Blogger Backgrounds

BISKUT

HOMEMADE MY OWN BURGER
AND PLAY DOUGH LOLLIPOP

19/10 tarikh untuk bersibuk-sibuk menyiapkan sambutan hari lahir Danieal. Awal-awal lagi simanja ni dah sibuk ingatkan Mama suruh siapkan goodies bag untuk kawan-kawan. Layan jer laa....
Celebrate kat rumah dengan family memang sudah tradisi...
Pilih gambar monyet yang cute tu sebab Danieal
dilahirkan dalam tahun Monyet (mengikut tahun Cina)
Suka-suka jer ni.....

Episod Penyampaian Goodies Bag ... Bahagian semua orang paling suka!!!

Homemade burger ... isi goodies bag

LOLLIPOP - antara isi goodies bag
Colourful kan?? memang menarik.

JOM ... kita tengok resepi pulak...

HOMEMADE MY OWN BURGER

BAHAN-BAHANNYA:-
  • Beberapa biji roti burger
  • Kepingan daging burger secukupnya (ayam/daging)
  • Mentega / marjerin untuk sapuan
  • Perapan : sos lada hitam, madu, karamel masakan, sos barbeque, seasoning sos & lada sulah (bahan-bahan ni mengikut sukatan anda, lebihkan yang suka, kurangkan yang tidak. Tetapi jangan terlalu berlebihan, nanti rasanya tak seimbang)
  • Lapisan burger : daun salad, mayonis, mustard, campuran sos cili dan sos tomato (digaul bersama) dan kepingan cheese (jika suka)
CARANYA:-
  1. Sapukan seluruh permukaan daging burger dengan bahan perapan. Jika ingin daging lebih lembut selepas dibakar, cucuk-cucukkan daging dengan garpu. Perapkan 1/2 jam - 1 jam.
  2. Letakkan atas redai dan bakar di dalam oven. (Saya mahu daging tersebut lembut dan sedikit berair gitu, jadi cuma setkan pada 170 darjah lebih kurang 25 min.)
  3. Sementara tunggu daging burger masak, bolehlah sapu mentega pada bahagian dalam/tengah roti burger. Kemudian bakar sekejap dalam oven.
  4. Untuk membuat lapisan burger terpulang kepada anda. Saya suka melapis begini:-Sapukan campuran sos cili dan tomato keatas kepingan bawah roti . Diikuti dengan kepingan daging, kepingan cheese dan daun salad. Kemudian letakkan sedikit lagi campuran sos cili dan tomato, mustard dan mayonis. Akhir sekali tutupkan bahagian atas dengan roti burger. Dah siap.......
PLAY DOUGH LOLLIPOP
BAHANNYA:
  • 3/4 cwn mentega
  • 3 oz cream cheese
  • 1 cwn gula
  • 1 bj telur
  • 1 s/teh esen vanila
  • 2 3/4 cwn tepung
  • 1 s/teh baking powder
  • 1/4 s/teh garam
  • beberapa batang lollipop atau batang aiskrim
  • beberapa pewarna
 CARANYA:
  1. Putar hingga gebu mentega, cream cheese dan gula.
  2. Masukkan vanila dan gaul sebati.
  3. Dalam mangkuk berasingan, satukan tepung, baking powder dan garam. Ayak dan masukkan ke dalam campuran mentega tadi.
  4. Bentukkan doh dan canai mengikut warna kesukaan anda. Gunakan batang lollipop atau batang aiskrim dan cucukkan kedalam doh yang telah dibentuk tadi.
  5. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan +- 350F/175C lebih kurang 8 minit @ sehingga masak.

BISKUT DAHLIA




Dah lama tak jengah blog. Agak sibuk kebelakangan ini dengan urusan rumahtangga dan anak-anak. Jadi, terlanjur santai-santai ambil peluang menjengah blog... Kebetulan pula baru sudah mencuba yang entah keberapa sekian kalinya buat biskut kegemaran anak-anak.. inilah baru menjadi, walau bunganya tak kembang secantik yang diharapkan, tapi rasanya tip top .. itu yang penting...

Jom kita kongsikan resepinya:-

BAHANNYA:-
  1. 300gm mentega
  2. 150gm gula icing
  3. 2 biji kuning telur gred A
  4. 1 sudu teh esen vanilla
  5. 250gm tepung gandum
  6. 100gm tepung jagung
  7. 160gm tepung kastad
  8. ceri / manik hiasan
CARANYA:-
  1. Ayak semua jenis tepung bersama.
  2. Pukul mentega dan gula icing sehingga gebu.
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga berkrim.
  4. Masukkan tepung yang diayak tadi dan dengan 'low speed' putar sehingga sebati.
  5. Adun dan uli hingga jadi doh dan tidak melekat dijari. (jika tepung masih melekit/lembik tambahkan sedikit tepung gandum)
  6. Bentukkan adunan dengan acuan tekan (acuan biskut dahlia) dan bakar 17-20 minit pada suhu 175.


RAINBOW FINGERS & RAINBOW FISH BISCUITS


Simple dan sedap.  Antara paling laris... sekejap jer balang dah kosong.. Ramai juga kawan2 menempah. Tapi andapun boleh buat sendiri..

BAHAN:-
  • Biskut pelbagai bentuk (jenis teksturnya seperti biskut Marie)
  • Coklat masakan ( sebarang perisapun boleh juga)
  • Chocolate rice atau manik gula bewarna warni
CARANYA:-
  1. Cairkan coklat masakan secara double boil.
  2. Cedok sebahagian coklat cair ke dalam bekas.
  3. Celupkan 3/4 bahagian biskut kedalam coklat cair tersebut dan pegang sebentar untuk membiarkan sisa coklat jatuh semula kedalam bekas.
  4. Taburkan chocolate rice atau manik2 gula ke seluruh bahagian yang dicelup tadi. Rehatkan di atas dulang untuk coklat membeku sepenuhnya. Kemudian bolehlah disimpan di dalam balang kedap udara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...