Blogger Backgrounds

Tuesday, 6 November 2012

BLUEBERRY CHEESE TART

Pertama kali buat ... terus jadi!!!! .. sukanyer......!!

BLUEBERRY CHEESE TART ... memang kegemaran sekeluarga. Sebelum ni setiap kali nak makan terpaksa beli. Memang agak mahal juga harganya, maklumlah bahan-bahannya yang terbaik dan nak buat pun agak cerewet juga.  Bila dah buat sendiri fahamlah sebab musabab pasal harga kuih ni....

BAHANNYA:

UNTUK KULIT TART 
  • 170gm mentega
  • 50gm gula icing
  • 1 bj telur gred C (jika telur gred B, buang sikit putih telurnya supaya tak keras kulit tart nanti)
  • 1 s/teh esen vanila
  • 290gm tepung gandum
CREAM CHEESE FILLING
  • 250gm cream cheese (jangan simpan di tempat beku, keluarkan 30-40 minit sebelum digunakan tetapi jangan sampai mencecah suhu bilik)
  • 50gm gula castor
  • 1 bj telur gred B
  • 1/2 s/teh esen vanila/lemon
  • blueberry jam secukupnya (atau sebarang perasa pilihan)
CARANYA (KULIT TART)
  1. Pukul mentega dan gula dengan senduk kayu. Tetapi jangan lama sangat. Cukup sehingga semuanya sebati gitu..
  2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga doh lembut.
  4. Bentukkan ke dalam acuan dan cucuk-cucuk sedikit dengan garpu pada dasar doh.
  5. Bakar 170C selama 15 minit @ sehingga masak ... ha ha..
  6. Sejukkan dan sedia untuk diletakkan filling. Kalau nak letak filling kemudian pun boleh..jadi simpan dulu dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti ais.
CARANYA (CREAM CHEESE FILLING)
  1. Putarkan cream cheese dan gula sehingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanila dan putar lagi. 
  3. Masukkan dalam piping bag (saya hanya gunakan plastik biasa yang digunting sedikit pada bucunya)
  4. Begitu juga dengan jem blueberry (atau sebarang perisa pilihan anda) kedalam piping bag.
  5. Susun kulit tart diatas dulang. Pancitkan sebahagian cream cheese kedalam kulit tart diikuti dengan jem blueberry. Kemudian pancitkan semula cream cheese menutupi bahagian atas.
  6. Jika anda suka boleh buat goresan membentuk bunga diatasnya. Bakar +- 5 min 170C. Atau sentuh cream cheese dengan hujung jari, jika tak melekat maknanya dah masak la tu...!
CARANYA (BUAT BUNGA)
Saya ada juga menjengah blogger yang lainnya, macam-macam cara dan kreativiti yang dibuat pada cheese tart ni.  Memang cantik-cantik belaka, maklumlah mereka ni boleh dikatakan 'pro' dalam baking membaking ni... Jadi, ada baiknya kita belajar perlahan-lahan dari blog (jimat bajet le konon...)..tapi ada risikonya, kadang jadi kadang tak jadi...itu bukan salah blog tersebut, mungkin cara (method) kita yang salah.... (jadi kalau anda ikut resepi saya tapi tak jadi... itu bukan salah saya yer... ha ha... sebab saya dapat resepi ni pun dari blogger, dijadikan nasib baik, SEKALI BUAT TERUS  MENJADI!!! 
  1. Campurkan sedikit cream cheese (yang sudah diproses pada cara buat Cream Cheese Filling tadi) dengan pewarna pilihan anda. Kacau sehingga warna sebati.
  2. Guna pencungkil gigi buat beberapa garis pendek (tak perlu sama panjang dan selari)
  3. Guna bahagian tajam pencungkil gigi, tarik dari atas ke bawah untuk mendapat bentuk tangkai bunga. Atau boleh tengok pada blog2 yang banyak tentang cheese tart. Ni salah satunya (anyway terima kasih pada blogger ni, rajin dia ambik gambar) cuba tengok, cuba try..

Monday, 5 November 2012

19/10 tarikh untuk bersibuk-sibuk menyiapkan sambutan hari lahir Danieal.  Awal-awal lagi simanja ni dah sibuk ingatkan Mama suruh siapkan goodies bag untuk kawan-kawan. Layan jer laa....



Celebrate kat rumah dengan family memang sudah tradisi...
Pilih gambar monyet yang cute tu sebab Danieal
dilahirkan dalam tahun Monyet  (mengikut tahun Cina)
Suka-suka jer ni.....



Episod Penyampaian Goodies Bag ... Bahagian semua orang paling suka!!!

Homemade burger ... isi goodies bag

LOLLIPOP - antara isi goodies bag
Colourful kan?? memang menarik.

JOM ... kita tengok resepi pulak...

HOMEMADE MY OWN BURGER

BAHAN-BAHANNYA:-
  • Beberapa biji roti burger
  • Kepingan daging burger secukupnya (ayam/daging)
  • Mentega / marjerin untuk sapuan
  • Perapan :  sos lada hitam, madu, karamel masakan, sos barbeque, seasoning sos & lada sulah  (bahan-bahan ni mengikut sukatan anda, lebihkan yang suka, kurangkan yang tidak. Tetapi jangan terlalu berlebihan, nanti rasanya tak seimbang)
  • Lapisan burger : daun salad, mayonis, mustard, campuran sos cili dan sos tomato (digaul bersama) dan kepingan cheese (jika suka)
CARANYA:-
  1. Sapukan seluruh permukaan daging burger dengan bahan perapan. Jika ingin daging lebih lembut selepas dibakar, cucuk-cucukkan daging dengan garpu. Perapkan 1/2 jam - 1 jam.
  2. Letakkan atas redai dan bakar di dalam oven. (Saya mahu daging tersebut lembut dan sedikit berair gitu, jadi cuma setkan pada 170 darjah lebih kurang 25 min.)
  3. Sementara tunggu daging burger masak, bolehlah sapu mentega pada bahagian dalam/tengah roti burger. Kemudian bakar sekejap dalam oven.
  4. Untuk membuat lapisan burger terpulang kepada anda. Saya suka melapis begini:-Sapukan campuran sos cili dan tomato keatas kepingan bawah roti . Diikuti dengan kepingan daging, kepingan cheese dan daun salad. Kemudian letakkan sedikit lagi campuran sos cili dan tomato, mustard  dan mayonis. Akhir sekali tutupkan bahagian atas dengan roti burger. Dah siap.......
PLAY DOUGH LOLLIPOP
 
BAHANNYA:
  • 3/4 cwn mentega
  • 3 oz cream cheese
  • 1 cwn gula
  • 1 bj telur
  • 1 s/teh esen vanila
  • 2 3/4 cwn tepung
  • 1 s/teh baking powder
  • 1/4 s/teh garam
  • beberapa batang lollipop atau batang aiskrim
  • beberapa pewarna
 
CARANYA:
  1. Putar hingga gebu mentega, cream cheese dan gula.
  2. Masukkan vanila dan gaul sebati.
  3. Dalam mangkuk berasingan, satukan tepung, baking powder dan garam. Ayak dan masukkan ke dalam campuran mentega tadi.
  4. Bentukkan doh dan canai mengikut warna kesukaan anda. Gunakan batang lollipop atau batang aiskrim dan cucukkan kedalam doh yang telah dibentuk tadi.
  5. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan +- 350F/175C lebih kurang 8 minit @ sehingga masak.



Thursday, 6 September 2012

CUTI-CUTI MERDEKA RAYA

Dah berhabuk blog ni..lama betul tak jengah. Diari harian penuh dengan kesibukan bermulanya awal puasa sehinggalah hari raya. Tapi dalam sibuk-sibuk tu sempat juga melayan anak-anak, bawa bercuti ke Genting Highland untuk 'release stress' dan ambil angin sikit setelah lama berkurung untuk 'Trial PMR' yang baru selesai sebelum raya. Apa-apapun, saya nak ucapkan terlebih dulu kepada anda semua
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN ANDAI ADANYA KEKHILAFAN ....

Rasanya tak payah cerita banyak, gambar-gambar ni dah cukup menerangkan seronoknya ke Genting Highland... (kita rehat sekejap dari tajuk resepi yer...)


SKY VENTURE @ Genting Highland ... seronok dapat sijil

Comelnya bunga Strawberi

Memang boleh 'naik hantu' dengan Strawberi!!


Danieal berpeluang memetik Strawberi...

Melawat tempat menanam cendawan..macam-macam jenis dan warna...

Antara hasil produk dari cendawan

Sos pun ada....

Yang ini ... part enjoy ..... memang puas lah budak2 ni main kat Theme Park ni...!
 
Akan ada trip lain lagi hujung tahun 2012 ni..InsyaAllah.... Tapi saya rindukan Cameron Highlands la... Rindu pada alam semulajadinya dan sayur-sayuran segarnya... nak borong banyak-banyak nanti!!

Wednesday, 11 July 2012

KACANG KUDA PEDAS

KACANG KUDA PEDAS


Inilah yang berlaku minggu ni ... mulut asyik nak mengunyah jer... nasib baik kakitangan pun rajin ke dapur... jadi tak adalah meleleh air liur...

Belek-belek kat dapur terserempak stok kacang kuda yang dibeli untuk resepi humus hari tu... Hmmmm .... makan kacang kuda rebus pun best juga ni. Sambil santai-santai tengok tv... tapi kali ni nak buat edisi pedas ... jom kita tengok bahan-bahannya... ini memang tiada sukatan, agak-agak jer, ikut selera kita... nak banyak/sikit, pedas/tidak pedas, manis/kurang manis ......

BAHANNYA:-
  • kacang kuda dicuci dan direndam sekurang-kurangnya 4 jam
  • air untuk merebus
  • garam secukupnya
  • lada kering
  • bawang kecil @ bawang besar (untuk dikisar dengan lada kering dan dimayang)
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit gula
  • sedikit minyak untuk menumis
  • beberapa tangkai daun kari
CARANYA:-
  1. Rebus kacang kuda sehingga empok dengan sedikit garam. Bila sudah empok, toskan.
  2. Sementara menunggu kacang empok, kisarkan lada kering dan bawang.
  3. Tumiskan bawang yang dimayang apabila minyak panas. Masukkan juga daun kari. (Ada juga yang menggoreng daun kari berasingan untuk kerangupan daun tersebut). Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan gula dan kacau rata. Diikuti dengan garam secukup rasa dan air asam jawa.
  5. Masukkan kacang kuda yang telah ditoskan tadi dan kaacau rata. Untuk rasa yang lebih sedap... ha haaaa rasalah sikit..tengok apa yang kurang dan tambahkan....
SENANGKAN ?? .........  boleh enjoy sambil menonton, berkelah atau dimana saja.... time tunggu anak sekolah ok juga ..ngunyah2 kat dlm kereta....

Tuesday, 10 July 2012

KEK PELANGI BLENDER



Asal dari resepi kek blender, tapi diwarna warnikan untuk lebih elegen lagi.. ha ha... suka-suka jer kan merubah resepi orang... yer la, kalau tak pandai merekacipta resepi, paling kurangpun merubah rupa resepi.. ahakkkkksss!!!

BAHANNYA:-

  • 2 1/2 cwn tepung  naik sendiri (diayak)
  • 1 3/4 cwn gula halus
  • 250 gm mentega cair
  • 1 1/4 cwn susu segar dari peti sejuk
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • pewarna (ikut pilihan anda)
CARANYA:-
  1. Kisar kesemua bahan kecuali tepung dan esen. Kisar sebati sehingga gula larut. Tuangkan  adunan ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau rata.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Untuk ini saya warnakan pink, kuning dan coklat. (Untuk coklat saya gunakan 2 sudu serbuk coklat dicairkan dengan sedikit air suam)
  5. Sendukkan / sudukan setiap adunan warna secara bergilir (untuk dapatkan pelangi) sehingga adunan habis kedalam bekas loyang yang telah dilengserkan dengan mentega.
  6. Bakar 160 darjah 50 min - 1 jam @ sehingga masak.
**  Jika menggunakan tepung gandum perlu mencampurkan 1 1/2 sudu baking powder.

SELAMAT MENCUBA!!!

Layered Santan Jelly

Tiba-tiba datang mood nak memasak resepi-resepi terbaru (maksud saya, yang tak pernah saya mencuba lagi..).. kali ni giliran Layered Santan Jelly... cubalah, memang sedap!!!!

Layered Santan Jelly

BAHANNYA  (A):-

  • 1/2 sudu mkn agar2 serbuk
  • 60 gm gula castor
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh esen pandan
  • pewarna : beberapa warna yang anda suka
BAHANNYA (B):-
  • 1/2 sudu makan agar2 serbuk
  • 70 gm gula castor
  • 200 ml air
  • 50 ml santan
  • 1/2 sudu teh esen pandan
  • pewarna : sama dengan A
CARANYA:-
  1. Masak agar2, air, gula dan esen dengan api yang perlahan. (BAHAN A)
  2. Masak agar2, air, gula, santan dan esen dengan api yang perlahan (BAHAN B)
  3. Ambil 50ml dari Bahan A. Titikkan pewarna dan kacau rata. Tuangkan dalam acuan. Masukkan kedalam peti sejuk sebentar sehingga lapisan tersebut mengeras. Lagi bagus dibahagian sejuk beku.
  4. Ambil pula 50ml dari Bahan B. Titikkan pewarna yang sama dengan (3). Kacau rata dan tuang atas lapisan pertama tadi. Ulang proses bergilir-gilir Bahan A dan B dengan pewarna berlainan mengikut selera anda.
  5. Sejukkan sebentar dan sedia dihidang.

Sunday, 8 July 2012

BISKUT DAHLIA


Dah lama tak jengah blog. Agak sibuk kebelakangan ini dengan urusan rumahtangga dan anak-anak. Jadi, terlanjur santai-santai ambil peluang menjengah blog... Kebetulan pula baru sudah mencuba yang entah keberapa sekian kalinya buat biskut kegemaran anak-anak.. inilah baru menjadi, walau bunganya tak kembang secantik yang diharapkan, tapi rasanya tip top .. itu yang penting...

Jom kita kongsikan resepinya:-

BAHANNYA:-
  1. 300gm mentega
  2. 150gm gula icing
  3. 2 biji kuning telur gred A
  4. 1 sudu teh esen vanilla
  5. 250gm tepung gandum
  6. 100gm tepung jagung
  7. 160gm tepung kastad
  8. ceri / manik hiasan
CARANYA:-
  1. Ayak semua jenis tepung bersama.
  2. Pukul mentega dan gula icing sehingga gebu.
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga berkrim.
  4. Masukkan tepung yang diayak tadi dan dengan 'low speed' putar sehingga sebati.
  5. Adun dan uli hingga jadi doh dan tidak melekat dijari. (jika tepung masih melekit/lembik tambahkan sedikit tepung gandum)
  6. Bentukkan adunan dengan acuan tekan (acuan biskut dahlia) dan bakar 17-20 minit pada suhu 175.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...