Hari-hari jadual asyik sibuk saja .. ada saja yang nak diselesaikan.. Minggu ni anak-anak dah start cuti sekolah, jadi mama dia pula startlah tambah sibuk.. sambil buat kerja rumah, kepala pula ligat memikir apa menu waktu pagi, tengahari, petang dan malam ... peninglah juga... jadi ni antara yang terfikir..CAKOI ... kalau beli kat luar kurang sedapnya... cari punya cari resepi dapatlah resepi ni dari blog MamaFami ( mamafami.fotopages.com) ... saya amat berterima kasih pada beliau kerana sekali buat saja terus jadi, SEDAP pula tu... kalau MamaFami kat sebelah rumah dah lama saya hantarkan sepinggan CAKOI ni...
Haa... inilah bahan-bahannya:-
400 gm tepung
1 cawan air
1 sudu besar marjerin dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng
1 cawan air
1 sudu besar marjerin dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng
Caranya mudah sangat..sekejap jer dah siap..
1) Campurkan dalam satu bekas air, marjerin yang dicairkan, garam, gula, susu pekat, kuning telur, yis dan soda bikarbonat. Gaul sebati.
2) Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli doh hingga lembut dan tidak melekat. Setelah siap uli, balut bekas doh tersebut dengan plastik yang bersih dan biarkan selama 1/2jam.
3) Canai doh setebal lebih kurang 1/2cm dalam bentuk segiempat tepat dan potong pada bahagian yang lebih kecil lebih kurang 1 inci.
4) Untuk mendapatkan cakoi yang berbelah dibahagian tengahnya setelah digoreng (seperti yang dijual tu) celupkan lidi dalam air dan tekan atas kepingan yang dipotong memanjang selebar 1 inci tadi.
5) Panaskan minyak dan goreng. Sedap dimakan panas2. Biasanya dicicah bersama sos cili, tapi kalau resepi ni makan begitu sajapun dah sedap ... SUNGGUH ENAK DIMAKAN BEGITU SAJA .....
No comments:
Post a Comment