Blogger Backgrounds

Thursday 27 October 2011

TALAPIA MASAK CUKA




Sayang juga lauk goreng semalam nak dibuang. Kalau dipanaskan semulapun memang anak2 takkan makan lagi. Satu cara ialah main tipu-tipu ... ha ha ... recycle lah!!!!

BAHAN:-
  • Sebarang ikan goreng (biasanya yang paling sedap ialah ikan tongkol, ikan kembung, talapia, tenggiri dan duri)
  • 2 ulas bawang besar dibelah 6 atau 8.
  • 10 biji bawang putih (dibelah dua) Ikut kesukaan anda.
  • beberapa biji cili padi ( jika mahu pedas lebihkan dan jika mahu kurang pedas gunakan cili besar)
  • 1/2 sudu kecil halba campur
  • 1/2 sudu kecil biji lada hitam
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 inci halia muda dipotong nipis-nipis
  •  daun ketumbar
  •  1 sudu besar minyak masak
  •  gula secukup rasa
  •  cuka secukupnya
  •  air secukupnya
CARANYA:-
  1. Panaskan minyak dan tumis halba campur, lada hitam, halia, serai, cili padi, bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan air . Sukatan air hendaklah sesuai dengan bilangan ikan goreng yang hendak dimasak. Anda boleh menambahnya lagi bila perlu.
  3. Masukkan cuka. Masukkan sedikit dahulu. Jika kurang rasa cuka anda juga boleh menambahnya lagi nanti.
  4. Masukkan sedikit garam dan gula. Dalam masakan ini gula diperlukan lebih sedikit kerana rasanya perlu berlawanan dengan cuka. (Rasa masakan ini adalah masam2 manis pedas)
  5. Anda perlu rasa (sebab inilah cara saya untuk menepati citarasa) Jadi tambahlah apa yang kurang. Apa yang penting anda perlu 'balance'kan rasa cuka dan gula. Bila sudah mendidih, masukkan daun ketumbar dan siap!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...