NASI GORENG PATAYA DENGAN JEJARI KETAM
Sejak semalam si kecil merengek minta nasi goreng. Jadi nak tak nak hari ni terpaksalah sediakan juga. Fikir punya fikir akhirnya terhasillah resepi sempoi yang tak cukup bahan ni ....
BAHANNYA:-
PULUT KUKUS MANGGA
Masa hantar anak untuk solat Jumaat ternampak dari jauh cantiknya tersusun warna kuning dan hijau digerai buah ... bila dah sampai dekat gerai tersebut rupanya deretan buah mangga, besar-besar dan segar gitu ... apalagi, hala balik dari solat, singgah kat kedai tu beli 2 kilo.. hmm, sedap juga kalau makan dgn pulut ni, kat rumah ada lagi baki pulut kukus semalam ...
Ini adalah anggaran. Sukatan boleh dibuat mengikut kesukaan anda.
Sejak semalam si kecil merengek minta nasi goreng. Jadi nak tak nak hari ni terpaksalah sediakan juga. Fikir punya fikir akhirnya terhasillah resepi sempoi yang tak cukup bahan ni ....
BAHANNYA:-
- 1 mangkuk sedang nasi (nasi sejuk lagi bagus)
- Beberapa batang jejari ketam (dipotong serong)
- 3 sudu makan butter
- 1 ulas bawang putih dicincang
- 2 ulas bawang kecil dimayang
- 1 sudu kecil serbuk 'cukup rasa'
- lada sulah
- garam
- 3 biji telur ( 1 biji untuk goreng nasi, 2 biji untuk balut nasi goreng)
- sedikit minyak masak untuk lengserkan kuali
CARANYA:
- Cairkan butter dan tumis bawang putih dan bawang kecil hingga naik bau wangi.
- Masukkan potongan jejari ketam dan kacau rata.
- Masukkan sebiji telur dan segera masukkan pula nasi yang telah digaul sebati dengan garam sebelumnya. Telur mestilah belum masak sepenuhnya (masih cair/lembik) semasa nasi dimasukkan.
- Masukkan pula lada sulah dan serbuk 'cukup rasa' secukupnya dan kacau rata lagi. Tutup api bila semuanya sudah masak dan sebati rasanya.
- Dalam kuali yang lebar @ lebih besar lengserkan kuali dengan sedikit minyak sebelum dipanaskan.
- Kacau lagi 2 biji telur dalam satu bekas bersama sedikit garam. Tuangkan kedalam kuali (5) dan lenggangkan kuali untuk membentuk satu lapisan telur dadar yang bulat dan besar cukup untuk membalut nasi goreng tadi.
- Setelah telur hampir masak, tuangkan nasi ditengah2 bahagian bulatan telur tadi. Tutupkan nasi goreng dengan melipat dari bahagian luar/tepi telur dadar ke bahagian tengah (diatas nasi) Ulangi proses sehingga nasi dilitupi sepenuhnya dengan telur dadar tadi.
- Ambil pinggan dan telangkupkan keatas kuali yang berisi nasi pataya tadi. Dengan berhati-hati telangkupkan semula dengan kedudukan kuali di atas dan pinggan di bawah. Hasilnya dapat lah sepinggan nasi goreng pataya seperti yang kita nikmati di kedai.
TIPS : Untuk lebih menarik dari rupa dan rasa lebih sedap disediakan dengan tambahan bahan-bahan seperti 'seafood' dan sayuran.
PULUT KUKUS MANGGA
Masa hantar anak untuk solat Jumaat ternampak dari jauh cantiknya tersusun warna kuning dan hijau digerai buah ... bila dah sampai dekat gerai tersebut rupanya deretan buah mangga, besar-besar dan segar gitu ... apalagi, hala balik dari solat, singgah kat kedai tu beli 2 kilo.. hmm, sedap juga kalau makan dgn pulut ni, kat rumah ada lagi baki pulut kukus semalam ...
Amacam??? .. memang sedap ni, siap hias dengan orkid dari taman lagi... |
BAHANNYA:-
- 1 kg beras pulut
- 2 1/2 biji kelapa diambil santannya (2 biji utk pulut, 1/2 biji - pati santan utk sos)
- daun pandan -saya suka lebihkan kerana suka pada baunya.
- 5 biji mangga dibersihkan, dibuang kulit dan dipotong serong.
- air utk kukusan
- beberapa helai daun pandan
- garam
- gula
CARANYA:-
- Rendam beras pulut semalaman atau sekurang-kurangnya 3-4 jam. Setelah itu sediakan periuk kukusan dengan mengisi air dan beberapa helai daun pandan. Didihkan air rebusan tersebut.
- Sementara menunggu air rebusan tersebut mendidih, masukkan beras pulut kedalam bekas penapis dan basuh dibawah aliran air paip.
- Letakkan jaring pengalas (dari plastik yang boleh didapati dikedai2 hardware) dan daun pandan diatasnya. Kemudian letakkan setengah bahagian beras pulut diatasnya dan letakkan lagi selapis daun pandan. (gambar)
Daun pandan ni nampak 'buruk' sikit sebab saya renyuk-renyukan daunnya supaya lebih beraroma. |
Kat gambar ni boleh nampak jaring yang saya maksudkan tadi. Saya ni memang taksub sikit dengan bau dan rasa daun pandan... suka... |
- Masukkan pula baki beras pulut kedalam perium kukus tadi. Dengan menggunakan jari cucuk-cucuk dari permukaan beras pulut kedasarnya dan membentuk lubang2 kecil. Lubang-lubang kecil ini akan membantu beras pulut masak dengan lebih sekata lagi.
Beginilah rupanya bila siap dimasukkan kedalam periuk dan dicucuk-cucuk. |
Sedia untuk dimasak |
- Sementara menunggu kukusan beras pulut berkenaan, sediakan 2 bahagian santan. Bahagian Pertama : 2 biji kelapa diambil patinya dan dicampurkan garam secukupnya. Apabila pulut sudah masak, pindahkan pulut kedalam satu mangkuk.Tuangkan santan tadi sedikit demi sedikit dan kacau rata hingga sebati pulut tersebut. Setelah cukup mesra adunan tersebut, pindahkan semula ke periuk kukus dan kukus semula lebih kurang 10 minit.
- Bahagian Kedua : 1/2 biji kelapa diambil patinya dan dicampurkan dengan 1-2 sudu gula dan 1/4 sudu kecil garam. Renihkan sebentar dan jangan sampai 'pecah minyak'. Sos hendaklah lebih kan manis tetapi jangan terlalu manis!!!...
- Setelah semuanya siap, sendukkan pulut kedalam pinggan. Letakkan hirisan mangga dan tuangkan sos keatas mangga dan pulut. Sedap dimakan bila-bila masa sahaja.. Selamat mencuba..
TIPS: Kalau anda inginkan pulut pandan, rendamkan pulut dalam air pandan (blender daun pandan bersama air dan ambil airnya untuk direndam dengan pulut. Manakala untuk santan (kelapa dari 2 biji kelapa dicampur dengan beberapa helai daun pandan dan blender. Tapis dan gunakan santan berpandan tersebut untuk dituangkan dan gaul bersama pulut).
NASI GORENG PATAYA PACK2 SCHOOL
Kadang2 kelam kabut jugakan bila nak sediakan sarapan dan bekal anak2 ke sekolah. Anak2 saya dari darjah satu hinggalah sekarang pergi sekolah bawa bekal walaupun memang diberi duit saku. Duit tu hanya digunakan bila kecemasan sahaja dan disimpan dalam tabung. Jadi pening jugalah nak sediakan menu setiap pagi .. jadi ni antara menu pantas..
BAHANNYA:
- Nasi sejuk semalam (anggaran 1 tupperware bekal anak). Ramas nasi menjadi peroi dan gaul dgn sedikit garam. Tepikan)
- 1 biji bawang putih diketuk dan dicincang
- 1 inci carrot di sagat memanjang
- 3 biji fishball dipotong dadu
- isi ayam dihiris nipis
- 1 sudu kecil kicap pekat
- 1 1/2 sudu besar kicap manis
- sedikit daun sup dan daun bawang
- 2 butir telur ( dicampur sikit garam dan dikacau seperti membuat telur dadar)
- sedikit minyak masak
CARANYA:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan isi ayam dan fish ball dan kacau.
- Masukkan kicap pekat dan kicap manis diiikuti dengan nasi. Kacau sehingga semua bahan sebati.
- Apabila kicap sudah melekat pada nasi (setelah beberapa minit) masukkan carrot, daun bawang dan daun sup ke dalam nasi tadi.
- Kacau sekejap dan tutup api. Tuangkan nasi ke dalam bekas bekal anak. Tepikan.
- Dalam kuali lain yang bersih, panaskan minyak (sekadar lengserkan ke permukaan kuali). Tuangkan bancuhan telur tadi dan pegang telinga kuali sambil lenggangkan supaya telur memenuhi permukaan kuali. Tak perlu diterbalikkan telur tersebut.
- Bila telur masak, tuangkan nasi dari bekas bekal anak tadi ditengah2 permukaan telur tadi. Lipatkan lebihan telur disekeliling nasi tadi ke atas tumpukan nasi. (dapat bentuk bekas bekal anak semula). Tekapkan bekas bekal anak ke nasi yang berbungkus telur tersebut. Telangkupkan (kuali di atas, bekas dibawah)... dan nasi bungkus telur kini akan berada didalam bekas bekal tersebut. Dah siap...
NASI AYAM PENYET
Akhirnya .. dpt juga buat sendiri, walaupn tak lah sesedap yg diharapkan, namun masih lg dlm kategori sedap .. resepinya x lah susah sgt... kita share disini tapi kalau ada yg lbh sedap bg tahu saya ye ...
BHN A >> AYAM GORENG
1 ekor ayam > dipotong 4, rebus lbh krg 10 min ditoskan.
air rebusan ayam (stok ayam) disimpan utk sup dan nasi nanti.
1 sudu kecil jintan manis }
1 sudu kecil jintan putih } goreng tanpa minyak
1 sudu kecil ketumbar }
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada putih
Bbrp ulas bwg putih
Sedikit halia dan garam
Kisar semua bahan rempah dgn sedikit air. Lumurkan pada ayam dan perap (lagi lama perap lg sedap..semalaman ke...)
Lepas perap goreng secara 'deep fry'.
BAHAN B >> SOS CILI
*10 bj cili merah (jika mahu pedas lebihkan cili padi dan sebaliknya
*5 bj cili padi
*2 bj bawang besar dipotong kecil
*4 bj bwg putih
*2 bj bawang besar dipotong kecil
*4 bj bwg putih
*4 bj tomato dipotong 4
(*) - goreng dengan minyak hingga layu
(*) - goreng dengan minyak hingga layu
sedikit belacan digoreng minyak
2 sudu besar ikan bilis digoreng garing
gula merah
garam
gula merah
garam
Setelah siap semua bhn dan proses diatas, kisar dan masak semula dalam periuk serta masukkan gula merah dan garam secukup rasa.
BAHAN C >> NASI
3 cwn beras dibasuh dan toskan
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
2 kiub pati ayam
Sedikit butter utk menumis
garam
6 cwn stok ayam tadi
Panaskan butter dan tumis bwang serta bhn rempah.
Masukkan beras dan kacau sebentar. Lepas tu masukkan stok ayam, garam dan kiub ayam. Terus tanak nasi hingga masak.
CADANGAN
Lebih sedap kalau dihidang dgn tempe, tauhu (lumurkan dgn rempah yg sama pd ayam tadi) dan ulam2an. Makan panas2.