Blogger Backgrounds

Sunday, 4 March 2012

Taugeh Besar Masak Lemak



Dah lama tak makan taugeh saiz besar ni.. saya dan suami suka pada kekacang (kepala taugeh) yang rangup tu.. Jadi, semasa kepasar pagi tadi kebetulan ada taugeh ni.. Terus beli bersama tauhu ..

BAHANNYA:-
  • 200 - 300 gm taugeh
  • 2 biji cili besar ( merah dan hijau)
  • seulas bawang kecil dihiris
  • 2 keping tauhu saiz besar
  • santan dari 1 biji kelapa
  • garam secukupnya
CARANYA:-
  1. Satukan semua bahan di dalam periuk.
  2. Tunggu hingga mendidih dan tutup api. Sedia untuk dihidang.

Saturday, 3 March 2012

Puding Biskut Cracker



Semasa belek-belek mencari resepi untuk makan petang, terserempak dengan resepi yang disalin dari buku resepi mak mertua. Oleh kerana dah penat dgn kerja2 seharian, jadi rancang nak cari resepi yang simpel saja. Antaranya menarik perhatian saya resepi ni, nampak bahan yg sedikit dan mudah disediakan.

Sebagai percubaan, saya gunakan 1/2 adunan sahaja. Hasilnya tetap memuaskan.

BAHANNYA:
    • 6 biji telur
    • 3/4 cawan gula
    • 1 tin susu cair
    • 1 cwn air
    • 12 - 16 keping biskut cream cracker (saya guna biskut cap ping pong yang bersaiz empat segi)
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 4 sudu gula pasir (dijadikan gula hangus di dalam loyang)

CARANYA:-
  1. Pukul gula dan telur hingga kembang. (Saya blender aje..)
  2. Masukkan vanila, susu cair dan air . Pukul sebati.
  3. Patah-patahkan biskut dan masukkan dalam adunan. (Bahagian ini saya blender kesemua biskut tersebut)
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus.
  5. Kukus hingga beku dan masak. Sejukkan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Sedap juga jika ditabur kismis, nenas atau peach.

Friday, 2 March 2012

Nasi Goreng Pataya Dengan Jejari Ketam


Sejak semalam si kecil merengek minta nasi goreng.  Jadi nak tak nak hari ni terpaksalah sediakan juga. Fikir punya fikir akhirnya terhasillah resepi sempoi yang tak cukup bahan ni ....

BAHANNYA:-
  • 1 mangkuk sedang nasi (nasi sejuk lagi bagus)
  • Beberapa batang jejari ketam (dipotong serong)
  • 3 sudu makan butter
  • 1 ulas bawang putih dicincang
  • 2 ulas bawang kecil dimayang
  • 1 sudu kecil serbuk 'cukup rasa'
  • lada sulah
  • garam
  • 3 biji telur ( 1 biji untuk goreng nasi, 2 biji untuk balut nasi goreng)
  • sedikit minyak masak untuk lengserkan kuali
CARANYA:
  1. Cairkan butter dan tumis bawang putih dan bawang kecil hingga naik bau wangi.
  2. Masukkan potongan jejari ketam dan kacau rata.
  3. Masukkan sebiji telur dan segera masukkan pula nasi yang telah digaul sebati dengan garam sebelumnya. Telur mestilah belum masak sepenuhnya (masih cair/lembik) semasa nasi dimasukkan.
  4. Masukkan pula lada sulah dan serbuk 'cukup rasa' secukupnya dan kacau rata lagi. Tutup api bila semuanya sudah masak dan sebati rasanya.
  5. Dalam kuali yang lebar @ lebih besar lengserkan kuali dengan sedikit minyak sebelum dipanaskan.
  6. Kacau lagi 2 biji telur dalam satu bekas bersama sedikit garam. Tuangkan kedalam kuali (5) dan lenggangkan kuali untuk membentuk satu lapisan telur dadar yang bulat dan besar cukup untuk membalut nasi goreng tadi.
  7. Setelah telur hampir masak, tuangkan nasi ditengah2 bahagian bulatan telur tadi. Tutupkan nasi goreng dengan melipat dari bahagian luar/tepi telur dadar ke bahagian tengah (diatas nasi) Ulangi proses sehingga nasi dilitupi sepenuhnya dengan telur dadar tadi.
  8. Ambil pinggan dan telangkupkan keatas kuali yang berisi nasi pataya tadi. Dengan berhati-hati telangkupkan semula dengan kedudukan kuali di atas dan pinggan di bawah. Hasilnya dapat lah sepinggan nasi goreng pataya seperti yang kita nikmati di kedai.
TIPS :  Untuk lebih menarik dari rupa dan rasa lebih sedap disediakan dengan tambahan bahan-bahan seperti 'seafood' dan sayuran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...