Blogger Backgrounds

Tuesday, 25 October 2011

JELLY KELAPA


JELLY KELAPA

Jelly Kelapa

Bila cuaca panas atau baru habis berkebun di taman elok juga sejukkan tekak dengan jelly kelapa.  Kalau nak sedap lebih gunakan kelapa yang isinya masih 'berhingus' atau lembut dan lebihkan air kelapa dari air putih...

Bahan-bahannya:-
  • 1 bungkus agar-agar serbuk 10gm (warna jernih/clear)
  • 2.6 liter air  (air kelapa + air biasa)
  • 9 - 11 sudu makan gula pasir
  • 3 biji kelapa muda ( diambil airnya, isinya dikikis nipis-nipis)
  •    (jika isi kelapa agak keras, boleh dipotong kecil2 @ separuh dipotong, separuh dikisar bersama    sukatan air tadi.
  • NOTA :  jika kelapa dikisar dengan sukatan air, kurangkan sedikit sukatan air tersebut)
  • 1 helai daun pandan

Caranya :-
  •  Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga gula larut. Untuk sukatan gula, masukkan       sedikit demi sedikit dan anda perlu rasa untuk memastikan tidak terlalu manis dan hilang rasa air kelapa.
  • Sementara menunggu renihan bahan (1), anda boleh masukkan cebisan isi kelapa kedalam bekas acuan jelly.  Jika mahu lebih mudah, anda boleh terus masukkan isi kelapa tersebut ke dalam (1)
  • Setelah renih, masukkan cairan tadi kedalam bekas jelly. Biarkan sejuk seketika sebelum ditutup dan dimasukkan kedalam peti sejuk.
  • Dah sejuk .... apa lagi..... makan time!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...