anda ikut resepi saya tapi tak jadi... itu bukan salah saya yer... ha ha... sebab saya dapat resepi ni pun dari blogger, dijadikan nasib baik, SEKALI BUAT TERUS  MENJADI!!! 
  1. Campurkan sedikit cream cheese (yang sudah diproses pada cara buat Cream Cheese Filling tadi) dengan pewarna pilihan anda. Kacau sehingga warna sebati.
  2. Guna pencungkil gigi buat beberapa garis pendek (tak perlu sama panjang dan selari)
  3. Guna bahagian tajam pencungkil gigi, tarik dari atas ke bawah untuk mendapat bentuk tangkai bunga. Atau boleh tengok pada blog2 yang banyak tentang cheese tart. Ni salah satunya (anyway terima kasih pada blogger ni, rajin dia ambik gambar) cuba tengok, cuba try..

Monday 5 November 2012

19/10 tarikh untuk bersibuk-sibuk menyiapkan sambutan hari lahir Danieal.  Awal-awal lagi simanja ni dah sibuk ingatkan Mama suruh siapkan goodies bag untuk kawan-kawan. Layan jer laa....



Celebrate kat rumah dengan family memang sudah tradisi...
Pilih gambar monyet yang cute tu sebab Danieal
dilahirkan dalam tahun Monyet  (mengikut tahun Cina)
Suka-suka jer ni.....



Episod Penyampaian Goodies Bag ... Bahagian semua orang paling suka!!!

Homemade burger ... isi goodies bag

LOLLIPOP - antara isi goodies bag
Colourful kan?? memang menarik.

JOM ... kita tengok resepi pulak...

HOMEMADE MY OWN BURGER

BAHAN-BAHANNYA:-
  • Beberapa biji roti burger
  • Kepingan daging burger secukupnya (ayam/daging)
  • Mentega / marjerin untuk sapuan
  • Perapan :  sos lada hitam, madu, karamel masakan, sos barbeque, seasoning sos & lada sulah  (bahan-bahan ni mengikut sukatan anda, lebihkan yang suka, kurangkan yang tidak. Tetapi jangan terlalu berlebihan, nanti rasanya tak seimbang)
  • Lapisan burger : daun salad, mayonis, mustard, campuran sos cili dan sos tomato (digaul bersama) dan kepingan cheese (jika suka)
CARANYA:-
  1. Sapukan seluruh permukaan daging burger dengan bahan perapan. Jika ingin daging lebih lembut selepas dibakar, cucuk-cucukkan daging dengan garpu. Perapkan 1/2 jam - 1 jam.
  2. Letakkan atas redai dan bakar di dalam oven. (Saya mahu daging tersebut lembut dan sedikit berair gitu, jadi cuma setkan pada 170 darjah lebih kurang 25 min.)
  3. Sementara tunggu daging burger masak, bolehlah sapu mentega pada bahagian dalam/tengah roti burger. Kemudian bakar sekejap dalam oven.
  4. Untuk membuat lapisan burger terpulang kepada anda. Saya suka melapis begini:-Sapukan campuran sos cili dan tomato keatas kepingan bawah roti . Diikuti dengan kepingan daging, kepingan cheese dan daun salad. Kemudian letakkan sedikit lagi campuran sos cili dan tomato, mustard  dan mayonis. Akhir sekali tutupkan bahagian atas dengan roti burger. Dah siap.......
PLAY DOUGH LOLLIPOP
 
BAHANNYA:
  • 3/4 cwn mentega
  • 3 oz cream cheese
  • 1 cwn gula
  • 1 bj telur
  • 1 s/teh esen vanila
  • 2 3/4 cwn tepung
  • 1 s/teh baking powder
  • 1/4 s/teh garam
  • beberapa batang lollipop atau batang aiskrim
  • beberapa pewarna
 
CARANYA:
  1. Putar hingga gebu mentega, cream cheese dan gula.
  2. Masukkan vanila dan gaul sebati.
  3. Dalam mangkuk berasingan, satukan tepung, baking powder dan garam. Ayak dan masukkan ke dalam campuran mentega tadi.
  4. Bentukkan doh dan canai mengikut warna kesukaan anda. Gunakan batang lollipop atau batang aiskrim dan cucukkan kedalam doh yang telah dibentuk tadi.
  5. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan +- 350F/175C lebih kurang 8 minit @ sehingga masak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...