Dalam petisejuk sentiasa tersimpan sekurang2nya sebungkus kelapa parut. Tapi kalau simpan terlalu lamapun nanti tak sedap pula santan atau kelapanya. Jadi dari terbuang begitu sahaja ada baiknya gunakan kreativiti. Sukatan ini pun adalah ikut citarasa. Maksudnya anda boleh tambah atau kurangkan mana2 sukatan bahan. Tak ada masalah..
BAHAN:-
- Sebiji kelapa parut ( dikisar dengan lebih kurang 1 1/2 cawan air)
- 4 - 5 cawan tepung
- 1/2 bungkus serbuk yis (kalau tak nakpun boleh juga. Jadi lepas bancuh, terus masak)
- sedikit garam
- minyak masak
CARANYA:-
- Masukkan kelapa yang telah dikisar tadi kedalam mangkuk.
- Masukkan tepung, yis dan garam secukupnya. Kacau. Jika terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit. Sebaiknya campuran tersebut jangan terlalu pekat. Lebih kurang macam 'cream soup' kira ok la tu.
- Diamkan adunan dalam 1/2 jam untuk yis bertindak balas.
- Setelah adunan 'naik' lengserkan minyak pada permukaan kuali. Setelah minyak panas, cedok dalam satu senduk ( atau ikut saiz yang diingini) dan tuang ke permukaan kuali. Lenggang2kan kuali hingga tepung menjadi bentuk bulat.
- Apabila sudah masak permukaan bawah , terbalikkan kepingan lempeng dan masak lagi sebelah bahagian. Ulang proses hingga habis.
- Sedap dicicah dengan kaya, madu, sambal, jem atau dimakan begitu sahaja. Kalau daerah saya di Kedah ini dipanggil "PEKNGA" (cucur tempek yang dimasak dalam belanga) dicicah dengan gula merah. PERGHHHH!!!!!
No comments:
Post a Comment