Blogger Backgrounds

Monday 31 October 2011

SIAKAP KUKUS



Inilah rupanya semasa hendak dikukus...


Kalau order kat kedai Thai Seafood boleh tahan juga harga Siakap Kukus (Steam) ni kan?  Dah ramai kawan2 saya mencuba resepi yang saya beri dan mereka sangat puas hati sebab tak payah berbelanja banyak nak penuhi selera anak2.  Andapun boleh membuatnya sendiri. Terlalu senang...

BAHANNYA:-
  • Seekor ikan siakap saiz sederhana (dibersihkan dan direndam air limau sebentar untuk hilangkan hanyirnya. Anda boleh memotongnya atau dibiarkan seekor bergantung pada bekas yg akan digunakan nanti)
  • * Halia muda (hiris nipis)
  • * Bawang besar ( hiris nipis)
  • * Bawang putih ( dicincang halus2)
  • * Cili Padi (dikelar2, kalau tak nak pedas sgt blh gantikan dengan lada sulah)
  • * Daun sup/ketumbar dan daun bawang (dipotong pendek)
  • * Daun limau purut ( dicarik2kan)
  • * Beberapa batang serai ( dipotong serong dan pendek2)
  • item bertanda * bergantung kepada anda kuantitinya. Anda boleh letak lebih mana yang anda suka.
  • sedikit air (jika mahu lebih kuah perlu lebih air)
  • air limau secukupnya
  • 1 - 2 sudu besar serbuk / kiub pati ayam
CARANYA:-
  1. Didihkan air dalam periuk kukus sementara menyediakan ikan dan bahan2 di dalam bekas.
  2. Lapiskan bahagian bawah bekas kukusan dengan bahan2 diatas kecuali bahan cecair dan serbuk pati ayam.
  3. Letakkan ikan diatas lapis pertama bahan2 tersebut dan ambil serba sedikit bahan potong tadi dan isi pada celah2 perut dan kepala ikan.
  4. Taburkan lebihan bahan2 yang dipotong tadi keatas ikan.
  5. Masukkan sedikit air untuk kuah dan air limau secukupnya. Taburkan serbuk pati ayam dan kukus bila air (1) tadi mendidih. Kukus hingga isi ikan masak dan siappppp....
TIPS:
  1. Jika anda mahu kuah lebih, perlu lebihkan air. Maka sebaik2nya bahan rencah yang dipotong serta air limau dan serbuk  pati ayam juga perlu dilebihkan.
  2. Tidak perlu memasukkan garam kerana rasa air kukusan itu nanti sudah cukup citarasanya.
  3. Boleh juga digantikan dengan ikan tenggiri, ikan sebelah, ikan bawal dan sebarang ikan yang isinya halus.
  4. Boleh juga diubahsuai dengan perasa tomyam. Cuma masukkan 1 - 2 sudu paste tomyam tanpa mengubah sukatan bahan2 lain.
  5. Guna halia muda untuk mendapatkan bau yang wangi serta rasa yang lebih sedap.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...