LAYERED SANTAN JELLY
Tiba-tiba datang mood nak memasak resepi-resepi terbaru (maksud saya, yang tak pernah saya mencuba lagi..).. kali ni giliran Layered Santan Jelly... cubalah, memang sedap!!!!
Layered Santan Jelly |
BAHANNYA (A):-
- 1/2 sudu mkn agar2 serbuk
- 60 gm gula castor
- 250 ml air
- 1/2 sudu teh esen pandan
- pewarna : beberapa warna yang anda suka
BAHANNYA (B):-
- 1/2 sudu makan agar2 serbuk
- 70 gm gula castor
- 200 ml air
- 50 ml santan
- 1/2 sudu teh esen pandan
- pewarna : sama dengan A
CARANYA:-
- Masak agar2, air, gula dan esen dengan api yang perlahan. (BAHAN A)
- Masak agar2, air, gula, santan dan esen dengan api yang perlahan (BAHAN B)
- Ambil 50ml dari Bahan A. Titikkan pewarna dan kacau rata. Tuangkan dalam acuan. Masukkan kedalam peti sejuk sebentar sehingga lapisan tersebut mengeras. Lagi bagus dibahagian sejuk beku.
- Ambil pula 50ml dari Bahan B. Titikkan pewarna yang sama dengan (3). Kacau rata dan tuang atas lapisan pertama tadi. Ulang proses bergilir-gilir Bahan A dan B dengan pewarna berlainan mengikut selera anda.
- Sejukkan sebentar dan sedia dihidang.
PUDING BISKUT CRACKER
Semasa belek-belek mencari resepi untuk makan petang, terserempak dengan resepi yang disalin dari buku resepi mak mertua. Oleh kerana dah penat dgn kerja2 seharian, jadi rancang nak cari resepi yang simpel saja. Antaranya menarik perhatian saya resepi ni, nampak bahan yg sedikit dan mudah disediakan.
Sebagai percubaan, saya gunakan 1/2 adunan sahaja. Hasilnya tetap memuaskan.
BAHANNYA:
- 6 biji telur
- 3/4 cawan gula
- 1 tin susu cair
- 1 cwn air
- 12 - 16 keping biskut cream cracker (saya guna biskut cap ping pong yang bersaiz empat segi)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 4 sudu gula pasir (dijadikan gula hangus di dalam loyang)
CARANYA:-
- Pukul gula dan telur hingga kembang. (Saya blender aje..)
- Masukkan vanila, susu cair dan air . Pukul sebati.
- Patah-patahkan biskut dan masukkan dalam adunan. (Bahagian ini saya blender kesemua biskut tersebut)
- Tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus.
- Kukus hingga beku dan masak. Sejukkan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Sedap juga jika ditabur kismis, nenas atau peach.
JELLY YOGURT SRAWBERRY
Cuaca tidak menentu sekarang ni . Kadang-kadang hari panas dan tiba-tiba saja hujan mencurah-curah turun. Ada masanya sampai hampir seminggu hari panas. Masa inilah tekak ni terasa nak makan yang sejuk-sejuk saja. Kena pula masa ni tengah cuti sekolah. Jadi peti sejuk tu harus diisi dengan segala macam makanan... sekejap buka, sekejap tutup, buka, tutup...maklumlah, kalau dah empat beradik..macam-macam selera masing-masing... Jadi, Mama pun kenalah terlebih kreatif ... buat sesuatu yang menyukakan mereka..
Bahan yang simpel: Bliss perisa strawberi (botol sedang), Konyaku Jelly (1 bungkus) Buah Strawberi, Gula (secukup rasa), air (Sukatan air + Bliss mengikut sukatan pada paket Konyaku Jelly) |
Buah strawberi ni dipotong dua @ empat mengikut citarasa anda. |
Masukkan potongan strawberi ke dalam acuan agar2 @ jelly |
Didihkan air, Konyaku Jelly, gula dan Bliss perisa Strawberi. Lepas didih, masukkan dalam acuan tadi dan rehatkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. |
Haa....inilah hasilnya .... sedap dimakan masa lepak2 depan tv, sambutan harijadi atau majlis, bagi jiran ke atau untuk tetamu,,, |
Menjadi kreatif tidak semestinya terlalu rumit (complicated)... kadang-kadang sesuatu yang simpel dan mudahpun sudah cukup untuk menarik minat dan selera.
RAINBOW MARBLE PUDDING
Ni teknik tuang bertindan @ berselang seli .... biasa ler, org baru belajar teknik2 ni mesti ada yg 'ter' kat sana sini .....
Ni dgn teknik yg sama cuma dicondongkan acuan.. hasilnya mcm lava gunung berapi yg mengalir ... hmmm..ok jg!!
Cantik Rupa, Cantik Rasa ... PERFECT !!!! |
NAK RESEPI ??? Boleh .... Anyway, nak ucapkan terimakasih pd Pn Yatie atas resepi ni .... Moga bisnes beliau bertambah maju sbb memang patutpun ..... SEDAP !!!
RAINBOW MARBLE PUDDING
Bahan2:
1 bungkus agar (+-13 gram 1 pek) > saya guna yg serbuk, warna putih @ clear colour
675 ml air
225 gm gula pasir
65 gm mentega
4 bj telur
1/2 tin susu cair
1 sd mkn tpg kastard
1 sd mkn serbuk koko di campur sedikit sj air
1 sd teh vanilla
Bbrp pewarna (ikut suka hati anda)
Cara:
1. Masak agar2, gula dan air sehingga mendidih.
2. Sementara tunggu didih, dlm bekas lain pukul telur, susu cair dan tepung kastad. Tapiskan.
3. Masukkan bahan no. 2 kedlm agar2 yg tlh didih td.
4. Masukkan vanilla dan mentega serta kacau rata.
5. Bahagikan pada 3 bhg (koko, kuning & merah). Part ni anda boleh bahagikan ikut warna pilihan anda.
6. Anda boleh guna teknik tuang berselang seli atau teknik lava gng berapi tadi ... hasilnya lebih kurang jer..
Yang penting sedap ... lbh best didinginkan ...
JELLY YOGURT STRAWBERRY
Bahan yang simpel: Bliss perisa strawberi (botol sedang), Konyaku Jelly (1 bungkus) Buah Strawberi, Gula (secukup rasa), air (Sukatan air + Bliss mengikut sukatan pada paket Konyaku Jelly) |
Buah strawberi ni dipotong dua @ empat mengikut citarasa anda. |
Masukkan potongan strawberi ke dalam acuan agar2 @ jelly |
Didihkan air, Konyaku Jelly, gula dan Bliss perisa Strawberi. Lepas didih, masukkan dalam acuan tadi dan rehatkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. |
Bila cuaca panas atau baru habis berkebun di taman elok juga sejukkan tekak dengan jelly kelapa. Kalau nak sedap lebih gunakan kelapa yang isinya masih 'berhingus' atau lembut dan lebihkan air kelapa dari air putih...
Bahan-bahannya:-
- 1 bungkus agar-agar serbuk 10gm (warna jernih/clear)
- 2.6 liter air (air kelapa + air biasa)
- 9 - 11 sudu makan gula pasir
- 3 biji kelapa muda ( diambil airnya, isinya dikikis nipis-nipis)
- (jika isi kelapa agak keras, boleh dipotong kecil2 @ separuh dipotong, separuh dikisar bersama sukatan air tadi.
- NOTA : jika kelapa dikisar dengan sukatan air, kurangkan sedikit sukatan air tersebut)
- 1 helai daun pandan
Caranya :-
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga gula larut. Untuk sukatan gula, masukkan sedikit demi sedikit dan anda perlu rasa untuk memastikan tidak terlalu manis dan hilang rasa air kelapa.
- Sementara menunggu renihan bahan (1), anda boleh masukkan cebisan isi kelapa kedalam bekas acuan jelly. Jika mahu lebih mudah, anda boleh terus masukkan isi kelapa tersebut ke dalam (1)
- Setelah renih, masukkan cairan tadi kedalam bekas jelly. Biarkan sejuk seketika sebelum ditutup dan dimasukkan kedalam peti sejuk.
- Dah sejuk .... apa lagi..... makan time!!!!