Blogger Backgrounds

Monday, 27 February 2012

Asam Pedas Ikan Patin

Bila buka freezer baru2 ni, terserempak dengan stok ikan patin yang diberikan oleh Ibu Mertuaku di Pahang sana. Di kampung, keluarga mertua ada mengusahakan beberapa sangkar ikan patin dan talapia. Jadi setiap kali pulang kampung, memang ini adalah antara buahtangan mereka...
 
Kegemaran seisi keluarga kerana ikan patin ni lembut isinya dan manis!

BAHANNYA:
  • Seekor ikan patin (dibersihkan, direndam air perahan limau dan dipotong kepingan)


Bahan Kisar : Bawang besar, lada hitam, serai, belacan dan cili kering
Bahan campak-campak: daun kesum, daun limau purut, bunga kantan dan hirisan bawang besar

  • 1-2 ulas bawang besar
  • 1 sudu kecil biji lada hitam
  • 10 tangkai cili kering (ikut citarasa anda)
  • 1 inci belacan (saya tidak suka belacan yang dibakar)
  • 1 batang serai
  • beberapa tangkai daun kesum
  • setangkai bunga kantan dibelah 2 @ 4
  • hirisan bawang besar
  • air secukupnya
  • pes asam jawa
  • garam
  • serbuk perasa
  • minyak untuk menumis
  • seulas bawang putih dimayang
CARANYA:-
  1. Kisar bahan2 seperti bawang, cili kering, serai, belacan dan lada hitam.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan kacau rata.
  3. Masukkan pula 'bahan-bahan campak' seperti hirisan bawang, daun kesum, bunga kantan dan daun limau purut dan kacau rata.
  4. Setelah bahan pecah minyak, masukkan air asam jawa (pes asam jawa yang dicampur dengan air secukupnya). Masukkan serbuk perasa dan garam.
  5. Akhir sekali masukkan kepingan ikan patin dan tunggu hingga didih. Sedia untuk dihidang. Mudahkan... 

Pulut Kukus Mangga

Masa hantar anak untuk solat Jumaat ternampak dari jauh cantiknya tersusun warna kuning dan hijau digerai buah ... bila dah sampai dekat gerai tersebut rupanya deretan buah mangga, besar-besar dan segar gitu ... apalagi, hala balik dari solat, singgah kat kedai tu beli 2 kilo.. hmm, sedap juga kalau makan dgn pulut ni, kat rumah ada lagi baki pulut kukus semalam ...


Amacam??? .. memang sedap ni, siap hias dengan orkid dari taman lagi...

Ini adalah anggaran. Sukatan boleh dibuat mengikut kesukaan anda.

BAHANNYA:-
  • 1 kg beras pulut
  • 2 1/2 biji kelapa diambil santannya (2 biji utk pulut, 1/2 biji - pati santan utk sos)
  • daun pandan -saya suka lebihkan kerana suka pada baunya.
  • 5 biji mangga dibersihkan, dibuang kulit dan dipotong serong.
  • air utk kukusan
  • beberapa helai daun pandan
  • garam
  • gula
CARANYA:-
  • Rendam beras pulut semalaman atau sekurang-kurangnya 3-4 jam. Setelah itu sediakan periuk kukusan dengan mengisi air dan beberapa helai daun pandan. Didihkan air rebusan tersebut.
  • Daun pandan ni nampak 'buruk' sikit sebab saya renyuk-renyukan daunnya
    supaya lebih beraroma.
  • Sementara menunggu air rebusan tersebut mendidih, masukkan beras pulut kedalam bekas penapis dan basuh dibawah aliran air paip.
  • Letakkan jaring pengalas (dari plastik yang boleh didapati dikedai2 hardware) dan daun pandan diatasnya. Kemudian letakkan setengah bahagian beras pulut diatasnya dan letakkan lagi selapis daun pandan. (gambar)

Kat gambar ni boleh nampak jaring yang saya maksudkan tadi.
Saya ni memang taksub sikit dengan bau dan rasa daun pandan... suka...

  • Masukkan pula baki beras pulut kedalam perium kukus tadi. Dengan menggunakan jari cucuk-cucuk dari permukaan beras pulut kedasarnya dan membentuk lubang2 kecil. Lubang-lubang kecil ini akan membantu beras pulut masak dengan lebih sekata lagi.
 
Beginilah rupanya bila siap dimasukkan kedalam periuk dan dicucuk-cucuk.


Sedia untuk dimasak

  • Sementara menunggu kukusan beras pulut berkenaan, sediakan 2 bahagian santan. Bahagian Pertama : 2 biji kelapa diambil patinya dan dicampurkan garam secukupnya. Apabila pulut sudah masak, pindahkan pulut kedalam satu mangkuk.Tuangkan santan tadi sedikit demi sedikit dan kacau rata hingga sebati pulut tersebut. Setelah cukup mesra adunan tersebut, pindahkan semula ke periuk kukus dan kukus semula lebih kurang 10 minit.
  • Bahagian Kedua : 1/2 biji kelapa diambil patinya dan dicampurkan dengan 1-2 sudu gula dan 1/4 sudu kecil garam. Renihkan sebentar dan jangan sampai 'pecah minyak'. Sos hendaklah lebih kan manis tetapi jangan terlalu manis!!!...
  • Setelah semuanya siap, sendukkan pulut kedalam pinggan. Letakkan hirisan mangga dan tuangkan sos keatas mangga dan pulut. Sedap dimakan bila-bila masa sahaja.. Selamat mencuba..
TIPS:  Kalau anda inginkan pulut pandan, rendamkan pulut dalam air pandan (blender daun pandan bersama air dan ambil airnya untuk direndam dengan pulut. Manakala untuk santan (kelapa dari 2 biji kelapa dicampur dengan beberapa helai daun pandan dan blender. Tapis dan gunakan santan berpandan tersebut untuk dituangkan dan gaul bersama pulut).

Friday, 24 February 2012

ISI DAPUR

PADA pendapat saya untuk kesempurnaan sesebuah dapur perlulah ada beberapa bahan asas yang biasa digunakan dalam masakan. Samada bahan seperti rempah ratus, ulaman, sayuran atau bahan masak yang lainnya.  Bukan sekadar kesempurnaan resepi kesukaan keluarga tetapi juga sebagai penyelamat masa kecemasan, misalnya ada tetamu tiba2 menjengah atau jadual kita yang terlalu sibuk hingga tidak sempat ke pasar .... atau tiba2 rasa teringin nak makan itu ini ... mana lah tahukan...

Lagipun, dizaman moden ni semuanya mudah belaka.  Boleh disejukbeku dan digunakan bila2 kita suka. Dah tak risau pasal santan basi atau berbau hapak. Senangkan... Nak jadi SURIRUMAH kenalah tahu resepi pelengkap seisi rumah ... ha, jangan biarkan rak didapur anda sekadar letak brg hiasan saja ye.... ISI DAPUR ANDA !!!!












 Ada lagi ni .. nnti kita sambung...

Monday, 20 February 2012

BLENDED 'LIMAU GEDANG' CAKE

Resepi ni saya dapat dari seorang blogger dengan nama resepi Blended Orange Cake.
Terimakasih pada beliau di atas perkongsiannya (dah terlupa pulak nama blog dia sebab banyak sgt buat search).  Saya menggantikan dengan  Limau Gedang ..(konon nak kelainan pada rasa dan warna.. tapi ok juga ler...rasa dan rupa yang sepadan..)


Ni la rupanya Limau Gedang... Memang Besar saiz dia...
Isinya warna oren & pinky sikit...

TARAAAA.... hasilnya, kek yg sedikit lembab tetapi gebu... SEDAP!!

BAHANNYA:-
  • 1 bj buah limau (dikopek, dibuangkan bahagian putih dan urat2 putihnya, kulit disiat nipis dgn elakkan bahagian putih. Jika tidak suka / risau terlalu 'pedar' rasa dari kulit tersebut boleh dikurangkan kuantiti kulit tersebut.)
  • 1 cwn minyak
  • 2 cwn gula halus (saya kurangkan kepada 1 1/2 cwn)
  • 3 biji telur saiz sederhana
  • 2 cwn tpg gandum
  • 1 1/2 sudu baking powder  (ayak sekali dengan tepung gandum)
CARANYA:-
  1. Kisar limau (termasuk kulit), minyak, gula, telur sehingga semuanya sebati dan halus.
  2. Tuang bahan kisar kedalam mangkuk dan campurkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga semuanya sebati.
  3. Tuang adunan dalam loyang yang telah digriskan dan dialas.
  4. Bakar 170 Celcius 40 min - 1 jam @ sehingga masak.

BLENDED CHOCOLATE CAKE

Hasil dari eksperimen buat Blended Limau Gedang Cake, saya inspirasikan pula Blended Chocolate Cake... Kalau dah memang berhantu dengan kek, memang tak dapat elak le ... mesti kek, dan kek lagi..dan lagi...

Namapun eksperimen kan ... resepi yang di 'modified' sana sini...
Jadi, tapi kali ni agak kering tapi masih gebu....



BAHANNYA:-
  • 1 cwn serbuk koko ( saya suka skt rasa pahit pada coklat, pd yg tak berapa suka kurangkan kuantiti)
  • 1 1/2 cwn minyak
  • 1/2 cwn air
  • 2 cwn gula halus (saya kurangkan gula kepada 1 1/2 cwn)
  • 3 biji telur saiz sederhana
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 sudu baking powder (diayak dengan tepung)
  • 
CARANYA:-
  1. Kisar serbuk koko, minyak, air, gula dan telur sehingga semua bahan sebati.
  2. Tuang bahan kisar kedalam mangkuk dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati.
  3. Tuang adunan dalam loyang yang telah beralas dan digriskan.
  4. Bakar 170 Celsius 40 minit - 1 jam @ sehingga masak.
P/S >> Jika anda dapat modified resepi ini dengan lebih BEST lagi bagi tahu yer.....

Wednesday, 15 February 2012

KULIT POPIA

KULIT POPIA - HOMEMADE BY MY FRIEND  SITI RAMLAH



‎1/2 kg tepung gandum
2 cwn air
sedikit garam

==>bancuh mcm nk wat cekodok
==>biar sekejap dlm 1/2 jam
==>dh 1/2 jam lebih kurang la leh la masak atas kuali lempeng tu...

Resepi homemade ni dari sahabat saya di FB, Siti Ramlah. Terima kasih banyak2 for sharing dan moga bertambah2 rezeki untuk mereka yang berkongsi ilmu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...