Blogger Backgrounds

Monday, 31 October 2011

BIHUN TOMYAM



Antara yang laris di restoran Thai-seafood ialah TOMYAM.  Dengan keadaan ekonomi sekarang ni, harga makanan dah lah makin naik, kuantiti pun dikurangkan. Kalau makan TOMYAM kat kedai tu ..alahai.. ciputnya ... ada lah beberapa ketul ayam, daging dan sekor dua udang.. yang banyaknya bawang dan serai..Jadi ada baiknya buat sendiri je ya .. bukan susah sangat..main campak jer.. sukatan2 pun x perlu, main rasa jer..kena pada lidah dan tekak, ok la tu....

BAHANNYA (ini anggaran untuk 1 bungkus bihun)
  • 4 - 6 ketul ayam dari ayam yg dipotong 8 ( dibersihkan dan dipotong kecil)
  • 200 gm daging dihiris nipis
  • 300 gm udang dibersihkan
  • 300 gm sotong dibersihkan dan dipotong +-2cm
  • 4 labu bawang besar (dibelah 6 @ 8)
  • 6 batang serai dipotong serong2
  • beberapa helai daun limau purut dicarik2
  • 3 cm halia muda di ketuk
  • 2 tangkai daun ketumbar dipotong
  • 2 tangkai daun sup dipotong
  • cili padi dikelar2 (jika mahu lebih pedas)
  • 4 biji tomato dibelah 4
  • fish ball / meat ball/ crab stick jika suka
  • paste tomyam
  • jus limau
  • serbuk / kiub pati ayam
  • 1 bungkus bihun
  • Air secukupnya 
CARANYA:-
  1. Isikan air secukupnya ke dalam periuk untuk dijadikan kuah tomyam.
  2. Masukkan serai, halia, bawang, daun limau purut, tomato dan paste tomyam. Kacau.
  3. Setelah didih masukkan ayam dan kiub pati ayam. Kacau dan lebih  kurang 3 minit masukkan pula hirisan daging, udang, sotong, fish ball dan meat ball. Jika anda ingin menambah crab stick tunggu sehingga peringkat akhir masak kerana crab stick mudah masak dan cepat mengembang.
  4. Bila semua bahan sudah masak, perlahankan api dan masukkan daun sup/ketumbar, daun bawang, cili padi dan jus limau. Pada peringkat ini anda perlu merasa dan tambahlah apa yang dirasakan kurang.
  5. Untuk penyediaan bihun pula, panaskan air hingga didih. Celur beberapa ketika hingga bihun lembut dan toskan. Lalukan dibawah air paip supaya bihun kekal lembut dan tidak berketul.  Boleh juga dimakan dengan mee, pasta, nasi atau pun dimakan begitu sahaja.

CHEEZY POTATO & STEAM BBQ CHICKEN



Ini resepi menu petang kegemaran anak2.. Taklah susah sangat nak membuatnya.

BAHAN CHEEZY POTATO:-
  • 5 biji US potato (atau sebarang kentang yang teksturnya gebu)
  • 5 keping cheesdale cheese
  • +- 150 gm parutan cheddar cheese
  • +- 100 gm parutan mozarella cheese (boleh digunakan sebarang cheese lain juga)
  • serbuk lada sulah
  • serbuk lada hitam
  • sedikit garam
  • air untuk merebus kentang
  • minyak zaiton
  • daun parsley (dicincang)
CARANYA:-
  1. Rebus kentang hingga masak. Untuk cepatkan proses, ubi kentang dicucuk2 dengan garpu secara rawak disekelilingnya.
  2. Setelah kentang masak, belah pada dua bahagian. Korek isinya keluar dengan menggunakan sudu dan biarkan bentuk kulitnya kekal seperti asal dan biarkan sedikit isi melekat pada dinding kulit tersebut.
  3. Isi yang dikorek tadi dilenyek2kan dan masukkan semua bahan di atas (kecuali air). Gaul rata dan sebatikan.
  4. Setelah semuanya sebati, masukkan semula adunan tersebut kedalam 'bekas' kulit kentang tadi.
  5. Tuangkan minyak zaiton diatasnya dan taburkan daun parsley diatasnya (jika ada)
  6. Bakar didalam oven selama lebih kurang 15 min 170 darjah.
STEAM BBQ CHICKEN

BAHANNYA:-
  • 1/2 kilo ayam ( dipotong dan dibersihkan. Taburkan sedikit jus lemon)
  • Kisar bahan berikut:-
  • 1/2 biji kelapa (ambil pati santannya)
  • 10 biji cili besar
  • 3 labu bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 2 cm halia muda
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
  • garam secukup rasa
  •  
CARANYA:-
  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kisar.
  2. Anda boleh memilih untuk memerap sehari semalam atau lebih kurang 2 jam lalu terus membakar menggunakan oven, microvawe atau secara BBQ.
  3. Bagi saya, saya tidak memerapnya sebaliknya memasukkan kedalam bekas dan mengukus selama lebih kurang 20 minit. 
  4. Selepas mengukus pindahkan ayam tersebut kedalam oven dan bakar +- 20 min 160 darjah. Ayam yang sudah masak boleh digriskan dengan baki kuah pada bekas kukusan tadi.
  5. Jika anda ingin memasak secara BBQ, ambil lebih kurang satu senduk bahan kisar tadi dan campurkan dengan sedikit minyak. Panggang ayam menggunakan arang kayu. Ketuk beberapa btg serai dan ikat serai tersebut bersama. Celupkan serai ke dalam campuran minyak dan bahan kisar tadi dan percikkan pada ayam yang sedang dipanggang. Rasanya pasti lebih sedap.
Dah selesai ... boleh juga dibuat majlis BBQ untuk kawan2 ni ... 'Rewang' ramai2 kipas BBQ .. anda boleh juga buat BBQ ikan dan daging.... Lepas ni pasti ramai yang menunggu bila lagi anda nak berBBQ!!!

DAGING MASAK KICAP



SIMPLE DAN SEDAP ... menjadi menu kesukaan kanak2. Antara paling cepat dan mudah disediakan.

BAHANNYA:-
  • 1/2 kilo daging (dihiris nipis)
  • 6 tangkai kacang panjang (dipotong serong)
  • 2 ulas bawang besar (dihiris nipis)
  • 3 biji cili besar (dipotong serong)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kicap pekat (atau boleh mengikut selera anda)
  • 10 sudu besar kicap manis (atau boleh mengikut selera anda)
  • sedikit gula
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • Bahan tumbuk/kisar:- 1/2 inci halia muda, 3 ulas bawang kecil, 2 ulas bawang putih
  • sedikit minyak
CARANYA:-
  1. Panaskan minyak dan tumis buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk/kisar tadi.Kacau.
  3. Masukkan daging. Diikuti serbuk kunyit, serbuk kulit kayu manis, serbuk ketumbar dan serbuk lada sulah. Kacau sebati dan biarkan sehingga air daging keluar sambil kacau sekali sekala.
  4. Anda boleh memilih dua cara. Pertama: biarkan sehingga masakan pecah minyak, iaitu air daging kering.  Kedua: Menggunakan air daging ( teruskan langkah 5 apabila daging sudah mengeluarkan air)
  5. Masukkan kacang panjang, cili, bawang, kicap pekat dan kicap manis. Jika anda ingin menambah sedikit gula juga boleh.
  6. Kacau sebentar dan sedia untuk dihidang. Makan dengan burasak sedap ni...

SIAKAP KUKUS



Inilah rupanya semasa hendak dikukus...


Kalau order kat kedai Thai Seafood boleh tahan juga harga Siakap Kukus (Steam) ni kan?  Dah ramai kawan2 saya mencuba resepi yang saya beri dan mereka sangat puas hati sebab tak payah berbelanja banyak nak penuhi selera anak2.  Andapun boleh membuatnya sendiri. Terlalu senang...

BAHANNYA:-
  • Seekor ikan siakap saiz sederhana (dibersihkan dan direndam air limau sebentar untuk hilangkan hanyirnya. Anda boleh memotongnya atau dibiarkan seekor bergantung pada bekas yg akan digunakan nanti)
  • * Halia muda (hiris nipis)
  • * Bawang besar ( hiris nipis)
  • * Bawang putih ( dicincang halus2)
  • * Cili Padi (dikelar2, kalau tak nak pedas sgt blh gantikan dengan lada sulah)
  • * Daun sup/ketumbar dan daun bawang (dipotong pendek)
  • * Daun limau purut ( dicarik2kan)
  • * Beberapa batang serai ( dipotong serong dan pendek2)
  • item bertanda * bergantung kepada anda kuantitinya. Anda boleh letak lebih mana yang anda suka.
  • sedikit air (jika mahu lebih kuah perlu lebih air)
  • air limau secukupnya
  • 1 - 2 sudu besar serbuk / kiub pati ayam
CARANYA:-
  1. Didihkan air dalam periuk kukus sementara menyediakan ikan dan bahan2 di dalam bekas.
  2. Lapiskan bahagian bawah bekas kukusan dengan bahan2 diatas kecuali bahan cecair dan serbuk pati ayam.
  3. Letakkan ikan diatas lapis pertama bahan2 tersebut dan ambil serba sedikit bahan potong tadi dan isi pada celah2 perut dan kepala ikan.
  4. Taburkan lebihan bahan2 yang dipotong tadi keatas ikan.
  5. Masukkan sedikit air untuk kuah dan air limau secukupnya. Taburkan serbuk pati ayam dan kukus bila air (1) tadi mendidih. Kukus hingga isi ikan masak dan siappppp....
TIPS:
  1. Jika anda mahu kuah lebih, perlu lebihkan air. Maka sebaik2nya bahan rencah yang dipotong serta air limau dan serbuk  pati ayam juga perlu dilebihkan.
  2. Tidak perlu memasukkan garam kerana rasa air kukusan itu nanti sudah cukup citarasanya.
  3. Boleh juga digantikan dengan ikan tenggiri, ikan sebelah, ikan bawal dan sebarang ikan yang isinya halus.
  4. Boleh juga diubahsuai dengan perasa tomyam. Cuma masukkan 1 - 2 sudu paste tomyam tanpa mengubah sukatan bahan2 lain.
  5. Guna halia muda untuk mendapatkan bau yang wangi serta rasa yang lebih sedap.


Sunday, 30 October 2011

KEK COKLAT MUDAH

Easy chocolate cake

Resepi ini saya kongsikan dengan anda dari http://www.cacaoweb.net/easy-chocolate-cake.html Sememangnya saya penggemar kek, jadi selalu jugalah memantau kek2 di pasaran. Cuma taklah sehebat chef2 kita.. tak apalah, asalkan boleh 'lepas' untuk diri sendiripun jadilah ....

Easy Chocolate Cake

(With buttercream cocoa frosting. Height: 2 to 2.5 inch
Yield: 12 servings
 

Ingredients

1 + 1/2 cup (170 g) all-purpose flour
3 tablespoons unsweetened cocoa powder (dutched/dark)
2 teaspoons baking powder
1 cup (220 g) sugar
2 teaspoons vanilla essence
3/4 cup (1.8 dl) milk
3/4 cup (170 g) melted butter
2 eggs

Ingredients for frosting

1 stick (1/2 cup) + 3 tablespoons (160 g) softened butter
3 cups (7.2 dl) powdered sugar or confectioner's sugar
1/2 cup unsweetened cocoa powder
1 1/2 teaspoon vanilla extract
4 to 5 tablespoons lukewarm milk

KERABU TOMATO




Tak ramai yang suka makan tomato. Tapi pada saya tomato bukan sekadar penyeri hidangan,  hanya untuk diselit2 dicelah kepingan burger atau penambah warna pada hidangan. Tak percaya, anda boleh cuba resepi ni. Saya tak perlu makan nasi lagi dah, meratah gitu jer dah cukup!!!

BAHANNYA:-
  • 6 - 8 biji tomato (sebaiknya yang masih mengkal, kehijauan dan keras. Tomato dipotong nipis/jangan terlalu nipis. Bijinya boleh dibuang supaya tidak terlalu berair)
  • 2 labu bawang besar (mayang sedikit kasar)
  • 10 - 15 tangkai cili padi (potong kecil2) 
  • beberapa tangkai daun sup atau daun ketumbar dipotong pendek2.
  • sehelai daun limau purut yang muda dimayang halus2
  • gula secukupnya
  • garam secukupnya
  • perahan air lemon @ limau
CARANYA:-
  1. Satukan didalam bekas semua bahan yang dipotong tadi. Saya gunakan bekas yang bertutup supaya senang nanti proses 'menggaul'.
  2. Masukkan perahan air limau, gula dan garam secukupnya.
  3. Tutup bekas tadi dan kocak/goncang2kan supaya semua bahan bersatu. Jika anda menggunakan senduk untuk mengacau juga boleh.
  4. Beri masa untuk gula mencair sebelum anda merasa bahan tadi. Boleh tambah apa yang kurang.
TIPS :  Resepi ini perlu mempunyai 'balance' rasa pedas, masam dan manisnya. Baru ada 'KICK'
            Anda boleh juga buatkan resepi ini untuk dimakan dengan nasi beriani dan nasi tomato misalnya.
            Boleh juga ditambah dengan seafood atau ayam dan daging yang dicelur atau dibakar terlebih dulu.

Saturday, 29 October 2011

JEMPUT-JEMPUT UBI KELEDEK JEPUN


BAHANNYA:-
  • Ubi keledek Jepun yang telah dibakar dan dilenyek2/dilecek2
  • Tepung gandum (1/4 sukatan ubi) Jika mahu 1/2 sukatan pun boleh. Cuma perlu 'adjust' sukatan air sahaja. Cuma hasilnya nanti keras sikit dari 1/4 sukatan.
  • sedikit gula
  • 1/2 paket serbuk yis
  • sedikit garam
  • air secukupnya
  • minyak masak
CARANYA:-
  1. Satukan ubi, tepung gandum, yis, gula dan garam di dalam mangkuk.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sebati. Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air lagi. Adunan jangan terlalu cair supaya senang untuk 'menjemput' dgn jari @ dicedok dengan sudu semasa proses menggoreng nanti. Jangan risau jika sedikit pekat kerana yis akan melembutkan jemput2 tu nanti. Siap proses mengadun, diamkan untuk lebihkurang 1/2 jam - 45 min.
  3. Untuk menggoreng, panaskan minyak. Jemput dengan menggunakan hujung jari atau sudu. Goreng hingga habis adunan dan sedap di makan panas2.

Friday, 28 October 2011

RAINBOW FINGER & RAINBOW FISH BISCUITS



Simple dan sedap.  Antara paling laris... sekejap jer balang dah kosong.. Ramai juga kawan2 menempah. Tapi andapun boleh buat sendiri..

BAHAN:-
  • Biskut pelbagai bentuk (jenis teksturnya seperti biskut Marie)
  • Coklat masakan ( sebarang perisapun boleh juga)
  • Chocolate rice atau manik gula bewarna warni
CARANYA:-
  1. Cairkan coklat masakan secara double boil.
  2. Cedok sebahagian coklat cair ke dalam bekas.
  3. Celupkan 3/4 bahagian biskut kedalam coklat cair tersebut dan pegang sebentar untuk membiarkan sisa coklat jatuh semula kedalam bekas.
  4. Taburkan chocolate rice atau manik2 gula ke seluruh bahagian yang dicelup tadi. Rehatkan di atas dulang untuk coklat membeku sepenuhnya. Kemudian bolehlah disimpan di dalam balang kedap udara.

Thursday, 27 October 2011

KAILAN GORENG IKAN MASIN



BAHANNYA:-
  • 5 pokok kailan ( dipotong berasingan bekas daun dan batangnya. Batang dipotong serong)
  • 2 keping isi ikan tenggiri (masin atau jeruk)
  • 2 ulas bawang putih ( diketuk dan dicincang)
  • 1 labu bawang besar dihiris.
  • 3 biji cili padi di tumbuk kasar @ 3 biji cili hidup ditumbuk kasar
  • sedikit minyak masak
  • sedikit air (jika perlukan sedikit kuah)
  • sedikit serbuk 'Cukup Rasa' jika suka

CARANYA:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga harum.
  2. Masukkan isi ikan tenggiri jeruk dan goreng hingga masak isinya. Tekan2kan hingga hancur isi ikan tersebut dengan senduk dan buang tulangnya.
  3. Masukkan cili dan serbuk 'Cukup Rasa' . Kacau rata dan jangan sampai cili hangit.
  4. Segera masukkan batang kailan. Kacau sebentar hingga 1/2 masak baru masukkan daun kailan. Kacau sebentar hingga masak sepenuhnya dan hidangkan.

LEMPENG KELAPA (PEKNGA)



Dalam petisejuk sentiasa tersimpan sekurang2nya sebungkus kelapa parut. Tapi kalau simpan terlalu lamapun nanti tak sedap pula santan atau kelapanya. Jadi dari terbuang begitu sahaja ada baiknya gunakan kreativiti. Sukatan ini pun adalah ikut citarasa. Maksudnya anda boleh tambah atau kurangkan mana2 sukatan bahan. Tak ada masalah..

BAHAN:-
  • Sebiji kelapa parut ( dikisar dengan lebih kurang 1 1/2 cawan air)
  • 4 - 5 cawan tepung
  • 1/2 bungkus serbuk yis (kalau tak nakpun boleh juga. Jadi lepas bancuh, terus masak)
  • sedikit garam
  • minyak masak
CARANYA:-
  1. Masukkan kelapa yang telah dikisar tadi kedalam mangkuk.
  2. Masukkan tepung, yis dan garam secukupnya. Kacau. Jika terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit. Sebaiknya campuran tersebut jangan terlalu pekat. Lebih kurang macam 'cream soup' kira ok la tu.
  3. Diamkan adunan dalam 1/2 jam untuk yis bertindak balas.
  4. Setelah adunan 'naik' lengserkan minyak pada permukaan kuali. Setelah minyak panas, cedok dalam satu senduk ( atau ikut saiz yang diingini) dan tuang ke permukaan kuali. Lenggang2kan kuali hingga tepung menjadi bentuk bulat.
  5. Apabila sudah masak permukaan bawah , terbalikkan kepingan lempeng dan masak lagi sebelah bahagian. Ulang proses hingga habis.
  6. Sedap dicicah dengan kaya, madu, sambal, jem atau dimakan begitu sahaja. Kalau daerah saya di Kedah ini dipanggil "PEKNGA" (cucur tempek yang dimasak dalam belanga) dicicah dengan gula merah. PERGHHHH!!!!!

TALAPIA MASAK CUKA




Sayang juga lauk goreng semalam nak dibuang. Kalau dipanaskan semulapun memang anak2 takkan makan lagi. Satu cara ialah main tipu-tipu ... ha ha ... recycle lah!!!!

BAHAN:-
  • Sebarang ikan goreng (biasanya yang paling sedap ialah ikan tongkol, ikan kembung, talapia, tenggiri dan duri)
  • 2 ulas bawang besar dibelah 6 atau 8.
  • 10 biji bawang putih (dibelah dua) Ikut kesukaan anda.
  • beberapa biji cili padi ( jika mahu pedas lebihkan dan jika mahu kurang pedas gunakan cili besar)
  • 1/2 sudu kecil halba campur
  • 1/2 sudu kecil biji lada hitam
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 inci halia muda dipotong nipis-nipis
  •  daun ketumbar
  •  1 sudu besar minyak masak
  •  gula secukup rasa
  •  cuka secukupnya
  •  air secukupnya
CARANYA:-
  1. Panaskan minyak dan tumis halba campur, lada hitam, halia, serai, cili padi, bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan air . Sukatan air hendaklah sesuai dengan bilangan ikan goreng yang hendak dimasak. Anda boleh menambahnya lagi bila perlu.
  3. Masukkan cuka. Masukkan sedikit dahulu. Jika kurang rasa cuka anda juga boleh menambahnya lagi nanti.
  4. Masukkan sedikit garam dan gula. Dalam masakan ini gula diperlukan lebih sedikit kerana rasanya perlu berlawanan dengan cuka. (Rasa masakan ini adalah masam2 manis pedas)
  5. Anda perlu rasa (sebab inilah cara saya untuk menepati citarasa) Jadi tambahlah apa yang kurang. Apa yang penting anda perlu 'balance'kan rasa cuka dan gula. Bila sudah mendidih, masukkan daun ketumbar dan siap!!!

BENDIR BERAMPAI UDANG PEDAS

BENDIR BERAMPAI UDANG PEDAS



Tiba2 tekak ni macam tak berapa selera nak makan. Perut macam rasa lapar tapi tak tahu nak makan apa. Walhal punyalah meriah kat Malaysia ni dengan makanan. Emmm ... cari resepi yang pedas2 mungkin boleh naikkan selera ...

BAHAN2 :
  • 10 biji kacang bendir (dipotong serong)
  • 1 labu bawang besar dibelah empat dihiris nipis
  •  8 - 10 biji cili padi merah dipotong nipis-nipis
  •  8 - 10 ekor udang
  •  1 biji bawang putih diketuk dan dicincang
  •  garam
  •  minyak masak
  •  alternatif  ( 1/2 sudu kecil serbuk 'Cukup Rasa' jika suka)
CARANYA:
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili padi dan diikuti dengan udang. Apabila udang 1/2 masak masukkan kacang bendir. Kacau.
  3. Masukkan garam dan serbuk 'Cukup Rasa'.  Kacau dan tutup api bila sudah masak. Sedap kalau makan panas2...

NASI GORENG PATAYA PACK2 SCHOOL

NASI GORENG PATAYA PACK2 SCHOOL


Kadang2 kelam kabut jugakan bila nak sediakan sarapan dan bekal anak2 ke sekolah. Anak2 saya dari darjah satu hinggalah sekarang pergi sekolah bawa bekal walaupun memang diberi duit saku. Duit tu hanya digunakan bila kecemasan sahaja dan disimpan dalam tabung.  Jadi pening jugalah nak sediakan menu setiap pagi .. jadi ni antara menu pantas..

BAHANNYA:
  • Nasi sejuk semalam (anggaran 1 tupperware bekal anak). Ramas nasi menjadi peroi dan gaul dgn sedikit garam. Tepikan)
  • 1 biji bawang putih diketuk dan dicincang
  • 1 inci carrot di sagat memanjang
  • 3 biji fishball dipotong dadu
  • isi ayam dihiris nipis
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1 1/2 sudu besar kicap manis
  • sedikit daun sup dan daun bawang
  • 2 butir telur ( dicampur sikit garam dan dikacau seperti membuat telur dadar)
  • sedikit minyak masak
CARANYA:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan fish ball dan kacau.
  3. Masukkan kicap pekat dan kicap manis diiikuti dengan nasi. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  4. Apabila kicap sudah melekat pada nasi (setelah beberapa minit) masukkan carrot, daun bawang dan daun sup ke dalam nasi tadi.
  5. Kacau sekejap dan tutup api. Tuangkan nasi ke dalam bekas bekal anak. Tepikan.
  6. Dalam kuali lain yang bersih, panaskan minyak (sekadar lengserkan ke permukaan kuali). Tuangkan bancuhan telur tadi dan pegang telinga kuali sambil lenggangkan supaya telur memenuhi permukaan kuali.  Tak perlu diterbalikkan telur tersebut.
  7. Bila telur masak, tuangkan nasi dari bekas bekal anak tadi ditengah2 permukaan telur tadi. Lipatkan lebihan telur disekeliling nasi tadi ke atas tumpukan nasi. (dapat bentuk bekas bekal anak semula). Tekapkan bekas bekal anak ke nasi yang berbungkus telur tersebut.  Telangkupkan (kuali di atas, bekas dibawah)... dan nasi bungkus telur kini akan berada didalam bekas bekal tersebut. Dah siap...

Wednesday, 26 October 2011

PUCUK UBI MASAK LEMAK CILI API



Ini dikatakan rezeki.  Kawan karib di Kampung Danga sempat kutip pucuk ubi yang begitu segar sekali.  Tanah kat situ di terangkan untuk pembangunan. Jadi  dlm tempoh tu sempatlah pokok2 ubi tumbuh dengan pucuk2 baru...  Anak2 yg dulunya tak suka pucuk ubi ni sekarang bukan main lagi mencedok ...


BAHANNYA :- (sukatan semua bahan mengikut citarasa sendiri ye ....)
  •  Pucuk ubi di bersihkan dan direbus . Siap rebus, toskan dan potong lbh krg 1 inci)
  •  Beberapa biji cili padi merah ( dikisar dengan bawang kecil)
  •  Ikan bilis  (separuh ditumbuk biar pecah2, separuh lagi biar seekor2)
  •  3 ulas bawang kecil
  •  sebiji kelapa (dapatkan santan)
  •  sedikit serbuk kunyit
  •  garam secukup rasa
  •  sedikit minyak masak untuk menumis
CARANYA:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang, cili padi, serbuk kunyit dan semua ikan bilis hingga naik bau.
  2. Masukkan santan diikuti dengan pucuk ubi. Masukkan garam dan kacau rata. Bila mendidih tutup api dan sedia dihidangkan.

Tuesday, 25 October 2011

NASI AYAM PENYET

NASI AYAM PENYET
Akhirnya .. dpt juga buat sendiri, walaupn tak lah sesedap yg diharapkan, namun masih lg dlm kategori sedap .. resepinya x lah susah sgt... kita share disini tapi kalau ada yg lbh sedap bg tahu saya ye ...

BHN A >>  AYAM GORENG
1 ekor ayam > dipotong 4, rebus lbh krg 10 min ditoskan.
                        air rebusan ayam (stok ayam) disimpan utk sup dan nasi nanti.
1 sudu kecil jintan manis }
1 sudu kecil jintan putih  }  goreng tanpa minyak
1 sudu kecil ketumbar    }
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada putih
Bbrp ulas bwg putih
Sedikit halia dan garam
Kisar semua bahan rempah dgn sedikit air. Lumurkan pada ayam dan perap (lagi lama perap lg sedap..semalaman ke...)
Lepas perap goreng secara 'deep fry'.

BAHAN B >> SOS CILI
*10 bj cili merah (jika mahu pedas lebihkan cili padi dan sebaliknya
*5 bj cili padi                                                                   
*2 bj bawang besar dipotong kecil                                                                     
*4 bj bwg putih                                                                                                
*4 bj tomato dipotong 4
    (*) - goreng dengan minyak hingga layu                                                                                   
sedikit belacan digoreng minyak
2 sudu besar ikan bilis digoreng garing
gula merah
garam
Setelah siap semua bhn dan proses diatas, kisar dan masak semula dalam periuk serta masukkan gula merah dan garam secukup rasa.

BAHAN C >>  NASI
3 cwn beras dibasuh dan toskan
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
2 kiub pati ayam
Sedikit butter utk menumis
garam
6 cwn stok ayam tadi
Panaskan butter dan tumis bwang serta bhn rempah.
Masukkan beras dan kacau sebentar. Lepas tu masukkan stok ayam, garam dan kiub ayam. Terus tanak nasi hingga masak.

CADANGAN
Lebih sedap kalau dihidang dgn tempe, tauhu  (lumurkan dgn rempah yg sama pd ayam tadi) dan ulam2an. Makan panas2.



KUEY TEOW PLUS MINUS

KUEY TEOW PLUS MINUS

Kenapa PLUS MINUS ?  Sebenarnya saya dah jemu mkn keow teow goreng, koey teow goreng kerang atau char kuey teow .... Lps tu kebetulan byk balance bhn2 mentah kat dlm petisejuk .. apa lg main campak2 lebih kurang.. so resepi ni mmg sukatan ikut suka, sesedap rasa, ikut selera... Pas tu terfikir nak bagi nama ... so pikir punya pikir smbil buat kerja, disebabkan resepi bidan terjun, main campak lebih kurang tu yang jadi PLUS MINUS .... Syok juga jadi pencipta resepi << he he .. syok sendiri plk !! >>

Lebih kurang ni le bhnnya ( nak tambah @ nak kurangkn sukatan @ tambah bahan sendiri pun boleh)

BHN A < KUEY TEOW >
+-1kg koey teow
minyak masak
hirisan 1 ulas bwg putih
kicap manis
2 bj telur ayam
sedikit air
Cara :  Tumiskan hirisan bwg putih, masukkan koey teow> gaul rata
            masukkan kicap manis, gaul rata dan pecahkan telur dan gaul rata.
            jika mahukan lembap,  tuangkan sedikit sj air

BHN B < KUAH >

Minyak masak
Hirisan 2 ulas bwg putih
Hirisan 2 ulas bwg merah
lada sulah
sedikit gula
sedikit perencah 'cukup rasa' @ stok kiub ayam
air
2 bj telur ayam
Bhn dipotong2:-
daging, daging ayam, fish ball, tauhu, sotong, udang
sayur sawi, kobis, daun sup, buah tomato
kerang
taugeh
sos :  sos kicap manis, sos kicap cair, sos tiram, sos lada hitam
sedikit tepung jagung dicampur air utk pekatkan kuah
Cara: 
  • Tumis bawang putih dan bwg merah setelah minyak panas.
  • masukkan bhn daging dan ayam
  • setelah suku masak, masukkan air dan sos2 ikut selera anda.
  • Bila sedikit menggelegak, masukkan sotong, udang, kerang dan fish ball.
  • masukkan jg gula, lada suluh dan perencah 'cukup rasa' @ stok kiub ayam
  • bila mendidih, masukkan tepung jagung yg digaul dgn air. Kacau hingga kuah agak pekat.
  • Kemudian masukkan sayur2an dan taugeh.
  • akhir sekali pecahkan telur dan kacau rata2.... Siapppp!!
Cara hidang :  Cedokkan kuey teow kedlm mangkuk dan tuangkan kuah keatasnya. Sedap dimakan panas2 dan boleh hidangkan dengan cili jeruk.... perghhh ....cuba lah!!!!


OPEN SESAME BEEF

 
OPEN SESAME BEEF


Pernah mkn kat satu restoran famous kat sini, so balik.. cuba try test la....

Daging - potong setebal +-2cm dan buat 2 @3 belahan pd kepingan daging tersebut.
Garam
Kunyit
Bijan (sesame)
Minyak masak
 
Gaul rata semua bahan. perap kejap. Lps tu deep fry. Dah garing, toskan dgn penapis. Setelah minyak sejat, hidangkan.

RAINBOW MARBLE PUDDING



Ni teknik tuang bertindan @ berselang seli .... biasa ler, org baru belajar teknik2 ni mesti ada yg 'ter' kat sana sini .....


 Ni  dgn teknik yg sama cuma dicondongkan acuan.. hasilnya mcm lava gunung berapi yg mengalir ... hmmm..ok jg!!

Cantik Rupa, Cantik Rasa ...  PERFECT !!!!
NAK RESEPI ???  Boleh .... Anyway, nak ucapkan terimakasih pd Pn Yatie atas resepi ni .... Moga bisnes beliau bertambah maju sbb memang patutpun ..... SEDAP !!!

RAINBOW MARBLE PUDDING

Bahan2:
1 bungkus agar (+-13 gram 1 pek) >  saya guna yg serbuk, warna putih @ clear colour
675 ml air
225 gm gula pasir
65 gm mentega
4 bj telur
1/2 tin susu cair
1 sd mkn tpg kastard
1 sd mkn serbuk koko di campur sedikit sj air
1 sd teh vanilla
Bbrp pewarna (ikut suka hati anda)

Cara:

1.  Masak agar2, gula dan air sehingga mendidih.
2.  Sementara tunggu didih, dlm bekas lain pukul telur, susu cair dan tepung kastad. Tapiskan.
3.  Masukkan bahan no. 2 kedlm agar2 yg tlh didih td.
4.  Masukkan vanilla dan mentega serta kacau rata.
5. Bahagikan pada 3 bhg (koko, kuning & merah). Part ni anda boleh bahagikan ikut warna pilihan anda.
6. Anda boleh guna teknik tuang berselang seli atau teknik lava gng berapi tadi ... hasilnya lebih kurang jer..
    Yang penting sedap ... lbh best didinginkan ...



SAMBAL PETAI UDANG


Bahan kisar: Bawang besar,cili kering, belacan.
Bahan lain: udang sederhana besar, petai dipotong-potong,pes asam jawa,garam,gula,
air,bawang putih dan minyak masak.

Inilah rupa bahan kisar tadi.
Langkah pertama : Tumiskan bawang putih yang dimayang kedalam sedikit minyak yang dipanaskan.
Langkah kedua : Setelah bawang kuning, masukkan bahan kisar. Kacau sehingga 'pecah minyak' (minyak timbul dipermukaan bahan masakan tadi.
Langkah ketiga : masukkan sedikit gula (kalau +-20bj cili kering boleh gunakan +-1 sudu besar gula) @ mengikut selera anda. Ingat...kurang manis dalam masakan!!!
              PETUA : Dengan memasukkan gula dalam keadaan 'pecah minyak' tadi, adunan cili akan menjadi merah pekat dan lebih menarik warnanya.
Langkah keempat : masukkan air, garam dan pes asam jawa. Lepas tu masukkan potongan petai tadi. Setelah petai agak empuk baru masukkan udang.  Jika mahu sedikit pekat, kurangkan kuantiti air...Setelah udang masak bolehlah dihidangkan...SIMPELkan ... kalau anda suka santan boleh gantikan dengan air.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...