| Inilah rupanya SPAGHETTI kegemaran keluarga.. YUMMY!!!! 
 
 
 
 BAHANNYA:- (SPAGHETTI) 1 bungkus (500gm) spaghetti (anda boleh gantikan dengan sebarang bentuk @ jenis pasta kesukaan anda.Air secukupnya untuk mencelur spaghetti.Secubit garam minyak zaitun (olive oil) secukupnyadaun parsley yang diracik (ada yang dijual segar dipasaraya @ yg dikeringkan dalam bungkusan) 
 CARA MENYEDIAKAN SPAGHETTI:- Isikan air dalam periuk.Masukkan garam dan minyak. Kacau sedikit dan tunggu hingga didih.Masukkan spaghetti ( saya patahkan dua bahagian spaghetti tersebut supaya anak2 mudah makan)Apabila sudah lembut (masak), angkat dan toskan sehingga air kering.Pindahkan spaghetti ke dalam bekas lain dan taburkan minyak zaiton dan daun parsley ke atas spaghetti tersebut. Kacau sedikit sehingga minyak dan daun parsley rata keseluruh spaghetti tersebut.
 *TIPS - boleh gantikan minyak zaitun dengan butter sebagai alternatif. 
 
 
 
 
 BAHAN UNTUK KUAH:- 250gm daging kisar ( boleh digunakan daging lembu atau ayam)2 biji bawang putih - diketuk dan dicincang2 labu bawang besar - dipotong dadu & nipis26 - 8 biji tomato segar yang agak ranum (lembut) - potong dadu & kecil2daun parsley yang dipotong kecil21 botol saiz sedang (327gm) PREGO pasta sauce Fresh Mushroom1 tin kecil (220gm) tomato puree DELICHEFsedikit sos tamotosedikit sos cilisedikit gula2 sudu besar minyak zaitun 
 CARA MENYEDIAKAN KUAH:- Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga wangi.Masukkan daging kisar dan kacau sekali sekala sehingga daging masak. (tidak perlu tunggu sehingga air daging kering kerana air daging boleh menambah perisa kepada kuah nanti)Masukkan pula tomato, bawang besar dan daun parsley. Kacau dan biarkan sebentar sehingga bahan2 tersebut hancur/lebur tetapi jangan sampai kering airnya. Air ini perlu untuk menambah perisa kuah.Masukkan tomato puree dan sos pasta PREGO. Kacau rata.Kemudian diikuti sos tomato, sos cili dan gula mengikut citarasa anda. Apa yang penting kuah ini mestilah lebih rasa masam dengan sedikit rasa pedas dan manis. (Masam 85%, manis 10%, pedas 5% - ini ikut selera saya le..)Kacau sekejap dan bila kuah agak pekat(ikut kesukaan anda) boleh tutupkan api. Sedia untuk dihidangkan.
 TIPS:- Kuah pasta ini boleh dimakan dengan pelbagai jenis pasta termasuk macaroni.Jika dipekatkan sedikit boleh juga dibuat topping pizza, pastry atau inti 'bun' kegemaran anda dengan ditaburkan keju (cheese) diatasnyaBoleh juga dibuat gorengan (pasta goreng @ macaroni goreng)Untuk lebih lazat waktu menghidang, taburkan daun parsley dan serbuk @ parutan cheddar cheeseSaya suka buat lebih sos ni sebab boleh 'standby' menu untuk hari esok pula. Misalnya hari ini makan  spaghetti dan esok atau lusa makan pizza.
 | 
No comments:
Post a Comment