Blogger Backgrounds

Thursday, 27 October 2011

NASI GORENG PATAYA PACK2 SCHOOL

NASI GORENG PATAYA PACK2 SCHOOL


Kadang2 kelam kabut jugakan bila nak sediakan sarapan dan bekal anak2 ke sekolah. Anak2 saya dari darjah satu hinggalah sekarang pergi sekolah bawa bekal walaupun memang diberi duit saku. Duit tu hanya digunakan bila kecemasan sahaja dan disimpan dalam tabung.  Jadi pening jugalah nak sediakan menu setiap pagi .. jadi ni antara menu pantas..

BAHANNYA:
  • Nasi sejuk semalam (anggaran 1 tupperware bekal anak). Ramas nasi menjadi peroi dan gaul dgn sedikit garam. Tepikan)
  • 1 biji bawang putih diketuk dan dicincang
  • 1 inci carrot di sagat memanjang
  • 3 biji fishball dipotong dadu
  • isi ayam dihiris nipis
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1 1/2 sudu besar kicap manis
  • sedikit daun sup dan daun bawang
  • 2 butir telur ( dicampur sikit garam dan dikacau seperti membuat telur dadar)
  • sedikit minyak masak
CARANYA:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan fish ball dan kacau.
  3. Masukkan kicap pekat dan kicap manis diiikuti dengan nasi. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  4. Apabila kicap sudah melekat pada nasi (setelah beberapa minit) masukkan carrot, daun bawang dan daun sup ke dalam nasi tadi.
  5. Kacau sekejap dan tutup api. Tuangkan nasi ke dalam bekas bekal anak. Tepikan.
  6. Dalam kuali lain yang bersih, panaskan minyak (sekadar lengserkan ke permukaan kuali). Tuangkan bancuhan telur tadi dan pegang telinga kuali sambil lenggangkan supaya telur memenuhi permukaan kuali.  Tak perlu diterbalikkan telur tersebut.
  7. Bila telur masak, tuangkan nasi dari bekas bekal anak tadi ditengah2 permukaan telur tadi. Lipatkan lebihan telur disekeliling nasi tadi ke atas tumpukan nasi. (dapat bentuk bekas bekal anak semula). Tekapkan bekas bekal anak ke nasi yang berbungkus telur tersebut.  Telangkupkan (kuali di atas, bekas dibawah)... dan nasi bungkus telur kini akan berada didalam bekas bekal tersebut. Dah siap...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...