Blogger Backgrounds

Wednesday, 7 December 2011

SUSHI MAGGIE GORENG versi MASTERCHEF MALAYSIA

SERONOK tengok rancangan Masterchef Malaysia... Kagum dengan peserta yang tabah dan kreatif walaupun mereka bukan berlatarbelakangkan kelulusan masakan dari mana2.. bertambah tebal juga semangat dan minat saya dalam dunia masakan.. sebab saya juga bermula seperti mereka. Kalau nak dikirakan kenyang ler tong sampah menelan segala macam resepi yang saya cuba tak menjadi. Tapi setelah beberapa kali mencuba akhirnya jadi juga. Dan lama kelamaan ada resepi yang sekali cuba saja telah menjadi. (entah-entah yang saya buat tu lagi sedap tak?? .. ha ha .. sesekali perasan sendiri tak apa juga...

BAHANNYA:-
  • 1 bungkus maggie (sebarang perasa kegemaran anda)
  • beberapa batang 'crab stick'
  • boleh gunakan sebarang sayuran dipotong memanjang atau ikut suka anda seperti timun, carrot dan lain2. Saya tidak gunakan sayur sebab ... he he .. stok abis!!
  • kepingan sea weed
  • mayonis
  • sedikit wasabi
  • air
CARANYA:-
  1. Didihkan air dan masukkan kepingan maggie. Setelah maggie masak, toskan.
  2. Masukkan maggie kedalam mangkuk dan tuangkan perencah maggie serta kacau rata. Tepikan.
  3. Carik2kan 'crab stick' secara memanjang.
  4. Satukan mayonis dan wasabi. Kacau rata dan tepikan.
  5. Bentangkan kepingan sea weed (bentukkan menjadi segitiga). Letakkan maggie goreng tersebut ditengah2 sea weed. Jangan terlalu banyak supaya senang untuk proses menggulung nanti.
  6. Sapukan campuran mayonis dan wasabi di atas maggie.
  7. Letakkan 'crab stick' diatasnya dan juga sayuran jika suka.
  8. Dari satu penghujung mulakan menggulung perlahan-lahan membentuk kun hingga ke penghujung lagi satu. Dah siap ... ngappp aje ler....

CUCUR IKAN KEMBUNG

Semasa di pasar mata terpandang longgokan ikan kembung segar. Teringat masa kat kampung dulu, pasar tak jauh dari pantai jadi memang banyak ikan segar. Kalau dah terlalu murah dan banyak ikan kembung ni, ibu buatkan cucur ikan kembung. Nak buat cucur ni senang saja. Paling sedap ikan yang sederhana besar. Digoreng dan dimakan panas-panas.

BAHANNYA:
  • 1/2 kg ikan kembung segar saiz sederhana
  • garam
  • kunyit
  • 5 sudu makan tepung beras (atau sebarang tepung gorengan)
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • sedikit air
  • minyak untuk menggoreng
CARANYA:
  1. Bersihkan ikan kembung.
  2. Dalam sebuah bekas, campurkan garam, kunyit, lada sulah, tepung dengan sedikit air. Jadikan seperti paste.
  3. Masukkan ikan kembung dan gaul rata sehingga tepung meliputi ikan.
  4. Panaskan minyak dan goreng secara 'deep fry' sehingga ikan masak.
  5. Hidangkan panas2 dan sedap dimakan begitu sahaja, dicicah sos mahupun dimakan dengan nasi.


Tuesday, 6 December 2011

Asam Pedas Ikan Senangin Ala Utara

Sesekali tekak ni teringin nak makan masam2, pedas2 dan berkuah gitu. Teringat pulak kat fridge ada stok ikan senangin yang baru dibeli dari pasar. Hmmm .. sedap juga buat asam pedas ni .. kali ni versi Utara ...


BAHANNYA:-
  • Ikan senangin atau sebarang ikan yang isinya halus (saya gunakan bahagian ekor)
  • 8 - 10 tangkai cili kering dipotong serong
  • 1/2 inci belacan
  • 2 labu bawang besar
  • 1/2 sudu jintan manis
  • 2 batang serai diketuk
  • daun kesom
  • 1 tangkai bunga kantan (dibelah 2 atau 4)
  • garam
  • sedikit serbuk perasa ajinomoto
  • 4 - 5 keping asam keping
  • air secukupnya
CARANYA:-
  1. Kisar cili kering, belacan, bawang dan jintan manis dengan sedikit air hingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar dalam periuk dengan air secukupnya  dan hidupkan api.
  3. Masukkan serai, daun kesum, asam keping dan bunga kantan  ke dalam periuk dan kacau sedikit . Untuk proses (3) saya lebih suka lebihkan air dan didihkan dalam masa yang agak lama sehingga bunga kantan dan daun kesom menjadi lembut serta bau dan rasa bhn2 lebih menyerlah.
  4. Bila air rebusan tadi mendidih, masukkan ikan, garam dan serbuk perasa secukupnya. Bila air mendidih dan ikan masak boleh dihidangkan. Sedap dimakan panas2.
Bila makan, keluarga tak guna pinggan nasi dah.. terus ambil mangkuk untuk menikmati kuahnya... Perghhhh...

Peringatan :  Jangan terlalu banyak gunakan serbuk perasa. Saya gunakan lebih bawang besar sebagai pengganti serbuk perasa @ untuk mengurangkan kuantiti serbuk tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...