Blogger Backgrounds

Friday 2 March 2012

Nasi Goreng Pataya Dengan Jejari Ketam


Sejak semalam si kecil merengek minta nasi goreng.  Jadi nak tak nak hari ni terpaksalah sediakan juga. Fikir punya fikir akhirnya terhasillah resepi sempoi yang tak cukup bahan ni ....

BAHANNYA:-
  • 1 mangkuk sedang nasi (nasi sejuk lagi bagus)
  • Beberapa batang jejari ketam (dipotong serong)
  • 3 sudu makan butter
  • 1 ulas bawang putih dicincang
  • 2 ulas bawang kecil dimayang
  • 1 sudu kecil serbuk 'cukup rasa'
  • lada sulah
  • garam
  • 3 biji telur ( 1 biji untuk goreng nasi, 2 biji untuk balut nasi goreng)
  • sedikit minyak masak untuk lengserkan kuali
CARANYA:
  1. Cairkan butter dan tumis bawang putih dan bawang kecil hingga naik bau wangi.
  2. Masukkan potongan jejari ketam dan kacau rata.
  3. Masukkan sebiji telur dan segera masukkan pula nasi yang telah digaul sebati dengan garam sebelumnya. Telur mestilah belum masak sepenuhnya (masih cair/lembik) semasa nasi dimasukkan.
  4. Masukkan pula lada sulah dan serbuk 'cukup rasa' secukupnya dan kacau rata lagi. Tutup api bila semuanya sudah masak dan sebati rasanya.
  5. Dalam kuali yang lebar @ lebih besar lengserkan kuali dengan sedikit minyak sebelum dipanaskan.
  6. Kacau lagi 2 biji telur dalam satu bekas bersama sedikit garam. Tuangkan kedalam kuali (5) dan lenggangkan kuali untuk membentuk satu lapisan telur dadar yang bulat dan besar cukup untuk membalut nasi goreng tadi.
  7. Setelah telur hampir masak, tuangkan nasi ditengah2 bahagian bulatan telur tadi. Tutupkan nasi goreng dengan melipat dari bahagian luar/tepi telur dadar ke bahagian tengah (diatas nasi) Ulangi proses sehingga nasi dilitupi sepenuhnya dengan telur dadar tadi.
  8. Ambil pinggan dan telangkupkan keatas kuali yang berisi nasi pataya tadi. Dengan berhati-hati telangkupkan semula dengan kedudukan kuali di atas dan pinggan di bawah. Hasilnya dapat lah sepinggan nasi goreng pataya seperti yang kita nikmati di kedai.
TIPS :  Untuk lebih menarik dari rupa dan rasa lebih sedap disediakan dengan tambahan bahan-bahan seperti 'seafood' dan sayuran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...