Ini resepi menu petang kegemaran anak2.. Taklah susah sangat nak membuatnya.
BAHAN CHEEZY POTATO:-
- 5 biji US potato (atau sebarang kentang yang teksturnya gebu)
- 5 keping cheesdale cheese
- +- 150 gm parutan cheddar cheese
- +- 100 gm parutan mozarella cheese (boleh digunakan sebarang cheese lain juga)
- serbuk lada sulah
- serbuk lada hitam
- sedikit garam
- air untuk merebus kentang
- minyak zaiton
- daun parsley (dicincang)
CARANYA:-
- Rebus kentang hingga masak. Untuk cepatkan proses, ubi kentang dicucuk2 dengan garpu secara rawak disekelilingnya.
- Setelah kentang masak, belah pada dua bahagian. Korek isinya keluar dengan menggunakan sudu dan biarkan bentuk kulitnya kekal seperti asal dan biarkan sedikit isi melekat pada dinding kulit tersebut.
- Isi yang dikorek tadi dilenyek2kan dan masukkan semua bahan di atas (kecuali air). Gaul rata dan sebatikan.
- Setelah semuanya sebati, masukkan semula adunan tersebut kedalam 'bekas' kulit kentang tadi.
- Tuangkan minyak zaiton diatasnya dan taburkan daun parsley diatasnya (jika ada)
- Bakar didalam oven selama lebih kurang 15 min 170 darjah.
STEAM BBQ CHICKEN
BAHANNYA:-
- 1/2 kilo ayam ( dipotong dan dibersihkan. Taburkan sedikit jus lemon)
- Kisar bahan berikut:-
- 1/2 biji kelapa (ambil pati santannya)
- 10 biji cili besar
- 3 labu bawang besar
- 5 biji bawang putih
- 2 cm halia muda
- 3 sudu besar gula
- 3 sudu besar madu
- 2 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
- garam secukup rasa
CARANYA:-
- Gaulkan ayam dengan semua bahan kisar.
- Anda boleh memilih untuk memerap sehari semalam atau lebih kurang 2 jam lalu terus membakar menggunakan oven, microvawe atau secara BBQ.
- Bagi saya, saya tidak memerapnya sebaliknya memasukkan kedalam bekas dan mengukus selama lebih kurang 20 minit.
- Selepas mengukus pindahkan ayam tersebut kedalam oven dan bakar +- 20 min 160 darjah. Ayam yang sudah masak boleh digriskan dengan baki kuah pada bekas kukusan tadi.
- Jika anda ingin memasak secara BBQ, ambil lebih kurang satu senduk bahan kisar tadi dan campurkan dengan sedikit minyak. Panggang ayam menggunakan arang kayu. Ketuk beberapa btg serai dan ikat serai tersebut bersama. Celupkan serai ke dalam campuran minyak dan bahan kisar tadi dan percikkan pada ayam yang sedang dipanggang. Rasanya pasti lebih sedap.
Dah selesai ... boleh juga dibuat majlis BBQ untuk kawan2 ni ... 'Rewang' ramai2 kipas BBQ .. anda boleh juga buat BBQ ikan dan daging.... Lepas ni pasti ramai yang menunggu bila lagi anda nak berBBQ!!!
No comments:
Post a Comment