skip to main  |
      skip to sidebar
          
        
          
        
Roti Sosej
TQ, Yani..
Bahan-bahan ( 12 biji )
- 120ml susu segar 
- 50g telur 
- 300g tepung roti 
- 1 sudu kecil garam 
- 3 sudu besar gula 
- 60g butter 
- 1 sudu kecil dry yeast 
- ****************** 
- 12 btg sosej 
- sos tomato/cili 
- mayonis 
- telur untuk sapu 
Cara-cara 
- Masukkan semua bahan di atas bertanda (**) ke dalam breadmaker. On kan tunggu siap. 
- Bila dah siap. Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. 
- Bahagikan kepada 12 bahagian. Rehatkan 10 minit 
- Ambik sebiji roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 30cm. 
- Pada bahagian hujung, buat leper sebagai tempat penyambung 
- Kemudian sambungkan pada bahagian hujungnya 
- Letakkan sosej pada bahagian tengah. Ulang langkah 4-6 sampai habis. 
- Biar naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur 
- Bakar pada suhu 180C selama 10 minit. Kalau roti belum nampak perang, biarkan dalam oven selama 5-6 minit selepas bakar sebelum dibawa keluar dr oven. 
- Keluarkan roti dari oven dan sejukkan. Bila nak makan bolehlah letak sos dan mayonis. 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
No comments:
Post a Comment