Blogger Backgrounds

Thursday 17 November 2011

ITIK KUKUS PANGGANG

Tak ramai yang pernah atau suka makan itik. Tapi pada saya daging itik lebih sedap dari daging ayam selain rendah kolesterol. Macam2 menu boleh dihasilkan dengan daging itik. Inilah antaranya....

BAHANNYA:-
  • Seekor itik dibersihkan dan dilayur sedikit. (tidak perlu dipotong)
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 inci halia muda diketuk
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang besar dibelah 4
  • daun ketumbar
  • daun bawang
  • Alternatif ( jika suka boleh diletak buah kurma, kurma merah,kentang,saleri, gula batu , carrot dan lain2)
  • garam secukupnya
  • kicap pekat
  • kicap manis
  • air untuk mengukus
  • jarum dan benang @ pencungkil gigi
CARANYA:-
  1. Didihkan air dalam periuk kukusan.
  2. Sementara menunggu air kukusan mendidih, masukkan semua bahan kecuali kicap pekat dan kicap manis ke dalam badan itik yang telah dilayur tadi.
  3. Gunakan pencungkil gigi atau jahit bahagian berlubang tadi supaya bahan2 yang disumbat tidak terkeluar semasa proses mengukus. (Anda boleh juga merebus)
  4. Setelah siap, masukkan itik kedalam kukusan. Kukus sehingga daging itik masak.
  5. Keluarkan itik dari kukusan. Letakkan diatas redai untuk proses melumur kicap. Lumurkan kicap manis keseluruh badan itik tersebut dan rehatkan sebentar untuk kicap melekat pada kulit itik. Lebih elok kalau didedahkan pada jemuran matahari.
  6. Setelah kicap manis melekat pada kulit daging itik, lumurkan pula kicap pekat. Ulangi proses dan jemur lagi sehingga kicap sebati dengan kulit itik tadi.
  7. Masukkan itik kedalam oven dan panggang sehingga kulit kelihatan agak garing. Boleh juga digunakan teknik BBQ. Tidak perlu terlalu lama memanggang kerana daging itik telah sedia masak.
  8. Bila sudah masak, bolehlah dibuka bahagian yang dijahit tadi dan keluarkan bahan2 sumbat tadi dan boleh dimakan bersama nasi putih, nasi ayam, nasi goreng, mee atau sup. Sedap juga dicicah dengan sebarang sos.
TIPS:-
  1. Anda boleh menggantikan kicap dengan sos lada hitam atau sebarang sos kegemaran anda.
  2. Jika menggunakan teknik merebus, air kukusan berguna untuk dibuat sebagai sup iaitu sampingan untuk menu nasi atau dibuat mee sup atau membuat nasi itik.
  3. Itik yang sudah dikukus atau direbus ini juga boleh digoreng.
  4. Selain masakan diatas, paling sedap dibuat gulai itik bersama betik. Saya akan kongsikan resepi ini nanti. Tunggu ya ....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...