Blogger Backgrounds

KUIH





KUIH TAKO


BAHANNYA:-

Bahagian Bawah (Hijau)
  • 1 bungkus tepung Hoen Kwe (hijau)
  • 8 cwn air (Kalau guna tepung Hoen Kwe putih, boleh kisar daun pandan dan gunakan air daun pandan.
  • 1 1/2 cwn gula
  • sengkuang cina secukupnya ( dipotong dadu kecil2)
Bahagian Atas (Putih)
  • 1 bungkus tepung Hoen Kwe (putih)
  • 2 - 3 sudu kecil garam
  • 2 sudu gula
  • 8 cawan santan ( dari 1 kotak (250ml) santan + 7 cwn air)
Bahan Lain :  Daun pandan dibentuk menjadi kotak empat segi.

CARANYA:
  1. Masukkan semua Bahagian Bawah (hijau) dlm satu periuk dan Bahagian Atas (Putih) dlm periuk lain.
  2. Dengan api perlahan kacau sehingga semuanya sebati, tepung masak dan larutan menjadi likat/pekat.
  3. Setelah pekat, tutup api. Gunakan sudu untuk ceduk adunan kedalam kotak daun pandan. Mulakan warna hijau terlebih dahulu dengan mengisi separuh kotak daun pandan tersebut.
  4. Kemudian isikan semula warna putih pula.
  5. Anda boleh sejukkan di dalam peti sejuk sebelum menghidang kerana rasanya akan lebih sedap.

JEMPUT-JEMPUT INTI JAGUNG


BAHANNYA:-
  • 1/2 tin cream jagung
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk yis segera
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 200 - 300 ml air
  • minyak untuk menggoreng
CARANYA:-
  1. Satukan tepung, serbuk yis, soda, gula dan garam di dalam bekas. Kacau rata.
  2. Masukkan air kedalam adunan tepung sambil mengacau adunan. Campuran dengan air hendaklah sedikit pekat supaya senang proses hendak menggoreng nanti.
  3. Diamkan adunan 1 - 2 jam untuk adunan naik 2 kali ganda.
  4. Panaskan minyak dan ikut langkah-langkah seperti gambar diatas. Balik-balikkan dan angkat sedia untuk dihidang.


CUCUR IKAN KEMBUNG

Semasa di pasar mata terpandang longgokan ikan kembung segar. Teringat masa kat kampung dulu, pasar tak jauh dari pantai jadi memang banyak ikan segar. Kalau dah terlalu murah dan banyak ikan kembung ni, ibu buatkan cucur ikan kembung. Nak buat cucur ni senang saja. Paling sedap ikan yang sederhana besar. Digoreng dan dimakan panas-panas.

BAHANNYA:
  • 1/2 kg ikan kembung segar saiz sederhana
  • garam
  • kunyit
  • 5 sudu makan tepung beras (atau sebarang tepung gorengan)
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • sedikit air
  • minyak untuk menggoreng
CARANYA:
  1. Bersihkan ikan kembung.
  2. Dalam sebuah bekas, campurkan garam, kunyit, lada sulah, tepung dengan sedikit air. Jadikan seperti paste.
  3. Masukkan ikan kembung dan gaul rata sehingga tepung meliputi ikan.
  4. Panaskan minyak dan goreng secara 'deep fry' sehingga ikan masak.
  5. Hidangkan panas2 dan sedap dimakan begitu sahaja, dicicah sos mahupun dimakan dengan nasi.
PAU PANDAN




STOK MAKANAN mesti sentiasa ada dalam peti ais. Ada sesetengahnya tak perlu belipun, cuma kita yang perlu lebih kreatif atau lebih rajin. Kalau saya buat sesetengah kuih, saya buatkan lebih, jadi kalau ada tetamu tiba2 datang menjengah atau tak sempat nak sediakan makanan pagi atau petang.. adalah juga bahan untuk dihidangkan..

BAHANNYA:-

Untuk Kulit:-
  • 1/2 kilo tepung gandum
  • 2 sudu makan marjerin
  • 2 sudu makan susu manis
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • 1/2 paket serbuk yis mauripan (+- 5gm)
  • air pandan secukupnya (daun pandan dikisar dengan air dan ditapis)
  • daun pisang dipotong bulat sebagai pelapik doh/pau nanti
Caranya:-
  1. Satukan didalam bekas tepung dan marjerin. Gaul hingga tepung bersatu dengan marjerin iaitu menjadi peroi.
  2. Didalam bekas lain satukan yis, gula dan susu manis bersama air pandan. Kacau hingga bahan sebati.
  3. Tuangkan bahan cecair kedalam bekas berisi tepung sedikit demi sedikit sambil menguli tepung menjadi doh.  Jika warna hijau kurang menyerlah, tambahkan sedikit pewarna hijau.
  4. Uli doh hingga lembut dan tidak melekat dijari. Jika terlalu melekit boleh tambahkan sedikit tepung.
  5. Diamkan doh lebih kurang 1 - 2 jam untuk doh menjadi dua kali ganda.
  6. Setelah doh naik, uli sedikit dalam 1 -2 minit sebelum membentuk pau.
Bahan Inti (Inti Kelapa):-
  • 1 biji kelapa parut
  • 2 - 3 sudu gula
  • 3 sudu gula merah
  • secubit garam
  • 1/4 cawan air
  • sehelai daun pandan disimpul
Caranya:-
  1. Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak dengan api perlahan.
  2. Kacau sehingga bahan menjadi sedikit lembap. (Terpulang kepada anda jika yang suka pada inti kering bolehlah masak hingga intinya kering) dan tepikan.
CARA MEMBUAT PAU:-
  1. Panaskan periuk kukusan sementara membentuk pau.
  2. Bahagikan doh tepung kepada bebola 30 - 50 gm mengikut kesukaan anda.
  3. Leperkan dan isi inti dibahagian tengah tepung.
  4. Tutup semula dengan menarik bahagian sekeliling doh  pada satu bahagian. Doh akan menjadi seperti sebiji bola. Letakkan doh diatas daun pisang yang telah digunting bulat2 sebagai pelapik pau.
  5. Letakkan didalam lapisan periuk kukusan, TETAPI jangan kukus dahulu. Benarkan pau tersebut untuk naik sedikit lebih kurang 10 -20 minit baru kukus.
  6. Kukus lebih kurang 10 minit atau sehingga pau masak dan bolehlah dihidangkan.

LEPAT LABU
Nak buat lepat ni simpel saja bahannya dan memang cepat... nak makan, lagi la cepat!!! So, kalau ada tetamu ni boleh juga dijadikan juadah hidangan.. Ini adalah petikan dari blog saya

Sebiji labu sederhana besar

Bahan2 asas : gula 100gm, labu yang direbus empuk, pati santan, tepung Hoen Kwe warna oren 85gm, garam secukup rasa.
Utk gula, santan dan garam ikut keperluan. Santan tuang sedikit demi sedikit ikut keperluan / kepekatan yang kita mahukan,

Apabila sudah empuk, dilecek-lecekkan..

Masukkan santan sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yg kita mahukan. Jangan terlalu cair kerana susah untuk langkah membungkus dengan daun pisang nanti.

Masukkan tepung Hoen Kwe. Sebaiknya pek berwarna oren kerana tepungnya akan berubah warna oren juga..jadi tidak menjejaskan warna labu tadi. Tepung juga mengikut sukatan sendiri, jika campuran labu dan santan tadi agak cair, boleh lebihkan tepung. Jika tidak, kurangkan sukatan
tepung tersebut.

Letakkan 1 @ 1 1/2 sudu makan keatas daun pisang yang telah dilayur @ dijemur bawah panas matahari berukuran lbh kurang 8"x8". Sukatan ini juga bergantung pada saiz daun pisang anda.
Bagi saya, saya suka kuih yang kecil saiznya..comel gitu!!

Bungkuskan adunan tadi.. temukan bhgn kiri dan kanan daun. Lipat dua kali pada bhgn yang ditemukan. Terbalikkan bungkusn lepat dan lipat bhgn hujung kiri dan kanannya.
Itulah lepat namanya!!

Susun dalam periuk kukusan..

Kukus sekejap jer..dlm 15 - 20 minit jer....

Jemput makan .... lembutnya... nak makan panas2 boleh, sejukpun boleh...boleh makan waktu petang sambil santai2 kat taman ... ermmmm bestnya..!!!

So, jangan takut untuk mencuba. Saya pun dah beberapa kali mencuba bermacam2 jenis kuih, kek dan lauk.. kadang2 ambil dari internet je, ada yang sekali buat dah jadi, ada juga yang berkali2... pendekata kenyang la tong sampah tu... he he... yang penting, semangat dan minat tu kena ada ..

CAKOI


Hari-hari jadual asyik sibuk saja .. ada saja yang nak diselesaikan.. anak-anak dah start cuti sekolah, jadi mama dia pula startlah tambah sibuk.. sambil buat kerja rumah, kepala pula ligat memikir apa menu waktu pagi, tengahari, petang dan malam ... peninglah juga... jadi ni antara yang terfikir..CAKOI ... kalau beli kat luar kurang sedapnya... cari punya cari resepi dapatlah resepi ni dari  MAMAFAMI ... saya amat berterima kasih pada beliau kerana sekali buat saja terus jadi, SEDAP pula tu... kalau MAMAFAMI  kat sebelah rumah dah lama saya hantarkan sepinggan CAKOI ni...

Haa... inilah bahan-bahannya:-

400 gm tepung 
1 cawan air
1 sudu besar marjerin dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng

Caranya mudah sangat..sekejap jer dah siap..

1)  Campurkan dalam satu bekas air, marjerin yang dicairkan, garam, gula, susu pekat, kuning telur, yis dan soda bikarbonat. Gaul sebati.

2)  Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli doh hingga lembut dan tidak melekat.  Setelah siap uli, balut bekas doh tersebut dengan plastik yang bersih dan biarkan selama 1/2jam.

3) Canai doh setebal lebih kurang 1/2cm dalam bentuk segiempat tepat dan potong pada bahagian yang lebih kecil  lebih kurang 1 inci.

4)  Untuk mendapatkan cakoi yang berbelah dibahagian tengahnya setelah digoreng (seperti yang dijual tu) celupkan lidi dalam air dan tekan atas kepingan yang dipotong memanjang selebar 1 inci tadi.

5)  Panaskan minyak dan goreng. Sedap dimakan panas2. Biasanya dicicah bersama sos cili, tapi kalau resepi ni makan begitu sajapun dah sedap ... SUNGGUH ENAK DIMAKAN BEGITU SAJA .....
APAM GULA MERAH

Dah lewat malam .. jam dah pukul 1 pagi. Mata masih melingas di skrin monitor menelaah resepi untuk esok. Last2 dapat idea buat apam. Tapi nak modified sikit, tukar kepada gula merah dan nak peram lama sikit (kukus pagi esok lepas subuh)..


Memang sedap, lembut, rasa sedikit masam2 manis

BAHANNYA:-
  • 2 cawan tepung gandum

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu kecil serbuk yis mauripan
  • 2 cawan nasi
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 2/4 cawan gula pasir (ini edisi kurang manis)
  • kelapa parut
  • sedikit garam

  • CARANYA:-
  1. Satukan didalam mangkuk tepung gandum, tepung beras dan serbuk yis.
  2. Masukkan nasi dan air sedikit demi sedikit ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  3. Kemudian masukkan gula merah dan gula pasir. Kisar lagi hingga sebati.
  4. Tuang bahan kisar kedalam mangkuk tepung tadi dan kacau rata.
  5. Perap untuk 1 - 2 jam sehingga yis naik. (Bagi saya, saya memerapnya semalaman untuk mendapatkan rasa yang sedikit masam)
  6. Untuk mengukus, panaskan kukusan sementara menuangkan adunan kedalam acuan.
  7. Balut tudung penutup periuk kukusan dengan kain supaya air wap tidak menitis ke atas apam semasa proses mengukus nanti.
  8. Acuan dilengserkan dengan sedikit minyak sebelum dibubuh adunan tepung.
  9. Kukus sehingga masak. Sementara mengukus, gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Ini sesuai sebagai bahan pencicah apam nanti.



SWEET POTATO ROSE PAU (MANTOU)
Inilah hasil kerjatgn dlm mengejar masa

Teruja dengan gambar pau ini di blog Chah saya terus nekad nak buat juga untuk majlis Tahlil dirumah seorang kawan baik saya. Chah pun dapat dari blog WendyTerus saya ke blog  Wendy. (Terimakasih Chah)

BAHANNYA:-
  • 250 gm ubi keledek purple yang direbus
  • 200 gm air
  • 500 gm tepung pau
  • 1 s/teh baking powder
  • 100 gm gula
  • 50 gm lemak sayur (shortening) / Crisco
  • 1/4 s/teh garam
  • 11 gm serbuk yis
CARANYA:-
  1. Lecek keledek purple yang direbus dan ditoskan tadi. (Keledek purple mempunyai tekstur yang lebih lembut berbanding keledek putih dan oren)
  2. Campurkan sedikit baki air rebusan keledek dengan serbuk yis.
  3. Campur dan adun semua bahan kecuali shortening sehingga menjadi doh.
  4. Setelah adunan menjadi doh, baru masukkan shortening dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Jika doh terlalu lembut dan melekit masukkan sedikit tepung pau lagi.  Tetapi jika doh agak melekit tetapi masih boleh dibentuk, teruskan menguli kerana bahan2 tersebut mungkin belum cukup sebati dan tidak perlu ditambah tepung pau.
  5. Tutup bekas doh tersebut lebih kurang 1 jam.
  6. Tumbuk2 adunan doh dan uli lebih kurang 1 -2 minit.
  7. Bahagikan doh pada ketulan2 kecil mengikut anggaran anda untuk sebiji pau (sukatan .Wendy  50gm)  Bentukkan kelopak ros spt yang diterangkan dibawah oleh Wendy . Saya tidak mengikut cara beliau sebab kesuntukan masa, jadi suka2 hati saja lah bentuk kelopak ros tu. Saya bahagikan pada 5 - 6 ketulan sebesar kuku jari, dilecekkan dengan penggelek dgn pelbagai saiz dan arah. Hasilnya, bunga ros yang tak sekata bentuknya seperti yang dibuat oleh Wendy . Janji jadi bunga roskan!!!
  8. Jika ingin diletakkan inti boleh juga. Saya membalut inti kelapa dengan kepingan doh dengan dibentuk kuncup ros bahagian tengah. Kemudian diselangselikan dengan kelopak yang lainnya sehingga membentuk sekuntum ros.
  9. Tutup dan biarkan doh naik lbh kurang 2x ganda lebih kurang 45 minit.
  10. Kukus dengan api yang kuat lebih kurang 12 minit.
INI CARA MEMBUAT KELOPAK ROSE (tiada inti)
(cara Wendy )




*Tip : Flatten out enough dough balls for one round of steaming before flattening out the rest. Keep dough in fridge to prevent over proofing while you slowly form the rose buds. And keep the formed rose buds in the fridge(covered) to slow down the 2nd proofing while you shape. This method does take time to complete.
  1. Bentukkan doh bebola kecil 15gm setiap satu.
  2. Leperkan bebola doh tersebut untuk membentuk kelopak ros..
  3. Dengan hujung jari tekan sekeliling kelopak tersebut.
  4. Susun keenam2 kelopak ros secara bertindih separuh saiznya.
  5. Mulakan dengan menggulung dari kepingan pertama pada lapisan terbawah.
  6. Gunakan kayu penyepit (chopstick) untuk memotong dengan teknik seperti menggergaji untuk mendapatkan 2 kuntum ros dari satu gulungan kelopak tadi.
  7. Letakan kedua2 ros tadi diatas sekeping kertas atau didalam acuan cupcake.
  8. Biarkan doh ini mengembang dua kali ganda dan kukus 12 min.


Memang cantik hasil kerja beliau. THANK YOU VERY MUCH Wendy 


JEMPUT-JEMPUT UBI KELEDEK JEPUN


BAHANNYA:-
  • Ubi keledek Jepun yang telah dibakar dan dilenyek2/dilecek2
  • Tepung gandum (1/4 sukatan ubi) Jika mahu 1/2 sukatan pun boleh. Cuma perlu 'adjust' sukatan air sahaja. Cuma hasilnya nanti keras sikit dari 1/4 sukatan.
  • sedikit gula
  • 1/2 paket serbuk yis
  • sedikit garam
  • air secukupnya
  • minyak masak
CARANYA:-
  1. Satukan ubi, tepung gandum, yis, gula dan garam di dalam mangkuk.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sebati. Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air lagi. Adunan jangan terlalu cair supaya senang untuk 'menjemput' dgn jari @ dicedok dengan sudu semasa proses menggoreng nanti. Jangan risau jika sedikit pekat kerana yis akan melembutkan jemput2 tu nanti. Siap proses mengadun, diamkan untuk lebihkurang 1/2 jam - 45 min.
  3. Untuk menggoreng, panaskan minyak. Jemput dengan menggunakan hujung jari atau sudu. Goreng hingga habis adunan dan sedap di makan panas2.


LEMPENG KELAPA (PEKNGA)


Dalam petisejuk sentiasa tersimpan sekurang2nya sebungkus kelapa parut. Tapi kalau simpan terlalu lamapun nanti tak sedap pula santan atau kelapanya. Jadi dari terbuang begitu sahaja ada baiknya gunakan kreativiti. Sukatan ini pun adalah ikut citarasa. Maksudnya anda boleh tambah atau kurangkan mana2 sukatan bahan. Tak ada masalah..

BAHAN:-
  • Sebiji kelapa parut ( dikisar dengan lebih kurang 1 1/2 cawan air)
  • 4 - 5 cawan tepung
  • 1/2 bungkus serbuk yis (kalau tak nakpun boleh juga. Jadi lepas bancuh, terus masak)
  • sedikit garam
  • minyak masak
CARANYA:-
  1. Masukkan kelapa yang telah dikisar tadi kedalam mangkuk.
  2. Masukkan tepung, yis dan garam secukupnya. Kacau. Jika terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit. Sebaiknya campuran tersebut jangan terlalu pekat. Lebih kurang macam 'cream soup' kira ok la tu.
  3. Diamkan adunan dalam 1/2 jam untuk yis bertindak balas.
  4. Setelah adunan 'naik' lengserkan minyak pada permukaan kuali. Setelah minyak panas, cedok dalam satu senduk ( atau ikut saiz yang diingini) dan tuang ke permukaan kuali. Lenggang2kan kuali hingga tepung menjadi bentuk bulat.
  5. Apabila sudah masak permukaan bawah , terbalikkan kepingan lempeng dan masak lagi sebelah bahagian. Ulang proses hingga habis.
  6. Sedap dicicah dengan kaya, madu, sambal, jem atau dimakan begitu sahaja. Kalau daerah saya di Kedah ini dipanggil "PEKNGA" (cucur tempek yang dimasak dalam belanga) dicicah dengan gula merah. PERGHHHH!!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...