Blogger Backgrounds

Monday 31 October 2011

DAGING MASAK KICAP



SIMPLE DAN SEDAP ... menjadi menu kesukaan kanak2. Antara paling cepat dan mudah disediakan.

BAHANNYA:-
  • 1/2 kilo daging (dihiris nipis)
  • 6 tangkai kacang panjang (dipotong serong)
  • 2 ulas bawang besar (dihiris nipis)
  • 3 biji cili besar (dipotong serong)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kicap pekat (atau boleh mengikut selera anda)
  • 10 sudu besar kicap manis (atau boleh mengikut selera anda)
  • sedikit gula
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • Bahan tumbuk/kisar:- 1/2 inci halia muda, 3 ulas bawang kecil, 2 ulas bawang putih
  • sedikit minyak
CARANYA:-
  1. Panaskan minyak dan tumis buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk/kisar tadi.Kacau.
  3. Masukkan daging. Diikuti serbuk kunyit, serbuk kulit kayu manis, serbuk ketumbar dan serbuk lada sulah. Kacau sebati dan biarkan sehingga air daging keluar sambil kacau sekali sekala.
  4. Anda boleh memilih dua cara. Pertama: biarkan sehingga masakan pecah minyak, iaitu air daging kering.  Kedua: Menggunakan air daging ( teruskan langkah 5 apabila daging sudah mengeluarkan air)
  5. Masukkan kacang panjang, cili, bawang, kicap pekat dan kicap manis. Jika anda ingin menambah sedikit gula juga boleh.
  6. Kacau sebentar dan sedia untuk dihidang. Makan dengan burasak sedap ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...