Semasa di pasar mata terpandang longgokan ikan kembung segar. Teringat masa kat kampung dulu, pasar tak jauh dari pantai jadi memang banyak ikan segar. Kalau dah terlalu murah dan banyak ikan kembung ni, ibu buatkan cucur ikan kembung. Nak buat cucur ni senang saja. Paling sedap ikan yang sederhana besar. Digoreng dan dimakan panas-panas.
BAHANNYA:
BAHANNYA:
- 1/2 kg ikan kembung segar saiz sederhana
- garam
- kunyit
- 5 sudu makan tepung beras (atau sebarang tepung gorengan)
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- sedikit air
- minyak untuk menggoreng
- Bersihkan ikan kembung.
- Dalam sebuah bekas, campurkan garam, kunyit, lada sulah, tepung dengan sedikit air. Jadikan seperti paste.
- Masukkan ikan kembung dan gaul rata sehingga tepung meliputi ikan.
- Panaskan minyak dan goreng secara 'deep fry' sehingga ikan masak.
- Hidangkan panas2 dan sedap dimakan begitu sahaja, dicicah sos mahupun dimakan dengan nasi.
No comments:
Post a Comment