Blogger Backgrounds

Monday, 20 February 2012

BLENDED CHOCOLATE CAKE

Hasil dari eksperimen buat Blended Limau Gedang Cake, saya inspirasikan pula Blended Chocolate Cake... Kalau dah memang berhantu dengan kek, memang tak dapat elak le ... mesti kek, dan kek lagi..dan lagi...

Namapun eksperimen kan ... resepi yang di 'modified' sana sini...
Jadi, tapi kali ni agak kering tapi masih gebu....



BAHANNYA:-
  • 1 cwn serbuk koko ( saya suka skt rasa pahit pada coklat, pd yg tak berapa suka kurangkan kuantiti)
  • 1 1/2 cwn minyak
  • 1/2 cwn air
  • 2 cwn gula halus (saya kurangkan gula kepada 1 1/2 cwn)
  • 3 biji telur saiz sederhana
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 sudu baking powder (diayak dengan tepung)
  • 
CARANYA:-
  1. Kisar serbuk koko, minyak, air, gula dan telur sehingga semua bahan sebati.
  2. Tuang bahan kisar kedalam mangkuk dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati.
  3. Tuang adunan dalam loyang yang telah beralas dan digriskan.
  4. Bakar 170 Celsius 40 minit - 1 jam @ sehingga masak.
P/S >> Jika anda dapat modified resepi ini dengan lebih BEST lagi bagi tahu yer.....

Wednesday, 15 February 2012

KULIT POPIA

KULIT POPIA - HOMEMADE BY MY FRIEND  SITI RAMLAH



‎1/2 kg tepung gandum
2 cwn air
sedikit garam

==>bancuh mcm nk wat cekodok
==>biar sekejap dlm 1/2 jam
==>dh 1/2 jam lebih kurang la leh la masak atas kuali lempeng tu...

Resepi homemade ni dari sahabat saya di FB, Siti Ramlah. Terima kasih banyak2 for sharing dan moga bertambah2 rezeki untuk mereka yang berkongsi ilmu.




Wednesday, 11 January 2012

KUIH TAKO


BAHANNYA:-

Bahagian Bawah (Hijau)
  • 1 bungkus tepung Hoen Kwe (hijau)
  • 8 cwn air (Kalau guna tepung Hoen Kwe putih, boleh kisar daun pandan dan gunakan air daun pandan.
  • 1 1/2 cwn gula
  • sengkuang cina secukupnya ( dipotong dadu kecil2)
Bahagian Atas (Putih)
  • 1 bungkus tepung Hoen Kwe (putih)
  • 2 - 3 sudu kecil garam
  • 2 sudu gula
  • 8 cawan santan ( dari 1 kotak (250ml) santan + 7 cwn air)
Bahan Lain :  Daun pandan dibentuk menjadi kotak empat segi.

CARANYA:
  1. Masukkan semua Bahagian Bawah (hijau) dlm satu periuk dan Bahagian Atas (Putih) dlm periuk lain.
  2. Dengan api perlahan kacau sehingga semuanya sebati, tepung masak dan larutan menjadi likat/pekat.
  3. Setelah pekat, tutup api. Gunakan sudu untuk ceduk adunan kedalam kotak daun pandan. Mulakan warna hijau terlebih dahulu dengan mengisi separuh kotak daun pandan tersebut.
  4. Kemudian isikan semula warna putih pula.
  5. Anda boleh sejukkan di dalam peti sejuk sebelum menghidang kerana rasanya akan lebih sedap.

KERABU SOTONG



Antara menu wajib setiap bulan, paling kurang 2 @ 3 kali kena buat. Tak kisah lah berapa kalipun asalkan semua orang sukakannya...

BAHANNYA:
  • 1/2 kg sotong dibersihkan dan dipotong mengikut kesukaan anda
  • 4-5 biji cili besar dihiris2
  • 6 - 10 biji cili padi dihiris2 (sukatan cili mengikut tahap kepedasan anda)
  • 3 - 4 labu bawang besar dimayang
  • 5 - 7 batang serai juga dimayang
  • 3 helai daun limau purut dihiris nipis2
  • beberapa tangkai daun bawang @ daun ketumbar dan daun sup dipotong kecil
  • jus limau @ lemon
  • garam
  • gula

CARANYA:
  1. Celur sotong kedalam air yg telah mendidih sehingga sotong masak. Tepikan dan sejukkan sebentar.
  2. Masukkan sotong kedalam bekas. Masukkan pula cili besar, cili padi, bawang besar, serai, daun limau purut, daun sup dan daun bawang. Kacau rata.
  3. Masukkan jus limau, garam dan gula secukup rasa. Perapkan sekejap untuk bahan menjadi mesra dan rasa dahulu sebelum hidangkan. Apa yang kurang boleh ditambah.  Memang sedap!!!

Wednesday, 7 December 2011

SUSHI MAGGIE GORENG versi MASTERCHEF MALAYSIA

SERONOK tengok rancangan Masterchef Malaysia... Kagum dengan peserta yang tabah dan kreatif walaupun mereka bukan berlatarbelakangkan kelulusan masakan dari mana2.. bertambah tebal juga semangat dan minat saya dalam dunia masakan.. sebab saya juga bermula seperti mereka. Kalau nak dikirakan kenyang ler tong sampah menelan segala macam resepi yang saya cuba tak menjadi. Tapi setelah beberapa kali mencuba akhirnya jadi juga. Dan lama kelamaan ada resepi yang sekali cuba saja telah menjadi. (entah-entah yang saya buat tu lagi sedap tak?? .. ha ha .. sesekali perasan sendiri tak apa juga...

BAHANNYA:-
  • 1 bungkus maggie (sebarang perasa kegemaran anda)
  • beberapa batang 'crab stick'
  • boleh gunakan sebarang sayuran dipotong memanjang atau ikut suka anda seperti timun, carrot dan lain2. Saya tidak gunakan sayur sebab ... he he .. stok abis!!
  • kepingan sea weed
  • mayonis
  • sedikit wasabi
  • air
CARANYA:-
  1. Didihkan air dan masukkan kepingan maggie. Setelah maggie masak, toskan.
  2. Masukkan maggie kedalam mangkuk dan tuangkan perencah maggie serta kacau rata. Tepikan.
  3. Carik2kan 'crab stick' secara memanjang.
  4. Satukan mayonis dan wasabi. Kacau rata dan tepikan.
  5. Bentangkan kepingan sea weed (bentukkan menjadi segitiga). Letakkan maggie goreng tersebut ditengah2 sea weed. Jangan terlalu banyak supaya senang untuk proses menggulung nanti.
  6. Sapukan campuran mayonis dan wasabi di atas maggie.
  7. Letakkan 'crab stick' diatasnya dan juga sayuran jika suka.
  8. Dari satu penghujung mulakan menggulung perlahan-lahan membentuk kun hingga ke penghujung lagi satu. Dah siap ... ngappp aje ler....

CUCUR IKAN KEMBUNG

Semasa di pasar mata terpandang longgokan ikan kembung segar. Teringat masa kat kampung dulu, pasar tak jauh dari pantai jadi memang banyak ikan segar. Kalau dah terlalu murah dan banyak ikan kembung ni, ibu buatkan cucur ikan kembung. Nak buat cucur ni senang saja. Paling sedap ikan yang sederhana besar. Digoreng dan dimakan panas-panas.

BAHANNYA:
  • 1/2 kg ikan kembung segar saiz sederhana
  • garam
  • kunyit
  • 5 sudu makan tepung beras (atau sebarang tepung gorengan)
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • sedikit air
  • minyak untuk menggoreng
CARANYA:
  1. Bersihkan ikan kembung.
  2. Dalam sebuah bekas, campurkan garam, kunyit, lada sulah, tepung dengan sedikit air. Jadikan seperti paste.
  3. Masukkan ikan kembung dan gaul rata sehingga tepung meliputi ikan.
  4. Panaskan minyak dan goreng secara 'deep fry' sehingga ikan masak.
  5. Hidangkan panas2 dan sedap dimakan begitu sahaja, dicicah sos mahupun dimakan dengan nasi.


Tuesday, 6 December 2011

Asam Pedas Ikan Senangin Ala Utara

Sesekali tekak ni teringin nak makan masam2, pedas2 dan berkuah gitu. Teringat pulak kat fridge ada stok ikan senangin yang baru dibeli dari pasar. Hmmm .. sedap juga buat asam pedas ni .. kali ni versi Utara ...


BAHANNYA:-
  • Ikan senangin atau sebarang ikan yang isinya halus (saya gunakan bahagian ekor)
  • 8 - 10 tangkai cili kering dipotong serong
  • 1/2 inci belacan
  • 2 labu bawang besar
  • 1/2 sudu jintan manis
  • 2 batang serai diketuk
  • daun kesom
  • 1 tangkai bunga kantan (dibelah 2 atau 4)
  • garam
  • sedikit serbuk perasa ajinomoto
  • 4 - 5 keping asam keping
  • air secukupnya
CARANYA:-
  1. Kisar cili kering, belacan, bawang dan jintan manis dengan sedikit air hingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar dalam periuk dengan air secukupnya  dan hidupkan api.
  3. Masukkan serai, daun kesum, asam keping dan bunga kantan  ke dalam periuk dan kacau sedikit . Untuk proses (3) saya lebih suka lebihkan air dan didihkan dalam masa yang agak lama sehingga bunga kantan dan daun kesom menjadi lembut serta bau dan rasa bhn2 lebih menyerlah.
  4. Bila air rebusan tadi mendidih, masukkan ikan, garam dan serbuk perasa secukupnya. Bila air mendidih dan ikan masak boleh dihidangkan. Sedap dimakan panas2.
Bila makan, keluarga tak guna pinggan nasi dah.. terus ambil mangkuk untuk menikmati kuahnya... Perghhhh...

Peringatan :  Jangan terlalu banyak gunakan serbuk perasa. Saya gunakan lebih bawang besar sebagai pengganti serbuk perasa @ untuk mengurangkan kuantiti serbuk tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...