ASAM PEDAS IKAN PATIN
KERABU SOTONG
ASAM PEDAS IKAN SENANGIN ALA UTARA
Sesekali tekak ni teringin nak makan masam2, pedas2 dan berkuah gitu. Teringat pulak kat fridge ada stok ikan senangin yang baru dibeli dari pasar. Hmmm .. sedap juga buat asam pedas ni .. kali ni versi Utara ...
BAHANNYA:-
Antara menu wajib setiap bulan, paling kurang 2 @ 3 kali kena buat. Tak kisah lah berapa kalipun asalkan semua orang sukakannya...
BAHANNYA:
Bila buka freezer baru2 ni, terserempak dengan stok ikan patin yang diberikan oleh Ibu Mertuaku di Pahang sana. Di kampung, keluarga mertua ada mengusahakan beberapa sangkar ikan patin dan talapia. Jadi setiap kali pulang kampung, memang ini adalah antara buahtangan mereka...
Kegemaran seisi keluarga kerana ikan patin ni lembut isinya dan manis! |
BAHANNYA:
- Seekor ikan patin (dibersihkan, direndam air perahan limau dan dipotong kepingan)
Bahan Kisar : Bawang besar, lada hitam, serai, belacan dan cili kering Bahan campak-campak: daun kesum, daun limau purut, bunga kantan dan hirisan bawang besar |
- 1-2 ulas bawang besar
- 1 sudu kecil biji lada hitam
- 10 tangkai cili kering (ikut citarasa anda)
- 1 inci belacan (saya tidak suka belacan yang dibakar)
- 1 batang serai
- beberapa tangkai daun kesum
- setangkai bunga kantan dibelah 2 @ 4
- hirisan bawang besar
- air secukupnya
- pes asam jawa
- garam
- serbuk perasa
- minyak untuk menumis
- seulas bawang putih dimayang
CARANYA:-
- Kisar bahan2 seperti bawang, cili kering, serai, belacan dan lada hitam.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan kacau rata.
- Masukkan pula 'bahan-bahan campak' seperti hirisan bawang, daun kesum, bunga kantan dan daun limau purut dan kacau rata.
- Setelah bahan pecah minyak, masukkan air asam jawa (pes asam jawa yang dicampur dengan air secukupnya). Masukkan serbuk perasa dan garam.
- Akhir sekali masukkan kepingan ikan patin dan tunggu hingga didih. Sedia untuk dihidang. Mudahkan...
KERABU SOTONG
ASAM PEDAS IKAN SENANGIN ALA UTARA
Sesekali tekak ni teringin nak makan masam2, pedas2 dan berkuah gitu. Teringat pulak kat fridge ada stok ikan senangin yang baru dibeli dari pasar. Hmmm .. sedap juga buat asam pedas ni .. kali ni versi Utara ...
BAHANNYA:-
- Ikan senangin atau sebarang ikan yang isinya halus (saya gunakan bahagian ekor)
- 8 - 10 tangkai cili kering dipotong serong
- 1/2 inci belacan
- 2 labu bawang besar
- 1/2 sudu jintan manis
- 2 batang serai diketuk
- daun kesom
- 1 tangkai bunga kantan (dibelah 2 atau 4)
- garam
- sedikit serbuk perasa ajinomoto
- 4 - 5 keping asam keping
- air secukupnya
CARANYA:-
- Kisar cili kering, belacan, bawang dan jintan manis dengan sedikit air hingga halus.
- Masukkan bahan kisar dalam periuk dengan air secukupnya dan hidupkan api.
- Masukkan serai, daun kesum, asam keping dan bunga kantan ke dalam periuk dan kacau sedikit . Untuk proses (3) saya lebih suka lebihkan air dan didihkan dalam masa yang agak lama sehingga bunga kantan dan daun kesom menjadi lembut serta bau dan rasa bhn2 lebih menyerlah.
- Bila air rebusan tadi mendidih, masukkan ikan, garam dan serbuk perasa secukupnya. Bila air mendidih dan ikan masak boleh dihidangkan. Sedap dimakan panas2.
Bila makan, keluarga tak guna pinggan nasi dah.. terus ambil mangkuk untuk menikmati kuahnya... Perghhhh...
Peringatan : Jangan terlalu banyak gunakan serbuk perasa. Saya gunakan lebih bawang besar sebagai pengganti serbuk perasa @ untuk mengurangkan kuantiti serbuk tersebut.
Antara menu wajib setiap bulan, paling kurang 2 @ 3 kali kena buat. Tak kisah lah berapa kalipun asalkan semua orang sukakannya...
BAHANNYA:
- 1/2 kg sotong dibersihkan dan dipotong mengikut kesukaan anda
- 4-5 biji cili besar dihiris2
- 6 - 10 biji cili padi dihiris2 (sukatan cili mengikut tahap kepedasan anda)
- 3 - 4 labu bawang besar dimayang
- 5 - 7 batang serai juga dimayang
- 3 helai daun limau purut dihiris nipis2
- beberapa tangkai daun bawang @ daun ketumbar dan daun sup dipotong kecil
- jus limau @ lemon
- garam
- gula
CARANYA:
- Celur sotong kedalam air yg telah mendidih sehingga sotong masak. Tepikan dan sejukkan sebentar.
- Masukkan sotong kedalam bekas. Masukkan pula cili besar, cili padi, bawang besar, serai, daun limau purut, daun sup dan daun bawang. Kacau rata.
- Masukkan jus limau, garam dan gula secukup rasa. Perapkan sekejap untuk bahan menjadi mesra dan rasa dahulu sebelum hidangkan. Apa yang kurang boleh ditambah. Memang sedap!!!
GULAI ITIK BERSAMA BETIK
Kerana jadual setiap hari sangatlah padat, sedangkan anak2 suka pada yang sedap2..
kadang-kadang tak sampai hati nak hampakan selera mereka. Jadi resepi
yang paling mudah tetapi sedap itulah yang menjadi pilihan.
BAHANNYA:-
- Bahan A
- Seekor itik dibersihkan, dilayur dan dipotong mengikut kesukaan anda.
- 1 bungkus serbuk kari daging (25gm @ lebihkan jika suka pedas)
- 40 gm kerisik
** Perapkan semua bahan A sementara menyediakan bahan-bahan lain.
Bahan B
- Sebiji betik separa masak dibuang kulit dan biji serta dibersihkan dipotong serong. Banyaknya mengikut kesukaan anda.
Bahan lain:-
- santan dari 1 biji kelapa
- minyak untuk menumis
- sedikit air
- garam
- Panaskan minyak dan masukkan bahan C (bahan tumis). Kacau hingga bau naik wangi.
- Masukkan Bahan A dan tuangkan sedikit air (sedikit berkuah) .
- Masukkan pula buah betik dan Bahan D. Kacau sebentar dan tutup periuk untuk melembutkan daging itik dan buah betik.
- Apabila minyak timbul (pecah minyak) tuangkan santan dan kacau rata. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sekali sekala sehingga mendidih dan sedia dihidang.
ITIK KUKUS PANGGANG
Tak ramai yang pernah atau suka makan itik. Tapi pada saya daging itik lebih sedap dari daging ayam selain rendah kolesterol. Macam2 menu boleh dihasilkan dengan daging itik. Inilah antaranya....
BAHANNYA:-
- Seekor itik dibersihkan dan dilayur sedikit. (tidak perlu dipotong)
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 inci halia muda diketuk
- 5 ulas bawang putih
- 2 labu bawang besar dibelah 4
- daun ketumbar
- daun bawang
- Alternatif ( jika suka boleh diletak buah kurma, kurma merah,kentang,saleri, gula batu , carrot dan lain2)
- garam secukupnya
- kicap pekat
- kicap manis
- air untuk mengukus
- jarum dan benang @ pencungkil gigi
CARANYA:-
- Didihkan air dalam periuk kukusan.
- Sementara menunggu air kukusan mendidih, masukkan semua bahan kecuali kicap pekat dan kicap manis ke dalam badan itik yang telah dilayur tadi.
- Gunakan pencungkil gigi atau jahit bahagian berlubang tadi supaya bahan2 yang disumbat tidak terkeluar semasa proses mengukus. (Anda boleh juga merebus)
- Setelah siap, masukkan itik kedalam kukusan. Kukus sehingga daging itik masak.
- Keluarkan itik dari kukusan. Letakkan diatas redai untuk proses melumur kicap. Lumurkan kicap manis keseluruh badan itik tersebut dan rehatkan sebentar untuk kicap melekat pada kulit itik. Lebih elok kalau didedahkan pada jemuran matahari.
- Setelah kicap manis melekat pada kulit daging itik, lumurkan pula kicap pekat. Ulangi proses dan jemur lagi sehingga kicap sebati dengan kulit itik tadi.
- Masukkan itik kedalam oven dan panggang sehingga kulit kelihatan agak garing. Boleh juga digunakan teknik BBQ. Tidak perlu terlalu lama memanggang kerana daging itik telah sedia masak.
- Bila sudah masak, bolehlah dibuka bahagian yang dijahit tadi dan keluarkan bahan2 sumbat tadi dan boleh dimakan bersama nasi putih, nasi ayam, nasi goreng, mee atau sup. Sedap juga dicicah dengan sebarang sos.
TIPS:-
- Anda boleh menggantikan kicap dengan sos lada hitam atau sebarang sos kegemaran anda.
- Jika menggunakan teknik merebus, air kukusan berguna untuk dibuat sebagai sup iaitu sampingan untuk menu nasi atau dibuat mee sup atau membuat nasi itik.
- Itik yang sudah dikukus atau direbus ini juga boleh digoreng.
- Selain masakan diatas, paling sedap dibuat gulai itik bersama betik. Saya akan kongsikan resepi ini nanti. Tunggu ya ....
Inilah rupanya semasa hendak dikukus... |
Kalau order kat kedai Thai Seafood boleh tahan juga harga Siakap Kukus (Steam) ni kan? Dah ramai kawan2 saya mencuba resepi yang saya beri dan mereka sangat puas hati sebab tak payah berbelanja banyak nak penuhi selera anak2. Andapun boleh membuatnya sendiri. Terlalu senang...
BAHANNYA:-
- Seekor ikan siakap saiz sederhana (dibersihkan dan direndam air limau sebentar untuk hilangkan hanyirnya. Anda boleh memotongnya atau dibiarkan seekor bergantung pada bekas yg akan digunakan nanti)
- * Halia muda (hiris nipis)
- * Bawang besar ( hiris nipis)
- * Bawang putih ( dicincang halus2)
- * Cili Padi (dikelar2, kalau tak nak pedas sgt blh gantikan dengan lada sulah)
- * Daun sup/ketumbar dan daun bawang (dipotong pendek)
- * Daun limau purut ( dicarik2kan)
- * Beberapa batang serai ( dipotong serong dan pendek2)
- item bertanda * bergantung kepada anda kuantitinya. Anda boleh letak lebih mana yang anda suka.
- sedikit air (jika mahu lebih kuah perlu lebih air)
- air limau secukupnya
- 1 - 2 sudu besar serbuk / kiub pati ayam
CARANYA:-
- Didihkan air dalam periuk kukus sementara menyediakan ikan dan bahan2 di dalam bekas.
- Lapiskan bahagian bawah bekas kukusan dengan bahan2 diatas kecuali bahan cecair dan serbuk pati ayam.
- Letakkan ikan diatas lapis pertama bahan2 tersebut dan ambil serba sedikit bahan potong tadi dan isi pada celah2 perut dan kepala ikan.
- Taburkan lebihan bahan2 yang dipotong tadi keatas ikan.
- Masukkan sedikit air untuk kuah dan air limau secukupnya. Taburkan serbuk pati ayam dan kukus bila air (1) tadi mendidih. Kukus hingga isi ikan masak dan siappppp....
TIPS:
- Jika anda mahu kuah lebih, perlu lebihkan air. Maka sebaik2nya bahan rencah yang dipotong serta air limau dan serbuk pati ayam juga perlu dilebihkan.
- Tidak perlu memasukkan garam kerana rasa air kukusan itu nanti sudah cukup citarasanya.
- Boleh juga digantikan dengan ikan tenggiri, ikan sebelah, ikan bawal dan sebarang ikan yang isinya halus.
- Boleh juga diubahsuai dengan perasa tomyam. Cuma masukkan 1 - 2 sudu paste tomyam tanpa mengubah sukatan bahan2 lain.
- Guna halia muda untuk mendapatkan bau yang wangi serta rasa yang lebih sedap.
SAMBAL PETAI UDANGBahan kisar: Bawang besar,cili kering, belacan.
Bahan lain: udang sederhana besar, petai dipotong-potong,pes asam jawa,garam,gula,
air,bawang putih dan minyak masak.
Inilah rupa bahan kisar tadi.
Langkah pertama : Tumiskan bawang putih yang dimayang kedalam sedikit minyak yang dipanaskan.
Langkah kedua : Setelah bawang kuning, masukkan bahan kisar. Kacau sehingga 'pecah minyak' (minyak timbul dipermukaan bahan masakan tadi.
Langkah ketiga : masukkan sedikit gula (kalau +-20bj cili kering boleh gunakan +-1 sudu besar gula) @ mengikut selera anda. Ingat...kurang manis dalam masakan!!!
PETUA : Dengan memasukkan gula dalam keadaan 'pecah minyak' tadi, adunan cili akan menjadi merah pekat dan lebih menarik warnanya.
Langkah keempat : masukkan air, garam dan pes asam jawa. Lepas tu masukkan potongan petai tadi. Setelah petai agak empuk baru masukkan udang. Jika mahu sedikit pekat, kurangkan kuantiti air...Setelah udang masak bolehlah dihidangkan...SIMPELkan ... kalau anda suka santan boleh gantikan dengan air.
TALAPIA MASAK CUKA
Sayang juga lauk goreng semalam nak dibuang. Kalau dipanaskan semulapun memang anak2 takkan makan lagi. Satu cara ialah main tipu-tipu ... ha ha ... recycle lah!!!!
BAHAN:-
- Sebarang ikan goreng (biasanya yang paling sedap ialah ikan tongkol, ikan kembung, talapia, tenggiri dan duri)
- 2 ulas bawang besar dibelah 6 atau 8.
- 10 biji bawang putih (dibelah dua) Ikut kesukaan anda.
- beberapa biji cili padi ( jika mahu pedas lebihkan dan jika mahu kurang pedas gunakan cili besar)
- 1/2 sudu kecil halba campur
- 1/2 sudu kecil biji lada hitam
- 1 batang serai diketuk
- 1 inci halia muda dipotong nipis-nipis
- daun ketumbar
- 1 sudu besar minyak masak
- gula secukup rasa
- cuka secukupnya
- air secukupnya
CARANYA:-
- Panaskan minyak dan tumis halba campur, lada hitam, halia, serai, cili padi, bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
- Masukkan air . Sukatan air hendaklah sesuai dengan bilangan ikan goreng yang hendak dimasak. Anda boleh menambahnya lagi bila perlu.
- Masukkan cuka. Masukkan sedikit dahulu. Jika kurang rasa cuka anda juga boleh menambahnya lagi nanti.
- Masukkan sedikit garam dan gula. Dalam masakan ini gula diperlukan lebih sedikit kerana rasanya perlu berlawanan dengan cuka. (Rasa masakan ini adalah masam2 manis pedas)
- Anda perlu rasa (sebab inilah cara saya untuk menepati citarasa) Jadi tambahlah apa yang kurang. Apa yang penting anda perlu 'balance'kan rasa cuka dan gula. Bila sudah mendidih, masukkan daun ketumbar dan siap!!!
DAGING GORENG KICAP
SIMPLE DAN SEDAP ... menjadi menu kesukaan kanak2. Antara paling cepat dan mudah disediakan.
BAHANNYA:-
- 1/2 kilo daging (dihiris nipis)
- 6 tangkai kacang panjang (dipotong serong)
- 2 ulas bawang besar (dihiris nipis)
- 3 biji cili besar (dipotong serong)
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu besar kicap pekat (atau boleh mengikut selera anda)
- 10 sudu besar kicap manis (atau boleh mengikut selera anda)
- sedikit gula
- 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
- 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- Bahan tumbuk/kisar:- 1/2 inci halia muda, 3 ulas bawang kecil, 2 ulas bawang putih
- sedikit minyak
CARANYA:-
- Panaskan minyak dan tumis buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
- Masukkan bahan tumbuk/kisar tadi.Kacau.
- Masukkan daging. Diikuti serbuk kunyit, serbuk kulit kayu manis, serbuk ketumbar dan serbuk lada sulah. Kacau sebati dan biarkan sehingga air daging keluar sambil kacau sekali sekala.
- Anda boleh memilih dua cara. Pertama: biarkan sehingga masakan pecah minyak, iaitu air daging kering. Kedua: Menggunakan air daging ( teruskan langkah 5 apabila daging sudah mengeluarkan air)
- Masukkan kacang panjang, cili, bawang, kicap pekat dan kicap manis. Jika anda ingin menambah sedikit gula juga boleh.
- Kacau sebentar dan sedia untuk dihidang. Makan dengan burasak sedap ni...
KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
Tuangkan santan. Jika boleh jangan terlalu cair (pada saya tak sedap kalau cair) |
Masukkan ketam dan garam secukup rasa. Bila dah didih dan ketam tu masak bolehlah dihidangkan. |
Daging Goreng Baby Kailan
Sedap?? .. Memang sedap ... masakan favourite juga ni...Cuba dulu, baru tahu sedap ke tidak....
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm daging (potong nipis +- 1/2 inci lebar)
- 1 batang carrot (potong nipis)
- 15 pokok baby kailan (boleh lebih kalau suka sayur atau masukkan sayuran lain seperti kacang panjang, brocolli, cendawan dan lain-lain)
- 2 ulas bawang putih ( diketuk dan dicincang halus)
- 2 ulas bawang besar ( dihiris agak tebal)
- 4 biji cili besar (dipotong serong)
- 2 inci halia muda (dihiris nipis-nipis)
- 1 kiub pati daging lembu
- 1 s/kecil serbuk ketumbar
- 1/2 s/kecil lada sulah
- 1/4 s/kecil serbuk kayu manis
- 1 s/kecil gula (jika suka)
- 2-3 s/besar kicap manis
- sedikit minyak untuk menumis
CARANYA:
- Setelah minyak panas, tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
- Masukkan hirisan daging. Kacau. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk lada sulah dan serbuk kayu manis. Kacau lagi.
- Apabila daging hampir masak (sebelum kering air daging) masukkan kicap manis, kiub pati daging lembu dan sedikit gula. Kacau.
- Masukkan sayuran, cili besar dan hirisan bawang. Kacau sekejap dan sedia untuk dihidang.
ITIK GORENG PANDAN
CARA MEMASAK
- Gaulkan daging itik yg tlh ditoskan tadi dengan garam dan kunyit secukup rasa. Perapkan sebentar.
- Panaskan minyak. Masukkan daun pandan diikuti dengan daging itik tadi. Biarkan daging itik tersebut beralas daun pandan di dalam kuali tersebut. Jika inginkan lebih aroma boleh letakkan lebihan daun pandan diatasnya pula.
- Goreng hingga masak dan hidangkan.
TIPS :
- Jika anda suka berempah, boleh masukkan biji ketumbar dan sedikit jintan manis.
- Boleh juga digunakan teknik membakar (BBQ)
SAMBAL IKAN KELI
Makan dengan nasi panas2 memang sedap ni ....
BAHANNYA:-
Bahan A:-
- 5 ekor ikan keli saiz sedang
- garam secukupnya
- kunyit
- minyak untuk menggoreng
- segenggam asam jawa
Bahan B:-
- 20 - 30 tangkai cili kering (kurangkan jika tak mahu pedas)
- 1 inci belacan ( boleh dibakar dahulu jika suka)
- sedikit air untuk mengisar
- 1 ulas bawang putih dicincang
- 1 labu bawang besar di hiris2
- gula secukupnya
- garam
- air asam jawa
- minyak untuk menumis
CARANYA:-
Langkah A:-
- Ikan keli yang sudah dibersihkan dengan air biasa digaul dan direndam sebentar lebih kurang 20minit dengan campuran air, asam jawa dan garam. Campuran ini sebaiknya jangan terlalu cair dan banyak. Cukup untuk merendam ikan.
- Setelah itu bersihkan ikan dibawah aliran air.
- Kelar badan ikan secara menyerong berlawanan dengan panjang badan ikan. Setelah dikelar potong ikan kepada beberapa bahagian ikut kesukaan anda. (Ada juga yang terus menggoreng seekor2)
- Perap ikan dengan garam dan kunyit.
- Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga habis.
TIPS:- Kadangkala ikan yang digoreng akan meletup2. Biasanya saya akan letakkan beberapa keping asam keping kedalam minyak gorengan tersebut.
Langkah B:-
- Kisarkan cili kering dan belacan bersama sedikit air.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan bahan kisar dan kacau sekali sekali sehingga minyak timbul.
- Masukkan gula. (teknik ini akan membuatkan sambal berbau lebih wangi dan warna lebih cantik)
- Masukkan air asam jawa dan garam secukupnya dan kacau.
- Masukkan ikan keli yang digoreng tadi dan ratakan kuah sambal kepada ikan. Sedia untuk dihidang.
TIPS:- Bagi yang suka gunakan santan boleh masukkan santan. Penggunaan air asam bukan sahaja mengurangkan kolesterol malah masakan tahan lebih lama dan rasa pedas sambal yang lebih sedap.