Kerana jadual setiap hari sangatlah padat, sedangkan anak2 suka pada yang sedap2..
kadang-kadang tak sampai hati nak hampakan selera mereka. Jadi resepi
yang paling mudah tetapi sedap itulah yang menjadi pilihan.
BAHANNYA:-
- Bahan A
- Seekor itik dibersihkan, dilayur dan dipotong mengikut kesukaan anda.
- 1 bungkus serbuk kari daging (25gm @ lebihkan jika suka pedas)
- 40 gm kerisik
- Bahan B
- Sebiji betik separa masak dibuang kulit dan biji serta dibersihkan dipotong serong. Banyaknya mengikut kesukaan anda.
- Sediakan bahan C seperti pada gambar.
- santan dari 1 biji kelapa
- minyak untuk menumis
- sedikit air
- garam
- Panaskan minyak dan masukkan bahan C (bahan tumis). Kacau hingga bau naik wangi.
- Masukkan Bahan A dan tuangkan sedikit air (sedikit berkuah) .
- Masukkan pula buah betik dan Bahan D. Kacau sebentar dan tutup periuk untuk melembutkan daging itik dan buah betik.
- Apabila minyak timbul (pecah minyak) tuangkan santan dan kacau rata. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sekali sekala sehingga mendidih dan sedia dihidang.