Blogger Backgrounds

Sunday 20 November 2011

PAU PANDAN




STOK MAKANAN mesti sentiasa ada dalam peti ais. Ada sesetengahnya tak perlu belipun, cuma kita yang perlu lebih kreatif atau lebih rajin. Kalau saya buat sesetengah kuih, saya buatkan lebih, jadi kalau ada tetamu tiba2 datang menjengah atau tak sempat nak sediakan makanan pagi atau petang.. adalah juga bahan untuk dihidangkan..

BAHANNYA:-

Untuk Kulit:-
  • 1/2 kilo tepung gandum
  • 2 sudu makan marjerin
  • 2 sudu makan susu manis
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • 1/2 paket serbuk yis mauripan (+- 5gm)
  • air pandan secukupnya (daun pandan dikisar dengan air dan ditapis)
  • daun pisang dipotong bulat sebagai pelapik doh/pau nanti
Caranya:-
  1. Satukan didalam bekas tepung dan marjerin. Gaul hingga tepung bersatu dengan marjerin iaitu menjadi peroi.
  2. Didalam bekas lain satukan yis, gula dan susu manis bersama air pandan. Kacau hingga bahan sebati.
  3. Tuangkan bahan cecair kedalam bekas berisi tepung sedikit demi sedikit sambil menguli tepung menjadi doh.  Jika warna hijau kurang menyerlah, tambahkan sedikit pewarna hijau.
  4. Uli doh hingga lembut dan tidak melekat dijari. Jika terlalu melekit boleh tambahkan sedikit tepung.
  5. Diamkan doh lebih kurang 1 - 2 jam untuk doh menjadi dua kali ganda.
  6. Setelah doh naik, uli sedikit dalam 1 -2 minit sebelum membentuk pau.
Bahan Inti (Inti Kelapa):-
  • 1 biji kelapa parut
  • 2 - 3 sudu gula
  • 3 sudu gula merah
  • secubit garam
  • 1/4 cawan air
  • sehelai daun pandan disimpul
Caranya:-
  1. Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak dengan api perlahan.
  2. Kacau sehingga bahan menjadi sedikit lembap. (Terpulang kepada anda jika yang suka pada inti kering bolehlah masak hingga intinya kering) dan tepikan.
CARA MEMBUAT PAU:-
  1. Panaskan periuk kukusan sementara membentuk pau.
  2. Bahagikan doh tepung kepada bebola 30 - 50 gm mengikut kesukaan anda.
  3. Leperkan dan isi inti dibahagian tengah tepung.
  4. Tutup semula dengan menarik bahagian sekeliling doh  pada satu bahagian. Doh akan menjadi seperti sebiji bola. Letakkan doh diatas daun pisang yang telah digunting bulat2 sebagai pelapik pau.
  5. Letakkan didalam lapisan periuk kukusan, TETAPI jangan kukus dahulu. Benarkan pau tersebut untuk naik sedikit lebih kurang 10 -20 minit baru kukus.
  6. Kukus lebih kurang 10 minit atau sehingga pau masak dan bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...