SIMPLE DAN SEDAP ... menjadi menu kesukaan kanak2. Antara paling cepat dan mudah disediakan.
BAHANNYA:-
- 1/2 kilo daging (dihiris nipis)
- 6 tangkai kacang panjang (dipotong serong)
- 2 ulas bawang besar (dihiris nipis)
- 3 biji cili besar (dipotong serong)
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu besar kicap pekat (atau boleh mengikut selera anda)
- 10 sudu besar kicap manis (atau boleh mengikut selera anda)
- sedikit gula
- 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
- 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- Bahan tumbuk/kisar:- 1/2 inci halia muda, 3 ulas bawang kecil, 2 ulas bawang putih
- sedikit minyak
CARANYA:-
- Panaskan minyak dan tumis buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
- Masukkan bahan tumbuk/kisar tadi.Kacau.
- Masukkan daging. Diikuti serbuk kunyit, serbuk kulit kayu manis, serbuk ketumbar dan serbuk lada sulah. Kacau sebati dan biarkan sehingga air daging keluar sambil kacau sekali sekala.
- Anda boleh memilih dua cara. Pertama: biarkan sehingga masakan pecah minyak, iaitu air daging kering. Kedua: Menggunakan air daging ( teruskan langkah 5 apabila daging sudah mengeluarkan air)
- Masukkan kacang panjang, cili, bawang, kicap pekat dan kicap manis. Jika anda ingin menambah sedikit gula juga boleh.
- Kacau sebentar dan sedia untuk dihidang. Makan dengan burasak sedap ni...
No comments:
Post a Comment