Blogger Backgrounds

Monday 5 November 2012

19/10 tarikh untuk bersibuk-sibuk menyiapkan sambutan hari lahir Danieal.  Awal-awal lagi simanja ni dah sibuk ingatkan Mama suruh siapkan goodies bag untuk kawan-kawan. Layan jer laa....



Celebrate kat rumah dengan family memang sudah tradisi...
Pilih gambar monyet yang cute tu sebab Danieal
dilahirkan dalam tahun Monyet  (mengikut tahun Cina)
Suka-suka jer ni.....



Episod Penyampaian Goodies Bag ... Bahagian semua orang paling suka!!!

Homemade burger ... isi goodies bag

LOLLIPOP - antara isi goodies bag
Colourful kan?? memang menarik.

JOM ... kita tengok resepi pulak...

HOMEMADE MY OWN BURGER

BAHAN-BAHANNYA:-
  • Beberapa biji roti burger
  • Kepingan daging burger secukupnya (ayam/daging)
  • Mentega / marjerin untuk sapuan
  • Perapan :  sos lada hitam, madu, karamel masakan, sos barbeque, seasoning sos & lada sulah  (bahan-bahan ni mengikut sukatan anda, lebihkan yang suka, kurangkan yang tidak. Tetapi jangan terlalu berlebihan, nanti rasanya tak seimbang)
  • Lapisan burger : daun salad, mayonis, mustard, campuran sos cili dan sos tomato (digaul bersama) dan kepingan cheese (jika suka)
CARANYA:-
  1. Sapukan seluruh permukaan daging burger dengan bahan perapan. Jika ingin daging lebih lembut selepas dibakar, cucuk-cucukkan daging dengan garpu. Perapkan 1/2 jam - 1 jam.
  2. Letakkan atas redai dan bakar di dalam oven. (Saya mahu daging tersebut lembut dan sedikit berair gitu, jadi cuma setkan pada 170 darjah lebih kurang 25 min.)
  3. Sementara tunggu daging burger masak, bolehlah sapu mentega pada bahagian dalam/tengah roti burger. Kemudian bakar sekejap dalam oven.
  4. Untuk membuat lapisan burger terpulang kepada anda. Saya suka melapis begini:-Sapukan campuran sos cili dan tomato keatas kepingan bawah roti . Diikuti dengan kepingan daging, kepingan cheese dan daun salad. Kemudian letakkan sedikit lagi campuran sos cili dan tomato, mustard  dan mayonis. Akhir sekali tutupkan bahagian atas dengan roti burger. Dah siap.......
PLAY DOUGH LOLLIPOP
 
BAHANNYA:
  • 3/4 cwn mentega
  • 3 oz cream cheese
  • 1 cwn gula
  • 1 bj telur
  • 1 s/teh esen vanila
  • 2 3/4 cwn tepung
  • 1 s/teh baking powder
  • 1/4 s/teh garam
  • beberapa batang lollipop atau batang aiskrim
  • beberapa pewarna
 
CARANYA:
  1. Putar hingga gebu mentega, cream cheese dan gula.
  2. Masukkan vanila dan gaul sebati.
  3. Dalam mangkuk berasingan, satukan tepung, baking powder dan garam. Ayak dan masukkan ke dalam campuran mentega tadi.
  4. Bentukkan doh dan canai mengikut warna kesukaan anda. Gunakan batang lollipop atau batang aiskrim dan cucukkan kedalam doh yang telah dibentuk tadi.
  5. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan +- 350F/175C lebih kurang 8 minit @ sehingga masak.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...