Blogger Backgrounds

Monday 31 October 2011

BIHUN TOMYAM



Antara yang laris di restoran Thai-seafood ialah TOMYAM.  Dengan keadaan ekonomi sekarang ni, harga makanan dah lah makin naik, kuantiti pun dikurangkan. Kalau makan TOMYAM kat kedai tu ..alahai.. ciputnya ... ada lah beberapa ketul ayam, daging dan sekor dua udang.. yang banyaknya bawang dan serai..Jadi ada baiknya buat sendiri je ya .. bukan susah sangat..main campak jer.. sukatan2 pun x perlu, main rasa jer..kena pada lidah dan tekak, ok la tu....

BAHANNYA (ini anggaran untuk 1 bungkus bihun)
  • 4 - 6 ketul ayam dari ayam yg dipotong 8 ( dibersihkan dan dipotong kecil)
  • 200 gm daging dihiris nipis
  • 300 gm udang dibersihkan
  • 300 gm sotong dibersihkan dan dipotong +-2cm
  • 4 labu bawang besar (dibelah 6 @ 8)
  • 6 batang serai dipotong serong2
  • beberapa helai daun limau purut dicarik2
  • 3 cm halia muda di ketuk
  • 2 tangkai daun ketumbar dipotong
  • 2 tangkai daun sup dipotong
  • cili padi dikelar2 (jika mahu lebih pedas)
  • 4 biji tomato dibelah 4
  • fish ball / meat ball/ crab stick jika suka
  • paste tomyam
  • jus limau
  • serbuk / kiub pati ayam
  • 1 bungkus bihun
  • Air secukupnya 
CARANYA:-
  1. Isikan air secukupnya ke dalam periuk untuk dijadikan kuah tomyam.
  2. Masukkan serai, halia, bawang, daun limau purut, tomato dan paste tomyam. Kacau.
  3. Setelah didih masukkan ayam dan kiub pati ayam. Kacau dan lebih  kurang 3 minit masukkan pula hirisan daging, udang, sotong, fish ball dan meat ball. Jika anda ingin menambah crab stick tunggu sehingga peringkat akhir masak kerana crab stick mudah masak dan cepat mengembang.
  4. Bila semua bahan sudah masak, perlahankan api dan masukkan daun sup/ketumbar, daun bawang, cili padi dan jus limau. Pada peringkat ini anda perlu merasa dan tambahlah apa yang dirasakan kurang.
  5. Untuk penyediaan bihun pula, panaskan air hingga didih. Celur beberapa ketika hingga bihun lembut dan toskan. Lalukan dibawah air paip supaya bihun kekal lembut dan tidak berketul.  Boleh juga dimakan dengan mee, pasta, nasi atau pun dimakan begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...