BAHANNYA:-
- Ubi keledek Jepun yang telah dibakar dan dilenyek2/dilecek2
- Tepung gandum (1/4 sukatan ubi) Jika mahu 1/2 sukatan pun boleh. Cuma perlu 'adjust' sukatan air sahaja. Cuma hasilnya nanti keras sikit dari 1/4 sukatan.
- sedikit gula
- 1/2 paket serbuk yis
- sedikit garam
- air secukupnya
- minyak masak
CARANYA:-
- Satukan ubi, tepung gandum, yis, gula dan garam di dalam mangkuk.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sebati. Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air lagi. Adunan jangan terlalu cair supaya senang untuk 'menjemput' dgn jari @ dicedok dengan sudu semasa proses menggoreng nanti. Jangan risau jika sedikit pekat kerana yis akan melembutkan jemput2 tu nanti. Siap proses mengadun, diamkan untuk lebihkurang 1/2 jam - 45 min.
- Untuk menggoreng, panaskan minyak. Jemput dengan menggunakan hujung jari atau sudu. Goreng hingga habis adunan dan sedap di makan panas2.
No comments:
Post a Comment