BAHANNYA:-
Bahagian Bawah (Hijau)
- 1 bungkus tepung Hoen Kwe (hijau)
- 8 cwn air (Kalau guna tepung Hoen Kwe putih, boleh kisar daun pandan dan gunakan air daun pandan.
- 1 1/2 cwn gula
- sengkuang cina secukupnya ( dipotong dadu kecil2)
Bahagian Atas (Putih)
- 1 bungkus tepung Hoen Kwe (putih)
- 2 - 3 sudu kecil garam
- 2 sudu gula
- 8 cawan santan ( dari 1 kotak (250ml) santan + 7 cwn air)
Bahan Lain : Daun pandan dibentuk menjadi kotak empat segi.
CARANYA:
- Masukkan semua Bahagian Bawah (hijau) dlm satu periuk dan Bahagian Atas (Putih) dlm periuk lain.
- Dengan api perlahan kacau sehingga semuanya sebati, tepung masak dan larutan menjadi likat/pekat.
- Setelah pekat, tutup api. Gunakan sudu untuk ceduk adunan kedalam kotak daun pandan. Mulakan warna hijau terlebih dahulu dengan mengisi separuh kotak daun pandan tersebut.
- Kemudian isikan semula warna putih pula.
- Anda boleh sejukkan di dalam peti sejuk sebelum menghidang kerana rasanya akan lebih sedap.